Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini

Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini | Dulu cik en seorang peminat kopi dan selepas cik en ada masalah dengan waktu tidur cik en mula kurangkan mengambil kafein dan semestinya cik en pun kena melepaskan tittle peminat kopi. Sampai la cik en  mula semakin okey dan cik en boleh perlahan lahan mengambil kopi semula. Dalam mencari kopi yang terbaik, cik en perasan ada satu jenama kopi yang jarang cik en dengar tapi mempunyai variasi kopi yang banyak iaitu Mister Coffee. Satu sahaja di fikiran cik en, Halal ke tak Mister Coffee ini? Sebagai blogger, cik en akan research dahulu produk yang cik en nak cuba disebabkan kebanyakannya cik en akan kongsi dengan pembaca. | Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini




Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini

Nak mencari satu satu poduk itu halal atau tidak, Malaysia mempunyai Halal Malaysia Official Portal yang memudahkan rakyat Malaysia untuk semak. Cik en dah pun semak Mister Coffee dan semestinya Halal sebab ada dalam list tersebut. Bukan satu produk tapi rasanya semua produk mereka Halal. So selesai satu bab dan bab yang paling cik en nantikan adalah nak kongsi dengan korang antara produk mereka yang cik en dah cuba. 



Anyway Mister Coffee ini dah lama di pasaran tapi mungkin cik en banyak minum yang ready made sampaikan tak pernah perasan. Mister Coffee ini mengeluarkan produk kopi yang bermutu tinggi. Kualiti biji kopi, cara pengambilan kopi dan cara pemanggangan yang terbaik menjadikan kopi keluaran Mister Coffee menjadi pilihan ramai. 



Apa yang cik en suka, mereka menggunakan Modified Atmosphere Packaging (MAP) System yang mana pembungkusan kopi mereka sangat minimun kandungan oksigen. Disebabkan itu, kopi akan sampai pada pengguna dalam keadaan baik dari segi serbuk kopi, aroma dan kualiti. 


Kopi Halal Mister Coffee


Antara kopi halal Mister Coffee yang cik en nak kongsi dengan korang adalah jenis Coffee Bean & Ground Coffee dan BagBrew - Single Serve Coffee. Ada perbezaan packging kedua dua jenis ini. Satu jenis ground coffee dan satu lagi jenis bag.



Coffee Bean & Ground Coffee


Coffee Bean & Ground Coffee ini semuanya ada kopi jenis espresso. Kebanyakan pencinta espresso selalunya suka rasa serbuk kopi semasa menikmati kopi. Jadi mereka tak suka ada macam paper filter dan juga paper ini akan buat rasa espresso kurang sedap. Kiranya macam ala ala kopi orang tua zaman dulu dulu. Opah akan buat kopi yang ada rasa serbuk kopi dan ianya buat kepuasan pada yang minum. 


Espresso Classic

Rasa Espresso Classic adalah sangat pekat dan ianya adalah rasa asli espresso. That why ianya dinamakan classic. Rasanya sangat strong dan rich. Kalau minum di waktu pagi, cik en akan segar sampai ke malam even selepas makan tengah hari. Hahaha Anyway cik en memang akan rasa mengantuk dan perlu tidur waktu tengah hari tapi kalau minum classic ini memang body masih segar. 


Espresso Gold

Espresso Gold adalah kopi yang dipanggang secara sederhana menggunakan kopi India tapi menggunakan cara pemanggang dari Itali. Rasanya masih ada pahitnya tapi tak strong macam classic. Rasa lembut dan 'manis' buat espresso gold ini mewah.  


Espresso Bar

Sejujurnya cik en tak boleh nak terangkan rasa Espresso Bar ini. Tapi rasanya rasa sederhana strong. Maybe boleh dijadikan dessert kot. Hahahhaa


Espresso Royal

Espresso Royal adalah 100% Arabica Coffee. Rasanya lebih lembut dan sedap kerana ada rasa manis manis. Anyway yang korang minum di Starbuck adalah jenis Espresso royal ini. Sebab itu sedap kan?


BagBrew - Single Serve Coffee


Bagi BagBrew - Single Serve Coffee pula disediakan dalam paper filler. Jadi ianya mudah untuk kita bawa ke mana mana dan sediakan cuma ianya tak boleh diubah suai kerana kandungan adalah tetap dan tak boleh adjust seperti mana jenis Coffee Bean & Ground Coffee. Produk BagBrew yang di keluarkan oleh Mister Coffee ini banyak antaranya


BagBrew™ 100% Coffee Original

Bagi jenis Coffee Original ini terdapat kopi 100% roasted coffee. Ianya rasa pahit tapi kalau korang nak rasa manis kena tambah gula dan krimer sendiri.


BagBrew™ 100% Coffee Sugar Added

Coffee Sugar Added pula ada ditambah gula. Kalau sesiapa suka rasa lemak manis kenalah tambah susu atau krimer mengikut citarasa.

 

Colombia Dark Roast

Kopi dari Peru ini rasanya tak terlalu strong dan rasanya lebih sederhana.


Italian Style Dark Roast

Italian Style adalah yang cara pemanggang kopi yang paling dark roast. Rasanya pahit pahit manis

 

Liberica Dark Roast

Yang ini pula rasa lagi over dari Italian Style. Rasanya pahit dan strong.

Selain itu, korang boleh dapatkan lebih banyak lagi produk Mister Coffee di Mister Coffee.com.my

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

5 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak pernah tahu tentang Mister Coffee ni sebelum ni, nanti bolehlah nak cuba juga... nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete
  2. Ahak, macam kopi org dulu2 erk... Nak kene try juga ni.. Nampak sedp

    ReplyDelete
  3. Wow best nyer, i love coffee and nanti sis nak try this brand.

    ReplyDelete
  4. peminat kopi mst suka berita nie.. fiza pun suka kopi.. yg nie x pernah rasa lg.. nnt kalau jumpa time shopping boleh beli

    ReplyDelete
  5. Sedapnya coffee. Kita suka juga.
    Tapi tak berani minum. Sebab lepas minum mula buat rasa jantung laju.
    Badan lemah semacam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post