7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature | Cik en bukan seorang yang suka ber make up tebal dan kalau boleh akan minimim kosmetik apabila pergi bekerja atau keluar untuk membeli barangan keperluan. Sebab itu, kebanyakan cik en beli foundation, akhirnya cik en hanya akan pakai selalu adalah BB cream atau CC Cream. Foundation akan dipakai apabila ada majlis atau program sahaja. Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, memang cik en jarang menggunakan foundation. Disebabkan itulah cik en mencari semula CC Cream yang pernah cik en gunakan dulu. CC Cream ini banyak kelebihan dan dalam masa yang sama ianya dapat menjaga kulit kita. Dulu, cik en tak berkongsi tapi dah nak masuk botol kedua ini, cik en nak kongsi dengan korang kebaikan CC Cream ini. CC Cream ini adalah Gold Nano CC Cream dari Hansaegee

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature


Kelebihan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee

Sebelum cik en nak cerita panjang mengenai Gold Nano CC Cream ini, cik en juga adalah pengguna Moisturizer Water Based dari Hansaegee juga. Dari segi kualitinya, memang cik en suka kedua duanya. Sebab itulah cik en nak kongsi pula dengan korang Kelebihan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ini juga. 

Mesti ada yang tertanya, apa beza BB cream, CC Cream, DD Cream dan EE cream kan? Yang itu korang boleh baca di entri BB, CC, DD dan EE Cream. CC Cream bermaksud Color Correction Cream yang mana ianya berfungsi mengurangkan kemerahan kulit atau sllowness dan juga untuk memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Bahan Bahan Utama Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Ada 3 bahan utama yang digunakan dalam Gold Nano CC Cream ini iaitu Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold

  • Mineral Water

Mineral Water inilah yang memberi keseimbangan PH pada kulit, membantu kelembapan daripada dalam, mengaktifkan vitamin yang dapat menganjalkan kulit kita.

  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Ianya dipanggil bunga seri pagi oleh orang Malaysia dan mempunyai banyak kebaikan pad akulit seperti membantu mengurangkan radangan pada kulit, anti bakteria dan juga dapat menperbaiki masalah kulit kita.

  • Nano Gold

Dalam dunia kecantikan, penggunaan emas memang tidak asing lagi tambahan pada produk kosmetik. Gold Nano CC Cream juga menggunakan nano gold yang memberi kebaikan kepada kulit seperti anti-penuaan, antimikrob yang tinggi, menghalang sinaran infrared terus ke kulit dan juga antioksida yang baik. 

7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Mungkin ada yang tertanya, kenapa cik en memilih Gold Nano CC Cream sedangkan banyak lagi CC Cream di pasaran dan berjenama. Cik en sebenarnya dah cuba beberapa jenama CC Cream dan masing masing mesti ada kekurangan. Ada yang nampak bercapuk apabila berpeluh, ada yang perlu add on sunscreen dan ada yang kurang sesuai dengan kulit cik en. 

So cik en mencuba Gold Nano CC Cream dari tahun lepas lagi dan masa itu, cik en suka dengan Gold Nano CC Cream ini disebabkan muka cik en tak bercapuk apabila berpeluh. Selain daripada itu, cik en suka teksturnya yang creamy, nampak krim putih tapi apabila di apply di muka, ianya akan bertukar warna mengikut tona kulit kita. So, wajah cik en nampak natural dan fresh. Antara yang cik en boleh kongsi dengan korang ada beberapa kelebihan Gold Nano CC Cream ini 

  • Mudah di gunakan

Ada 2 cara yang sering digunakan untuk memakai cream iaitu menggunakan berus atau span. Tapi Gold Nano CC Cream ini hanya menggunakan jari sahaja dah cukup menjadikan kulit wajah berseri dan bercahaya. Cik en kalau terlambat ke tempat kerja, cik en hanya capai Gold Nano CC Cream ini dah cukup tanpa perlu nak bawa peralatan yang lain.

  • Krim yang boleh berubah warna kepada kulit asal cik en




Menjadi masalah pada cik en dalam memilih warna krim untuk digunakan. Ada natural, gelap, sawo matang, kuning langsat dan banyak lagi. Duduk dibahagian kosmetik dalam drug store pun lama untuk memilih warna yang sesuai. Calit kat tangan, calit kat rahang tapi bila beli mesti terlebih gelap, terlebih cerah. Berbeza dengan Gold Nano CC Cream kerana warnanya hanya satu dan dari warna fizikal Gold Nano CC Cream iaitu putih tapi mempunyai little tiny brown color yang dicampurkan so ianya akan berubah perlahan menjadi warna seakan kulit cik en apabila disapu (blend) dengan hanya menggunakan jari. Ianya nampak cerah yangnatural dan tidak nampak cerah (putih) yang pelik . So tak payah pening pening kan?

  • Sun Protection Function SPF50+ PA+++

Gold Nano CC Cream ini mempunyai sun protection yang sangat tinggi iaitu SPF50+ PA+++ . Ianya dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Disebabkan itu, cik en dah tak perlu nak beli sunscreen asing dah. Jimat kan? Dah la boleh cerahkan dan sekatakan tona kulit cik en ditambah lagi dapat melindungi kulit dari sinar UV yang berlebihan. Sekali sapuan dapat kulit yang cantik dan paling penting jimatkan masa.  Hahahah. 

  • Light Texture Cream, Tidak Berminyak


Kulit cik en agak kering sebenarnya lagi lagi dah masuk umur 34 tahun ini, memang agak cerewet mencari skincare atau alat kosmetik. Pemilihan yang salah akan buat, kulit cik en sangat kering. Jadi, kelebihan yang ada pada Gold Nano CC Cream ini ialah teksturnya yang ringan dan memberi kelembapan. Kulit cik en tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak dan rasa melekit. Apabila disapu, kulit terasa segar, ringan dan sangat selesa. Shinning like a gold gitew.. Biar usia nampak tua tapi mantain muka babyface. Hahahahha

  • Tidak Bercapuk Apabila Berpeluh Atau Berminyak

Pekerjaan cik en tidak menentu. Ada masa di dalam pejabat yang penghawa dingin dan perlu turun ke lapangan yang hanya ada angin semulajadi dan terik matahari. Jadi apabila di lapangan, memang mencurah curah peluh memandangkan kawasan cik en diantara tempat yang kurang hujan dan berangin hangat. Kalau sebelum ini, habis bercapuk muka dan macam hantu cina kena pakai bedak tapi selepas gunakan Gold Nano CC Cream ini memang tak nampak bercapuk. Hanya dap dap dengan tisu, kulit muka masih cantik. 

  • Make-Up Nampak Cantik

Selalunya, kalau nak pakai pemerah pipi, eyeshadow atau highlight mesti pakai foundation baru cantik kan? Tapi sebenarnya tanpa foundation pun, dengan hanya Gold Nano CC Cream yang ada boleh buat make-up nampak cantik. Warna eyeshadow nampak lebih terserlah dan bertahan lebih lama. Gold Nano CC Cream boleh dijadikan based make-up atau premier yang terbaik

  • Penutup Jenis TWIST LOCK 


Cik en ini jenis suka bawa CC Cream sebab senang untuk touch semula selepas solat atau bersihkan muka. Jadi, cik en perlukan design botol yang mudah dibawa dan susah untuk terkeluar krim. Nanti habis comot dan kotor beg cik en. Gold Nano CC Cream direka dengan TWIST LOCK jadi susah nak terkeluar. 

Sebabkan point diatas ini yang buat cik en setia dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ini. Kalau korang pun berminat dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ini, korang boleh dapatkan 





Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post