Kenapa Korang Buang Tray Hitam Yang Ada Di Bawah Sangkar? | Anyway cik en dah lama nak kongsi atau ceritakan mengenai topik tray hitam ini. Ini disebabkan ramai yang bawa sangkar ke klinik tanpa tray hitam tersebut. Why korang buangkan atau tak diletakkan sekali dengan sangkar? Adakah ianya memang dah kotor, pecah atau hilang? Walau apa pun alasan korang, tau tak tray hitam tu banyak sangat kegunaannya? Kalau tak, tak ada la ianya di sertakan sekali dengan sangkar kucing yang korang beli itu.
Kenapa Korang Buang Tray Hitam Yang Ada Di Bawah Sangkar?
Tray hitam itu tidak bersalah dan janganlah dianak tirikan dia berbanding adik beradik dia yang lain . Hhahaha. Tray hitam ini sangat berguna apabila korang kuarantinkan kucing korang. Tak kisahlah selepas pembedahan, sakit, mandi atau sebagainya. Tray hitam ini penganti bekas pasir yang mana tidak boleh digunakan disebabkan akan berlaku jangkitan pada luka pembedahan, luka biasa dan sebagainya.
Selain itu, jika korang bawa travel, bawa ke vet, tray hitam itu dapat menyelamatkan kereta kotor dan basah.
Jadi, jangan dibuang tau tray hitam itu, penting sangat sangat. Kalau kotor, cucilah dan keringkan sebelum diguna semula.
Ada, tak buang pun.
ReplyDeletebetul tu, penting kegunaan dia tu hehe
ReplyDeleteMrs. A memang tak buang pun hahahaa...
ReplyDelete