Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing | Sebabkan kutu la, akaun tiktok cik en jadi viral. Hahahha. Sebenarnya cik en ada upload satu video pendek yang tak sampai 30 saat pun di sosial media termasuk tiktok. Tapi nampaknya ramai menyukakan video cik en sikat bulu kucing dan ada banyak kutu. Korang boleh tontoton di Sikat Kutu Kucing. Asalnya hanya suka suka selepas buat permandulan tapi tak sangka bulu yang cantik dan kemas menyimpan banyak kutu kutu didalamnya. So dari situ, ramai pula teruja nak beli sikat kutu itu. Sikat itu cik en beli di Shopee dengan nama Comb Pet. Cuma cik en pesan awal awal, nak pakai sikat ini make sure korang stanby apa patut kalau kucing itu ada banyak kutu. Risau nanti melompat ke badan korang berkudis pula.
Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing
Disebabkan cik en dah berjanji dengan kawan kawan di facebook nak berkongsi tips atau Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing so cik en buatlah entri simple ini. Sebabnya kutu kucing ini jenis melompat dan susah untuk ditangkap. So sebelum sikat perlulah sediakan apa yang patut seperti
- Selepas sikat dan tengok banyak kutu terus lap dengan tisu basah bagi melumpuhkan sekejap kutu kutu tersebut.
- Selepas itu celup dalam air, alirkan pada air mengalir atau gunakan air panas
- Selain itu ada suruh bakar. Bukan bakar kucing tapi bakar kutu
- Selain itu, boleh gunakan sikit ini selepas mandikan kucing. Masa ini kutu tengah pengsan dan mudah untuk korang matikan satu persatu
- Boleh juga spray sedikit air di bulu kucing dan sikat. Itu pun boleh lumpuhkan kutu sebab terkena air.
Mesti ramai tertanya mana datangnya kutu ini? Korang boleh baca di 5 faktor kucing dapat kutu. Kalau korang ada tips dan cara lain, boleh komen di bawah okey!
Korang nak beli sikat kutu murah? cik en ada jumpa yang murah dan berbaloi.. cuba beli di Sikat Kutu Shoppe
mahkota seekor kucing adalah bulunya...dengan penjagaan yang baik...sedap dibelai dan dibuat bantal peluklah
ReplyDelete