Tempat Menarik Di Langkawi | Wajib Masuk Dalam Bucket List Travel Selepas PKP Tamat

Tempat Menarik Di Langkawi | Masuk Dalam Bucket List Travel Selepas PKP Tamat | Uiksss, bila dengar tak lama lagi dah boleh merentas negeri, semestinya cik en dah mula mencari tempat tempat menarik untuk melepaskan gian untuk travel bersama keluarga tersayang. Setelah mencari cari dan akhirnya, cik en memilih untuk ke Langkawi. Rindu sungguh dengan menu Nasi Dagang Pak Malau, pasir Pantai Cenang, kecantikan permandangan daripada Langkawi Sky Bridge dan banyak lagi. Kali terakhir cik en kesana sebelum Covid19 lagi. Ini kalau dapat menghirup udara laut semestinya kenikmatan yang tak dapat nak diungkap dengan kata kata kan? Langkawi dah masuk dalam bucket list cik en untuk bercuti sambil menenangkan fikiran.


Langkawi !! Hampa Tunggu Cik En Mai Ni

Antara penyebab utama cik en ingin pergi semula ke sana disebabkan trip sebelum ini cik en pergi bersama kumpulan yang besar iaitu FamTrip bersama kawan blogger dan family day tempat kerja cik en. Jadi untuk kedua dua trip tersebut, cik en terasa penat sangat kerana perlu mengikuti tentatif yang telah ditetapkan. Kiranya bercuti tapi still terkejar kejar masa. Masa itu, cik en memang untuk memaasng niat untuk kembali semula ke Langkawi tapi bersama keluarga. Percutian yang santai dan habiskan masa bersama sama .

Tempat Menarik Di Langkawi | Masuk Dalam Bucket List Travel Selepas PKP Tamat

  • Menikmati Pesemboq Langkawi di Laksa Power Airport Langkawi



Selalunya pelancong yang datang ke Langkawi akan sampai dalam waktu tengah hari atau petang. Lepas check-in, korang mesti lapar tapi nak mencari kudapan petang. Tempat menarik yang korang boleh pergi adalah di kawasan Airport Langkawi. Disini, banyak gerai gerai untuk kita minum petang seperti pasembor, laksa, air kelapa dan banyak lagi.

  • Nasi Dagang Pak Malau


Datang ke Langkawi jangan lupa merasa menu ini. Nasi Dagang Pak Malau antara tempat makan yang viral dan semestinya korang wajib untuk merasai kesedapan menu ini. Sambil makan korang boleh menikmati permandangan sawah padi dan gunung yang sangat cantik. Walaupun asalnya makanan ini di Terengganu, tetapi pemiliknya berjaya menjadikan menu ini antara menu menarik untuk pelancong yang datang ke Langkawi

  • Kilim Geoforest Park


Yang ini wajib juga untuk korang pergi. Korang perlu spend masa separuh hari untuk explore kawasan ini. Korang akan menaiki bot dan ada pakej yang ditawarkan. Macam cik en ritu, cik en hanya pergi Bat Cave, Fish Farm  Floating Restaurant, Eagle Watching, Mangrove Sightseeing, Crocodile Cave, Andaman Sea Tour, Icon Kilim Geoforest Park dan Island Shoes

  • Langkawi Wildfire Park


Langkawi Wildfire Park ini tak jauh daripada Kilim ini. Disini ada pelbagai haiwan dan boleh kata macam zoo. Kat sini boleh bagi arnab makan, dapat tengok haiwan haiwan yang sekarang ini susah dijumpai. 

  • Langkawi Cable Car


Kawasan ini mempunyai banyak tempat menarik dan ianya merupakan permulan cable car sebelum naik ke bahagian bridge. Disini ada SkyRex, Oriental Village, 6D Cinemotion, SkyBoutique, SkyBistro dan 3D Art Langkawi. Ada pakej yang ditawarkan dan korang boleh membeli mengikut masa dan bajet korang. 

  • Langkawi Sky Bridge

Ada 2 peringkat iaitu Sky Glide dan Sky Bridge. Disini juga korang boleh tengok keseluruhan Langkawi. Cik en yang jenis gayat dengan ketinggian sememangnya agak takut awalnya. Tapi melihat kecantikan permandangan hilang terus rasa takut sebelum naik. 

  • Makam Mahsuri


Antara sejarah yang semua orang tahu. Langkawi dan mahsuri berpisah tiada. Muzim ini dilengkapi dengan dengan pelbagai kemudahan. Disini juga ada telaga dan juga Rumah Melayu

  • MARDI Agrotechnology Park Langkawi


Trip ini cik en suka sangat. Sebab kita boleh makan buah buahan sambil perut kembung. Disamping itu boleh beri kambing makan juga. Harganya pun tak mahal mana tapi bila merasa buah buahan segar dan pelbagai buat rasa nak bawa balik semuanya. 

  • Dataran Lang Langkawi


Semestinya ini perkara wajib korang kena buat. Bergambar di Dataran Lang Langkawi sambil menunggu giliran feri. Tiada gambar disini rasanya macam tak lengkap percutian di Langkawi. 

  • Pulau Tuba



Selama ini, cik en tak pernah tahu mengenai pulau ini, tapi peluang yang cik en dapat untuk ke Pulau Tuba ini semestinya memberi memori manis pada cik en. Suasana kampung ini korang boleh merasai aktiviti  menangkap bronok, memanggil yat yat, memanggil burung wak wak, island hoping, mandi dan berkelah di Batu Reban, berkayak dan candat sotong. Yang ini selalunya mengambil aktiviti selama satu ke dua hari. 

Hotel Impian | The Datai Langkawi

Ada lagi sebenarnya cik en tak pergi sebelum ini, jadi cik en akan pergi semula selepas ini. Insyallah, untuk kali ketiga ini, cik en ingin memilih konsep ketenangan sebabnya nak segarkan semula fikiran dan fizikal. Ala ala rest and relex gitu. Anyway cik en sebenarnya telah survey satu hotel ini iaitu The Datai Langkawi. The Datai Langkawi ini terletak di Padang Matsirat dan kalau korang yang tahu, tempat itu sangat cantik, biliknya yang luas, ada swimming pool, dan yang penting suasanaya sangat mendamaikan hati. Hijau dan tenang. Tapi apabila dilihat harganya untuk satu bilik sememangnya harga kayangan sangat. Rakyat biasa seperti cik en ini semestinya tidak mampu. Tapi mana tahu, satu hari  nanti, ada rezeki untuk cik en menginap di sana kan? Rezeki ini kadang kadang tak dijangka. Aminn.. 

Walaupun cik en tak dapat menginap di hotel impian tersebut, cik en tetap akan buat Staycation di Langkawi juga. Banyak lagi hotel yang mampu memenuhi kriteria cik en yang inginkan konsep rest dan relex. Hanya perlu mencari sahaja kan? 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Lama dh x p langkawi.. rindu rs nk kesana.. jalan²

    ReplyDelete
  2. Last pergi langkawi 2016 rasanyaaa. Teringin nak g lagi sbb nk pergi sky bridge tuu. Hrap2 ade pluang nk ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. Semua dah pergi.. cuma hotel tu je tak pernah lagi.. tunggu la habis PKP.. tak sabar juga nie

    ReplyDelete
  4. Rindu langkawi.... Tak pernah je u ke langkawi

    ReplyDelete
  5. Yeay... Ada pon entry ni.. Wawa mmg tgh mencari.. Sbb nk pi langkawi.. Tiket flight dh brpe kali asik hold je trikh huhu..

    ReplyDelete
  6. Kak baru lg pegi langkawi mmg best jln2 langkawi, pg wikd park mmg best dpt main dgn rakun yg jinak

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi dagang pak malau. Nanti bila boleh rentas negeri boleh ke sini nanti

    ReplyDelete
  8. Lama tak ke langkawi. Banyak benda nak buat bila ke sini nanti.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, i wish to go back to langkawi after PKP

    ReplyDelete
Previous Post Next Post