10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020

10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020 | Tak sampai berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Tahun 2020 banyak beri kenangan masam manis kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh pelusuk dunia. Boleh dikatakan tahun yang merubah kehidupan seseorang. Sesiapa yang terlalu selesa dengan kehidupan sebelum ini merasai juga naik turun kehidupan. So bukan itu yang cik en nak kongsi dengan korang tapi cik en nak berkongsi Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020 oleh rakyat Malaysia. Cuba korang semak, kot kot resipi viral masa PKP ada termasuk sekali tak


10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020

Mengikut carian di Google, mereka menyenaraikan 10 resipi yang menjadi carian tertinggi di Malaysia

1) Dalgona Coffee


Sesiapa pengemar Kopi atau Nescaffe memang akan mencuba. Dikatakan resipi ini popular di Thailand. Menggunakan mixer atau bahannya dipukul sehingga kembang dan ditambah ais menjadi viral semasa kita PKP pertengahan tahun ni. Cik en masih tak sempat merasinya sebab cik en tidak mudah terpengaruh. Gitewwww.

2) Dalgona Milo



Seperi Dalgona Coffee, yang ini hanya tukarkan coffee kepada milo. Kreatif bagi orang yang tak suka kaffein dan mungkin boleh diminum oleh kanak kanak. Sebabnya milo adalah minuman kegemaran kanak kanak kan?

3) Biscoff Cheesecake


Biscoff Cheesecake ini cik en dapat rasa bulan 11 walaupun dah lama ianya viral. Sangat sedap tapi terlalu manis untuk cik en. Apa pun kos nak buat Biscoff Cheesecake boleh tahan mahalnya. Hahahah 

4) Kek Tornado


Nampaknya cik en terlepas pandang kek ini sebab tak perasan ianya menjadi viral bagi tahun 2020. Kemungkinan cik en kurang sukakan coklat jadi kek ini cik en anggap biasa biasa. Bila tengok yang ini rasa sedap je. Sedap ke?

5) Kek Marble Jelita


Kek ini rasanya dah lama ada kan? Selalunya akan dijamu semasa Hari Raya. Tapi ianya viral juga pada tahun 2020 ini. Apa pun ianya kek yang disukai oleh semua orang dari dulu hingga kini.

6) 油条 食谱 (Youtiao)


Dinamakan juga cakoi ni memang menjadi kegemaran cik en. Ini mesti kes PKP dan perut lapar je ni. Sebab tu resipi ini menjadi trending. Okey, terus nak cari cakoi jap lagi. Hahahha


7) Cekmek Molek


Kuih Melayu ini memang tak lekang dek zaman. Ada yang inti kelapa pedas, ada yang gula. Apa pun ianya menjadi 7 carian terbanyak di google.


8) Apam Balik


Apam balik ini kalau ke pasar malam memang akan ramai yang menjual. Dulu hanya inti kacang dan jagung sekarang dah divariasikan dengan coklkat, butter, chip dan banyak lagi. Tempat ke 8 dalam carian google 


9) Taufufa


Yummy betul dapat makan panas panas taufufa ini. Pemanis mulut ini adalah kegemaran cik en. Di Ipoh ada satu kedai chinese berhampiran Pasar Karat Ipoh yang menjual taufufa ini. Sedap dan rasanya lepas ini nak pergi dan review kedai kecil itu

10) Burnt Cheesecake


Dulu hangus takut sekarang dah jadi trend hangus hangus ini. Hahahha. Anyway ianya duduk di tangga 10 dalam carian google. Kebanyakan buat dengan Air Fryer resipi ini. Cik en? Tak pernah  makan dan semestinya tak pernah mencuba untuk buat lagi. Hahahahha

Ini lah 10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020. Segala gambar dalam ini cik en ambil di google image ye. 


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ni mesti ramai cari masa PKP rituuu ni sebab rasa semua menu2 ni
    viral time PKP hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post