Hukum Menyiram Air Atas Kubur | Tengah scrool TikTok, cik en tertengok satu video mengenai Hukum Menyiram Air Atas Kubur. Sebelum ini cik en tak pernah ambil tahu memandangkan tiada orang terdekat yang 'pergi'. Tapi bila abah cik en pergi, cik en rajin mencari ilmu ilmu agama dan sampailah video Hukum Menyiram Air Atas Kubur ini. Cik en pun nak simpan di blog ini untuk panduan cik en dan semua pembaca cik en. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.
Hukum Menyiram Air Atas Kubur
Hukum Menyiram Air Atas Kubur adalah harus tetapi dengan syarat salah satunya daripada 3 dan semestinya bukannya untuk sejukkan arwah ye.
- Kubur baru dan dengan jiruskan air dapat memadatkan tanah.
- Jirus air untuk menyuburkan rumput rumput dan pokok pokok yang ada di atas kubur
- Untuk elakkan berdebu kerana kekeringan
Alhamdulillah, cik en masih tak jauh berfikir seperti orang kata untuk sejukkan arwah.. hihihi.