Pengalaman Berbekam di Bekam Manjung

Pengalaman Berbekam di Bekam Manjung | Lama juga cik en tak buat review tempat di Manjung ini kan. Kebetulan cik en mencuba satu tempat baru, rasanya cik en nak simpan memori di blog ini. Jika sebelum ini cik en lebih suka memanjakan diri di D'wafa Care Seri Manjung tapi disebabkan penuh cik en mencuba sesuatu yang lain iaitu berbekam. Itu pun cik en bawa abah dan pak ndak cik en pergi. Dan bila ditanya ada bekam untuk wanita, terus cik en buat juga. Berbekam ini memberi kesan yang berbeza dengan urut. Apa perbezaannya? Kena baca entri ini sampai habis




Pengalaman Berbekam di Bekam Manjung

Di spa, cik en suka servis urutan bali dan tradisional. Dwafa cik en suka dengan urutan bali sebab sedap sangat badan. Sejujurnya cik en dah 2 kali bekam. Pertama dan lama sangat rasanya 4 atau 5 tahun lepas. Itu pun tak ada sakit apa tapi saja mencuba bila teman kawan serumah masa itu. Kali kedua ini baru minggu lepas cuba. Kali ini di tempat berbeza iaitu Bekam Manjung (Pusat Bekam Manjung Lelaki Dan Wanita) bersebelahan TF Baru Manjung (Giant). 


Ada banyak pilihan tapi cik en cuba Bekam Sunnah. Bekam Sunnah ada 15 cup dan bernilai RM50. Berbaloi juga. Masa lebih kurang 30 minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan darah. Bekam Sunnah ini termasuk kepala. Jadi kena botakkan sedikit kepala. 


Cik en pernah kongsi mengenai Kepala Kebas dan Bersemut dan disebab itu cik en beranikan diri untuk buat kali kedua. Hahahah. Ada beberapa step dibuat. Untuk yang pertama, cup akan dipam di 15 point termasuk kepala. Untuk yang pertama kali ini untuk bekam angin. So far cik en banyak angin rupanya. 


Bekam angin ini dalam 15 ke 20 minit kalau tak silap. Lepas itu mulalah acara cucuk cucuk. hahahha. mak cik en memang takut sangat. Tapi jangan risau di Bekam Manjung guna yang check darah itu. So rasa geli geli dan rasa sakit sikit macam gigit semut. Lepas buat akan pam semula dan masa ini darah akan keluar. Alhamdulillah, katanya darah cik en cantik mungkin jaga makan. Yela sangat... dan proses pam kali kedua dalam masa yang sama juga. 


Selesai saja pam akali kedua, bahagian tersebut akan dibersihkan dan dipam kali ke 3. Dalam masa yang 15 minit. Selesai buat bekam. So far tak sakit pun dan cik en suka dengan servis Bekam Manjung kerana mereka memang menjaga kebersihan. Selesai berbekam tak tahu berapa banyak di lap guna tisu basah. Cik en dalam beberapa jam rasa sakit sikit. Lepas itu okey dan kesannya pun tak lama. 


Hampir seminggu ini, cik en memang kurang masalah sakit belakang, berangin dan lemah badan. Mungkin faktor angin dalam badan yang buat cik en sakit sakit. Kepala cik en pun dah tak kebas dan bersemut. Rasa melayang pun dah tak ada. Boleh buat lagi ini. 


Rutin berbekam yang terbaik adalah 3 hingga 4 bulan sekali. Selain daripada buang angin, bekam boleh juga membuang darah kotor. Lagi lagi orang lelaki yang tidak datang haid macam wanita. Sangat digalakkan. 


Untuk wanita pula, ada info menarik mengenai bekam untuk wanita. Boleh baca di artikel 6 kelebihan bekam untuk wanita. Cik en sendiri ada dengar daripada seorang doktor di Tiktok iaitu Doktor Amir Aqram Bin Azizi. Pandangan beliau terhadap bekam adalah banyak lagi kajian perlu mengenai Bekam. Banyak kebaikan cuma keburukan adalah pada kulit dan jika peralatan tidak bersih akan menimbulkan kesan sampingan yang lain. Korang rujuk video tiktok beliau


Bekam 1 Dr Amir : https://vt.tiktok.com/ZSca3BxY/

Bekam 2 Dr Amir : https://vt.tiktok.com/ZScaT5ve/


Kalau korang berminat untuk mencuba bekam di Bekam Manjung boleh hubungi http://www.wasap.my/60163364876/NAKBEKAM


Detail kedai Bekam Manjung :

Bekam Manjung 

No 27 Ground Floor , Jalan PPMP 6 , Pusat Perniagaan Manjung Point 1 Seri Manjung Perak 32040 Kampong Lumut Kiri, Perak
Telefon : 0163364876
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post