Lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak

Lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak | Sebenarnya cik en ini akan ada masalah kalau nak makan di Ipoh even cik en pernah stay di Ipoh masa belajar dan bekerja dulu. Last last makan di tempat yang sama dan berulang ulang. Sampailah cik en terperasan ada satu cafe yang menarik, privasi dan yang penting sedap. So cik en dan adik cik en terjah untuk lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak. Agak tersorok tapi bila korang masuk di perkarangan Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini, korang akan kagum dengan decoration dan menu menu yang mereka tawarkan. Menggunakan konsep British Style Cafe ini dan ianya yang pertama menggunakan konsep ini di Ipoh



Lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak


Terletak berhampiran dengan Hotel Travelodge Ipoh (dulu Heritage Hotel). KPJ Ipoh dan Taman Jepun ini agak privasi kerana bukan terletak di kawasan atau bangunan perniagaan yang lain. Cafe ini terletak dalam kawasan Adonis Bridal yang merupakan bridal shop (butik perkahwinan). Dikatakan dulu Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini dibuat setelah mengambil kira pelanggan yang berurusan di Adonis Bridal perlu masa santai, minum minum dan releks selepas menguruskan urusan perkahwinan dan event yang mereka rancangkan. Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini bersebelahan dengan Adonis Bridal. 


Menu di Potpourri House Cafe Ipoh Perak


Semasa lunch denagn adik, cik en memilih 5 menu terdiri 3 makanan dan 2 minuman. Anyway excited nak kongsi dengan korang sebabnya cik en suka kesemua makanan dan minuman ini. Portion dan harga yang berpatutan. 3 makanan yang cik en nak kongsi dengan korang adalah 


Salted Egg Crispy Chicken




Salted Egg Crispy Chicken ini adalah kegemaran cik en. Ayam crispy dia sedap sangat, kurang berminyak dan salted egg dia pekat. Rasanya rangup, masin, masam, salted egg dan manis dihujungnya. Tak muak cik en makan ayam. Anyway cik en tak suka bahagian banyak isi apabila makan ayam tapi menu ini berjaya buat cik en suka dengan keseluruhan ayam yang dihidangkan. Yummy sangat. Ada 2 sos iaitu salted egg dan black pepper. Black pepper yang dihidangkan lain dari yang pernah cik en makan. Sos ini maybe dibuat sendiri dengan ramuan yang berbeza ada di luar. Pekat dan sedap serta rasa lada yang sederhan tapi lidah boleh rasai. Wow sangat rasa sos dia.Wajib cuba. Ada kentang jenis potato wedges, kentang lenyek dan juga salad bersama sos Kewpie Roasted Sesame. 10/10 cik en bagi!


Salmon Mania with Salted Egg Sauce 




Siapa suka salmon? Korang akan suka dengan menu Salmon Mania with Salted Egg Sauce ini. Cik en tak berapa suka tapi korang yang peminat salmon akan suka. Gunakan sos salted egg yang sama cuma berbeza ayam dan ikan. Kentang yang digunakan Standard-cut fries


Classic Potpourri House Pasta




Classic Potpourri House Pasta pula kegemaran adik cik en. Dia sukakan sebab pastanya di rebus dengan baik. Tidak terlalu overcook dan mentah. Menggunakan sos bolagnese yang balance beserta slide hotdog. Cik en suka sebabkan rasanya tidak terlalu masam macam bolagnese yang lain. Ini kalau adik sepupu cik en Madina jumpa menu ini confirm dia suka sebab dia sukakan pasta bolagnese ni 


Minuman yang cik en nak kongsi dengan korang dan korang patut cuba apabila datang ke sini adalah


Hot Mocha



Hot Mocha ini sedap dan pekat. Tidak terlalu manis dan diberikan bersama bear cookies yang comel akan buat korang teruja untuk bergambar. hahahah


Green Minty Lime Mocktail




Yang ini adalah air soda yang dicampur dengan jelly, lime dan beberapa jenis lagi yang cik en tak dapat nak detail. huhu. Anyway cik en suka yang ini juga. Apabila sedut bersama jelly terasa macam makan boba. Hahahha. Anyway i love this drink. Sedikit masam tapi balance dengan rasa gula. 


Selain daripada makanan dia yang cik en recommended. Korang akan tertarik dengan decoration dalaman Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini. 









Kalau korang di Ipoh atau nak travel ke Ipoh, korang boleh masukkan Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini dalam list jalan jalan cari makan. Di mana Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini? Korang boleh baca detail di bawah 

Potpourri House Cafe Ipoh Perak

No 2, Jalan Kelab Golf, 30350 Ipoh Perak

012-5156336 / 016-5344303 / 05-2546886

11 pagi sehingga 10.30 malam (setiap hari)

Facebook : https://www.facebook.com/potpourrihousecafe

Instagram : https://www.instagram.com/potpourrihousecafe/

Pork-Free

Available for Farewall Party, Full Moon Party, Marriage Proposal, Engagement Party, Friends Gathering, Company Annual Dinner & Birthday Party

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh fofuler tempat cafe nih., wak x pegi lagi ;p

    ReplyDelete
  2. Cantiknya deko cafe ni, presentation menu pun menggoda gitu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post