Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun

Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun | Tak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan dan nampaknya tahun 2021 ini, Buffet Ramadan di benarkan dengan SOP yang ketat. Cik en berpeluang untuk mencuba preview Buffet Ramadan di The Haven Tambun Ipoh beberapa minggu lepas. Apa yang menarik bagi cik en, pakej yang ditawarkan oleh The Haven sangat memenuhi keperluan umat Islam yang inginkan. Pakej Buffet Ramadan yang lengkap termasuk solat tarawih dan sesiapa inginkan penginapan yang menenangkan, The Haven menawarkan pakej yang menarik untuk korang. Mesti korang nak tahu pakej pakej tersebut kan? So baca entri ini sampai habis dan boleh bersedia untuk buat tempahan awal.



Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021


Diiikutkan jarang kan ada tempat yang menyediakan buffet dan tempat untuk solat tarawih. Ada hanya adalah keperluan asas seperti surau untuk Solat Maghrib dan Isyak. Berbeza dengan pakej yang ditawarkan The Haven Tambun Ipoh bagi tahun 2021 ini. Korang diberi peluang Bersama sama dengan pelanggan yang lain untuk menunaikan solat tarawih. Selepas itu, korang boleh menyambung semula untuk buffet atau boleh bersantai dahulu di tepi tasik atau kolam renang sambal menikmati kecantikan permandangan bukit batu kapur yang ada disini.

Dengan harga serendah RM75 perpax,  pakej ini akan bermula 16 April sehingga 8 May 2021.

Buffet Ramadan The Haven Tambun 2021


Sebelum cik en menceritakan kelebihan jika mengambil buffet Ramadan di sini, cik en nak berkongsi dengan korang menu apa yang ditawarkan disini.


The Haven menyediakan lebih dari 50 citarasa makanan yang disediakan khas oleh ketua tukang masak berpengalaman Chef Shamsul dan dibantu oleh sepasukan tukang masak terlatih yang membawa konsep masakan terbaik warisan kampung seperti Gulai Ikan Masin, Udang Sambal Petai, Sotong Tumis Saderi, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Kambil Peratal, Nangka Muda Masak Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi












Oh ya, menariknya disini. Pilihan menu akan berubah setiap hari dengan menampilkan gerai juadah istimewa seperti

Gerai Makanan Arab



Gerai Sup



Gerai Mee 



Gerai Bakar



Gerai Gorengan


25 jenis hidangan utama


30 jenis pembuka selera dan pemanis mulut


Sajian Wajib Untuk Dicuba


Ada 2 menu wajib yang akan ada setiap hari. Menu menu ini adalah citarasa warisan melayu tradisi yang disediakan dan wajib untuk dicuba. Boleh dikatakan ianya Signature untuk Buffet Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini. Menu tersebut adalah

Itik Salai Masak Lemak Cili Api


Sup Gearbox


Kelebihan Masakan Di The Haven

Sesiapa yang pernah menikmati menu di sini, akan tahu, makanan yang disediakan disini berbeza di tempat lain. Di sini, penyediaan setiap sajian adalah dititikberatkan dengan hanya menggunakan bahan bahan yang segar dan berkhasiat tanpa penggunaan tambahan tiruan atau MSG. Walaupun ianya macam tak relevan kerana penggunaan MSG dapat menyedapkan rasa masakan tapi cik en rasa masakan di sini sangat sedap dan menyelerakan.

Solat Terawih Diimamkan Oleh Ustaz Bertauliah

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan Barakah. Mudah untuk kita mendapat pahala. Jadi, terasa rugi apabila kita meninggalkan Solat Terawih walaupun satu malam. Tapi dalam masa yang sama, hubungan kekeluarga juga penting. Dengan itu, pihak The Haven Tambun Ipoh menyediakan ruangan bagi sesiapa inginkan menunaikan Solat Terawih.


Imam dijemput khas daripada Thafiz berhampiran aka nada setiap hari sepanjang Bulan Ramadan. Solat Terawih ini hanya buat untuk 8 Rakaat sahaja dan rasanya ianya lebih baik daripada kita meninggalkan kan?

Permandangan Gunung Batu Kapur Yang Cantik



Sesiapa yang pernah datang ke The Haven Tambun Ipoh ini, semestinya sependapat dengan cik en, permandangannya yang sangat cantik. Dengan gabungan elemen semulajadi, keunikan bukit batu kapur, kehijauan hutan dan ketenangan tasiknya tidak akan korang rasai ditempat lain. Oleh kerana inilah, tempat penginapan disini menjadi impian untuk sesiapa inginkan suasana ketenangan.

Pakej Penginapan Yang Berbaloi Di Bulan Ramadan



Terasa sayangnya apabila terpaksa melepaskan suasana yang damai dan indah kan? Terasa nak duduk disini semalam. Ha… The Haven Tambun Ipoh ini menyediakan juga pakej penginapan yang sangat berbaloi baloi. Dengan pakej penginapan, korang akan dapat Buffet Ramadan, Solat Terawih dan Sahur (dihantar terus ke penginapan) dalam satu harga. Untuk maklumat penginapan di The Haven Tambun ini, sememangnya best sangat. Cik en pernah stay untuk 3 hari 2 malam di sini. Korang boleh baca di entri The Haven All Suite Resort Ipoh Tempat Cuti Yang Mendamaikan.


Untuk maklumat lanjut dan korang mencari harga promo , korang boleh ke 



The Haven Resorts
Jalan Haven Persiaran Lembah Perpaduan Tambun, 31150 Ipoh, Perak
05-540 0000 
sales@thehavenipoh.com
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedap sangat nampak part makanan arab tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya semua lauk pauk tu Cik En.. paling best siap ada solat Terawikh kat sini kan..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya hotel nie.. boleh terawih sekali lepas berbuka puasa kat sini. Menu buffet pun sedap2.

    ReplyDelete
  4. Sedap sedap menu dekat sini. Alang alang amik pakej bermalam terus kan.

    ReplyDelete
  5. Macam2 menu ada ya.. Wawa tengok jd rambang mata kalau nk buka pose kt sini

    ReplyDelete
  6. I like this initiative, boleh buka, enjoy makan, at the same time tak tinggal solat. Bagus bagus

    ReplyDelete
  7. Amboi sup gearbox dia tu

    Menggoda

    ReplyDelete
  8. Wahhh srdap tgok menu2 dia. Rindu nak berbuka puasa di luar. Dh boleh ni..nanti leh lah pergi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post