Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB | Tengah musim pandemik Covid-19 ini, mesti ramai yang was was nak keluar dan bank adalah tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Dah diumumkan PKP ini, kebanyakan bank semuana tutup dan ada limit untuk masuk. Jadi, korang yang ada Amanah Simpanan Berhad (ASB) mesti susah nak keluarkan duit dividen kan? Cik en nak kongsi cara mudah untuk korang yang ingin keluarkan duit tersebut melalui laman web My ASNB dan apps My ASNB.
Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB
Untuk pengeluaran ini, cik en gunakan laptop tapi kalau korang gunakan apps pakai step yang sama juga. Cuma perubahan tempat dan view sahaja.
Langkah Langkah Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB
1. Log In My ASNB. Kalau belum daftar, klik daftar disini dan ikuti langkah langkah yang dinyatakan. Lebih memudahkan kalau nombor telefon masih pakai yang sama. Jika bertukar kena pergi juga ke cawangan untuk kemaskini.
2. Masuk bahagian Portfolio dan klik transaksi
3. Lepas klik transaksi, pilih jualan balik
4. Untuk pengeluaran ada syarat syaratnya. Minimun RM100 jadi sesiapa nak keluarkan dibawah nilai tersebut perlu ke cawangan ASB juga. Tekan seterusnya
la, boleh rupanya..kusangkakan boleh bwak masuk jer.. tak try pulak yg jualan balik tu, haha! senang sikit..thanks cik en, klau dak smpai ke sudah xtauuu..
ReplyDeleteperkongsian yang memudahkan insyaallah
ReplyDelete