Kita Tidak Akan Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga

Kita Tidak Akan Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga | Selalu kita dengar apabila kucing atau haiwan kesayangan kita mati, kita akan jumpa mereka di syurga nanti. Tapi tahukah korang yang kita Kita Tidak Akan Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga nanti? Mungkin permulaan ayat ini adalah untuk memujuk hati seseorang yang sedih kerana kehilangan haiwan kesayangan tapi sebenarnya ianya tidak. Cik en akan kongsikan daripada maklumat yang sahih cik en jumpa di lamn web Pejabat Wufti Wilayah Persekutuan. 


Kita Tidak Akan Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga

Menurut Mufti, melalui riwayat daripada Abu urairah R.S bahawa beliau berkata 

إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan juga burung: ‘’Jadilah kamu tanah’’.

Lihat Tafsir Al-Thabari (24/181)

Daripada riwaya ini menunjukkan, keadaan haiwan di akhirat kelak tidaklah sama dengan keadaan umat manusia. Dari sudut amalan mereka tidak akan dihitung pada kebaikan dan keburukannya, begitu juga mereka tidak dimasukkan ke dalam syurga-syurga Allah seperti golongan manusia yang bertakwa. Sebaliknya, kesemua haiwan akan menjadi debu tanah pada hari akhirat kelak.

Jadi kita takkan berjumpa dengan kucing kesayangan kita di syurga sebenarnya. Tapi apa pun mereka yang banyak doakan kita semasa di dunia kan? Jadi, jagalah haiwan kesayangan korang sebaiknya. Fahami mereka dan bawalah ke veterinar apabila sakit. 

Untuk bacaan asal artikel ini boleh ke Bolehkah Bertemu Kucing Kesayangan di Syurga? Atau korang nak baca artikel Allah Jadikan Haiwan Daripada Apa?
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post