Bolehkah Kucing Bunting Mandi? | Bolehkah kucing bunting mandi? Ramai yang tanya dengan cik en. Jadi terpanggil la nak menajwab persoalan korang dalam bentuk blog. Anyway sebelum tu nak bertanya juga, korang mandikan kucing korang berapa kali dalam masa sebulan? Hari hari ke? Atau seminggu sekali ataupun sebulan sekali? Untuk pengetahuan korang, kucing sejenis haiwan pembersih. Mereka suka menjilat bulu dan itulah maksud mandi bagi mereka. Itu dah cukup bersih buat mereka tapi untuk kita yang bela secara indoor dan tidur sekali?
Bolehkah Kucing Bunting Mandi?
Menurut National Cat Groomer di Amerika, kucing mandi dalam masa 4 hingga 6 minggu sekali. Tidak digalakkan mandi secara kerap. Tapi kita di Malaysia ini, dengan cuaca dan keadaan, cik en selalu pesan, mandikan kucing apabila diperlukan seperti kotor teramat sangat. Mandi pula biarlah dalam musim panas atau diwaktu pagi nak ke tengah hari. Mandi pula dengan air suam seboleh bolehnya. Untuk info lanjut korang boleh baca di Perlu Ke Mandikan Kucing Selalu?
Berbalik kepada soalan Bolehkah Kucing Bunting Mandi? Jawapannya BOLEH tapi pastikan ia selesa dan tidak stress. Elakkan dia agresif apabila mandikan. Tapi ada juga yang tak boleh kawal kucing mereka semasa mandi, so cik en cadangkan guna Shower Bath Cat. Rupanya seperti di https://shp.ee/bct8hrj . Ianya dapat membantu korang yang nak mandikan kucing yang bukan bunting juga.
Korang boleh guna tips cik en pernah kongsi Cara Mandikan Kucing Harap ianya bermanfaat pada korang
kucing dekat umah ni pun jarang mndi, cuma mak selalu lap2 je dgn kain basah sbb panas sekarang ni, depa pun redha je suka..
ReplyDelete