Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru? | Orang yang duduk Ipoh atau kawasan berhampiran, kome pernah tahu atau makan di Labu Sayong Signature Meru? Ke kome tak perasan? Di Bulatan Amanjaya Meru je. Ke kome pernah nampak tapi tak pernah singgah disebabkan stylenya yang nampak mewah? Kome silap dan cik en sendiri pun sama sebab fikir Labu Sayong Signature itu makanan mahal atau untuk orang orang berada je. Disebabkan cik en sendiri dah merasai masakan dan melihat sendiri harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman di Labu Sayong Signature ini, sebab itu cik en berani nak berkongsi dengan korang mengenai Labu Sayong Signature Meru ini. Manatau terlalu atau planning ke Bulatan Meru ini, boleh la singgah dan menikmati makanan dan minuman di sini. Semestinya korang merasakan berada di dalam rumah opah dan atuk kita dulu dulu. | Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?
Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?
Terletak di Bulatan Meru atau dulu dipanggil Bulatan Amanjaya Meru Ipoh, ramai menyangkakan harga makanan di Labu Sayong Signature ini mahal dan terhad kepada golongan berada atau korporat. Disebabkan suasana, tempat dan rumah tradisional itu sendiri yang buat ianya mungkin kurang diberi perhatian oleh orang marhain macam kita. Hahhahaha. Kali ini cik en nak berkongsi dengan korang keunikan rumah tradisional ini dan berkongsi menu dinner terbaru mereka yang mana cik en sendiri dah merasainya minggu lepas.
Menggunakan rumah tradisional bernama Rumah Kutai yang merupakan rumah tradisional yang ada di Negeri Perak. Cik en berkongsi sikit mengenai Rumah Kutai ini kerana konsep inilah menjadikan Labu Sayong Signature ini berbeza dengan restoran yang lain. Kutai adalah loghat Perak yang bermaksud tua jadi kebanyakan rumah kutai ini berusia lebih daripada 80 tahun dan berada berhampiran tebing Sungai Perak seperti di Teluk Intan, Bota dan Kuala Kangsar. Pembinaan tidak menggunakan sebarang paku tapi hanya menggunakan pasak seperti Istana Kuning di Kuala Kangsar. Ukiran yang ada di pintu dan tingkap menjadikan Rumah Kutai ini sangat bernilai dan nostalgia buat korang yang pernah tinggal di rumah sebegini dulu. Cik en tak sempat la, cuma rumah arwah moyang dulu masih ada dan pernah la tinggal masa kanak kanak.
Selain daripada itu, terdapat beberapa perhiasan perbuatan rakyat perak seeprti tudung saji, pelita dan paling cik en tertarik ukiran labu sayong. Labu sayong berasal daripada Sayong Kuala Kangsar dan menjadi salah satu tarikan utama di Perak. Pertandingan telah dibuat dan labu sayong yang menang telah di pamerkan di dalam Labu Sayong Signature ini. Yang menjadi juara pertandingan tersebut adalah berkonsepkan Royal Belum dibawah ini
Labu Sayong Signature mempromosikan masakan masakan asli di seluruh Perak. Awalnya berkonsepkan makanan dalam tiffin atau dipanggil siae (sebut pandai nak tulis jadi serba tak jadi. ahahahha) tapi telah diperbagaikan untuk semua lapisan masyarakat yang ada. Labu Sayong Siganture ini kerap mengadakan promosikan dan set makanan terbaru bagi variasikan menu yang sedia ada. Semua itu korang boleh tengok di Instagram Labu Sayong Signature. Di sini juga, korang boleh buat majlis hari jadi, perjumpaan keluarga, perjumpaan kawan kawan atau kalau nak buat majlis bertunang, berkahwin, berendoi dan lain lain lagi pun boleh. Kawasannya yang startegik dan tempat parking kereta yang luas menjadikan Labu Sayong Signature ini tempat paling tepat untuk korang. Harga pula boleh disesuaikan dengan bajet korang.
Berbalik kepada percubaan cik en bersama adik dan kawan cik en mencuba menu di Labu Sayong Signature ini, kami mencuba Dinnet Set mereka yang hanya berharga RM45 untuk 2 orang. Tapi cik en selit seorang lagi dan rasanya cukup kenyang buat kami. Dinner Set tersebut adalah
Itu versi poster kan? Ini pula versi original dari cik en
Pendapat Cik En Mengenai Hidangan Dinner Set Labu Sayong Siganture
1. Nasi perfect cuma kurang panas, mungkin sibuk bergambar masa itu.2. Fillet ikan dia sedap dan kuah dia cukup rasa dan pekat3. Daging Salai tidak berapa pedas tapi boleh adjust dengan beritahu semasa order. Kalau pedas sikit maybe lagi umpphh gitu4. Sayur Campur sedap dan boleh tahan5. Ayam Tepet sedap dan lembut dan sebenarnya tak cukup. Hahhaha6. Air selasih rasa macam biasa but cik en suka tidak terlalu manis7. Dessert dia memang sedap. Sagunya ada 2 warna. Atas warna merah bawah warna putih. Langsung tak manis dan dengan kuah gula melaka yang sederhana manis buat dessert ini seimbang. Cik en kalau pergi akan repeat dessert ini. Simple tapi kena dengan tekak cik en.
cantiknya tempat
ReplyDeletecantik lah tempat dia cik ein. boleh lah try p nanti.
ReplyDelete