Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?

Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud? | Semenjak blogger menukarkan dashboard, cik en masih lagi mengambil mood untuk menggunakan interface yang baru ini. Malam ini cik en ada sedikit mood mengadap pembaharuan blogger so cik en nk kongsi satu topik yang mungkin korang tahu ataupun tak pernah tahu. Cerita ini bermula Sabtu lepas, cik en buat rawatan spa di favourite spa cik en di Manjung ini iaitu D'Wafa Care. Ownernya yang bernama Ida mennimbulkan topik Penyakit Ain ini dan cik en rasa ianya topik yang sesuai untuk cik en sharing dengan korang. Apakah Penyakit Ain ini? Adakah Penyakit Ain ini Sihir dan relevenkah kita terutama orang Islam mempercayai Penyakit Ain ini. Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?
Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 


Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),

Surah al-Qalam (51)


Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)


Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)


Apa Itu Penyakit 'Ain?


Penyakit Ain atau ditulis Penyakit 'Ain ada diterangkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilyah Persekutuan yang menyatakan Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.


“‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” 

-Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: 


Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: 


"Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah."

Riwayat Muslim (5831)


Imam al-Nawawi berkata: 


“Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” - 

Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328


Benarlah Wujud Penyakit 'Ain 

Daripada firman Allah dan hadis hadis dan riwayat yang cik en kongsi, benarlah Penyakit 'Ain ini wujud dan ianya sangat merbahaya sebabnya ianya berlaku dalam ketidaksedaran kita. Contohnya zaman sekarang media sosial adalah satu medium yang sangat penting dalam kehidupan. Media sosial digunakan secara peribadi dan juga perniagaan. Apabila ada media sosial, kita akan banyak kongsi perihal suka dan duka peribadi kita yang mana tanpa kita sedar ianya membawa kepada Penyakit 'Ain.

 

Jika dulu, cik en selalu relatedkan penyakit ini dengan menangkap gambar haiwan dan haiwan itu mati. Tapi sekarang ianya wujud dalam kehidupan kita sebagai manusia dan bukan setakat haiwan sahaja. Pujian yang melampau seperti kecantikan, kekayaan, kebahagian dan sebagainya boleh juga menjadi punca penyakit ini selain iri hati, ketidakpuasan dan dengki orang sekeliling kita pada diri kita. 


Contoh lain yang cik en , ida dan yang lain masa di spa bincangkan adalah " Upload gambar anak, orang memuji cantik dan beberapa hari selepas itu anak tak sihat" Selain itu, upload gambar kebahagian suami isteri, orang memuji dan mungkin ada yang dengki dan beberapa hari selepas itu suami isteri bergaduh" Ini antara contoh yang mungkin korang perasan atau mungkin tak perasan. Apa kata korang rewindkan semula ada tak terjadi kisah sebegini pada korang


Rawatan Penyakit 'Ain


Apa yang cik en baca, penyakit ini bukan sihir tapi ianya perlu mendapatkan rawatan yang sebetulnya. Rawatan rawatan ini, korang boleh buat sendiri dan mungkin boleh amalkan setiap hari. 


  • Bacaan ayat Ruqyah atau doa
  • Mandian Air/Berwuduk
  • Mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya
  • Beringat untuk besederhana dalam berkongsi kisah peribadi dan gambar di media sosial.

Selain daripada diatas, korang boleh rujuk kepada ustaz, pakar perubatan Islam dan orang yang pandai. 


Apa pun, kita sendiri kena muhasabah diri. Ianya untuk mengelakkan kita menjadi seorang yang iri hati, dengki dan sebagainya. Manusia kan? mana pernah tak buat silap. Kata kata dalam hati itu yang kita kena cepat sedar. Apabila terdetik dihati "Bukan cantik mana" "Bahagialah sangat" pun dah boleh kita dalam kelompok orang yang iri hati tanpa sedar. Allahualam

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post