Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin | Entri ini cik en pernah buat di Peringatan Kepada Bakal Pengantin pada tahun 2013. Tapi masa itu view tak banyak dan tajuk pun tak berapa menarik, jadi cik en cuba variasikan kepada yang lebih mudah difahami. Lagipun masa itu, banyak betul perkataan singkat dan pelik pelik. Entah kenapa, cik en teringin nak keluarkan semula topik ini. Mungkinkah cik en bakal berkahwin? Hurmmmm.. Doakan yang baik baik. Ok, jom cik en nak kongsi lebih lanjut Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin ini.
Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin
Semestinya apabila bercinta, kita akan terlanjur berjanji. Janji perlu ditepati tapi kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Ajal, maut, jodoh dan rezeki di tangan Allah. Ianya pun rahsia dan akan dipermudahkan oleh Allah apabila sampai waktunya. Sebab Allah lebih mengetahui bila masa kita betul betul bersedia. Allah takkan bebani kita dengan dugaan yang kita tak boleh tanggung kan?
Berbalik kepada tadi, apabila berjanji dan tidak ditepati, banyak mempengaruhi kehidupan selepas itu. Mungkin ianya boleh dikatakan bukan rezeki, belum sampai masa, masalah kesihatan atau permasalahan dalam rumah tangga tapi mungkin ianya salah satu cara yang boleh korang usahakan. Antara contoh yang mungkin biasa korang dengar, tiada rezeki lebih selepas berkahwin, tiada anak, hubungan suami isteri kejap dingin, kejap ok, ada anak tapi anak tidak sihat dan lain lain lagi.
Korang boleh buat menebus kaffarah atau melanggar sumpah. Menurut kenyataan daripada MAIS, ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk menebus kaffarah ini
- Membebaskan hamba (seorang budak)
- Bersedekah ( seperti artikel cik en sebelum ini memberi 10 (ada kata 60 ) orang miskin dengan makanan ruji atau memberi pakaian)
- Berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.
Perkongsian yang menarik dan berguna... Teruskan taubat walaupun sudah berkahwin.... Sebab kita tak tau Allah terima ke tak taubat kita tu kan...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.Setahu saya denda kifarat yang akak cakap tu untuk orang yang dah berkahwin yang melakukan persetubuhan pada waktu siang bulan ramadhan.
ReplyDelete