6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya | Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang buat kita jad strees. Walaupun cik en bukan jenis kulit berminyak yang mana punca utama kulit berjerawat tapi apabila dah masuk umur 30 an jerawat yang tumbuh disebabkan stress, kebersihan dan persekitaran. Siapa kata jerawat hanya tumbuh pada remaja sahaja? Kita dah masuk level mak dan bapak budak pun boleh juga. Jadi cik en nak kongsi dengan korang 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya. | 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya
Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya
Jenama Himalaya bukan kaleng kaleng bagi kita kan? Cik en dalam bidang veterinar pun ada menggunakan produk himalaya pet untuk ubatan dan supplement pada haiwan kesayangan. Memang terbukti produk ini mempunyai kualiti yang terbaik dan kesannya yang baik pada kulit. Untuk pengetahuan korang, satu bahan semulajadi yang sangat sesuai untuk masalah kulit adalah pokok semambu atau popular dengan nama neem. Kalau kita kena demam campak, opah atau mak kita akan cari daun semambu ini untukk mandian dan hasilnya parut berkurang daripada yang tidak mengamalkannya.
Untuk masalah jerawat ini, Himalaya menggunakan Neem basic untuk membantu pengguna produk mereka yang mempunyai masalah ini. That why la cik en nak kongsi dengan korang 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya yang cik en amalkan.
6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya
1. Bersihkan muka dengan Purifying Neem Face Wash
Langkah paling wajib korang kena buat adalah membersih muka. Pemilihan pembersih muka ini perlulah bersesuaian dengan masalah korang. Untuk masalah jerawat, korang boleh pilih pembersih yang ditulis untuk muka berjerawat. Kalau produk Himalaya, Purifying Neem Face Wash, dah dinyatakan Combats Pimples. Ha, memang untuk jerawat la kan. Tak yah nak study bagai untuk buat pemilihan
Purifying Neem Face Wash ini menggunakan 2 bahan asas iaitu Neem dan Turmeric (Kunyit). Pencuci herba bebas sabun ini berfungsi membersihkan kekotoran dan mencegah jerawat. Ianya juga membantu menyembuhkan luka disebabkan jerawat tanpa sebarang jangkitan dan meninggalkan parut serta meratakan warna kulit, mengekalkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit lembut
Cara penggunaan Purifying Neem Face Wash
Ambil sikit Purifying Neem Face Wash dan letak ditangan, basahkan dan basuhkan keseluruhan muka. Elakkan cuci dibahagian mata. Yang mana pakai makeup, jangan lupa untuk makeup remover sebelum membasuh muka dengan Purifying Neem Face Wash
Rutin yang korang kena buat dalam 2 kali seminggu adalah memakai mask pada kulit wajah. Ianya dapat memberi kesan lebih mendalam. Pemilihannya mask juga kena bersesuaian. Kalau dah muka berjerawat korang pi cari mask yang salah, mau jerawat korang timbul macam ladang gandum nanti. Hahahah
Purifying Neem Pack ini adalah sejenis mask tapi dalam bentuk liquid dan bukan pace mask. Ianya membantu menanggalkan lebihan minyak dan membersihkan liang pori. Ianya tak boleh pakai hari hari jadi ianya bagus untuk korang hanya gunakan 2 kali seminggu.
Purifying Neem Pack menggunakan bahan asas neem, tumeric dan Fuler,s Earth (tanah liat bumi). Ianya dapat mencegahkan daripada jerawat datang lagi. Herbal seperti tumeric adalah anti radangan yang baik dan mampu menjadikan kulit yang kasar kerana parut jerawat menjadi lembut. Dalam masa yang sama juga, ianya dapat mencerahkan kulit, menyejukkan dan anti radangan daripada kesan membersihkan kotoran dan bahan kimia.
Cara penggunaan Purifying Neem Pack
Letakkan di jari dan sapu pada keseluruhan kulit muka. Elakkan daripada kawasan sentitif mata. Biarkan selama 10 - 15 minit dan bersih menggunakan span. Basuhkan baki yang ada di muka denan air sejuk. Jangan gunakan jika kulit muka korang broken atau muka yang ada radangan.
Lepas bersihkan dan gunakan masker, kulit korang akan terasa tegang dan rasa kering kerana fungsi kedua dua langkah membersihkan minyak lebihan dan menjadikan kulit korang sedikit kering. Jadi wajib sangat korang menggunakan pelembab untuk memastikan kulit korang sentiasa lembab. Even kulit korang jenis berminyak, bukan bermakna korang kena skip langkah melembabkan. Kena letak juga tapi pemilihan pelembab yang betul
Dengan Purifying Neem Pack, kulit korang akan lembab untuk jangka masa yang lama dan jauh meresap ke dalam kulit. dengan menggunakan Aloe Vera dan Winter Cherry. Winter cherry ini sejenis buah yang banyak di gunakan oleh Himalaya pada produk untuk bayi. Korang boleh baca di Himalaya Baby Care. Krim ini tidak berawarna, tidak melekit, boleh digunakan etiap hari untuk melembabkan, nourishment dan perlindungan pada kulit
Cara penggunaan Nourishing Skin Cream
Ambil sedikit dan sapu dikeseluruhan muka. Boleh juga letak di lutut, siku dan tumit. Kiranya Nourishing Skin Cream boleh dipakai diseluruh badan
Rawatan khusus pada jerawat yang tengah naik atau aktif ini sangat perlu. Ianya membantu pengecutan jerawat dan tak perlulah korang dok picit picit jerawat, risau merebak ke tempat lain.
Gunakan Acne-n-Pimple (AnP) pada jerawat yang tengah naik atau 'masak'. Menggunakan Barbados Aloe (Aloe Vera), Silk Cotton Tree (pokok kapas sutera), Five -leaved Chaste Tree (sejenis herba liar dari wilayah Mediterranean, membantu merawat jerawat, menyembuhkan jangkiran disamping menjaga kulit lembut dan halus. Sangat sesuai untuk bahagian kulit yang mengelurkan sebum (minyak) berlebihan dan membantu mengurangkan jangkitan dan radangan.
Cara menggunakan Acne-n-Pimple Cream
Ambil sedikit Acne-n-Pimple Cream dan oles pada jerawat yang aktif.
Apabila kita membersihkan muka, sedikit sebanyak mesti terkena di bahagian bibir korang kan? Jangan sesekali korang biarkan ianya terus kering. Korang kena juga apply lip balm untuk memastikan bibir korang lembab sentiasa
Nourishing Skin Cream menggunakan Wheatgerm Oil (minyak gandum) dan Carrot Seed Oil (minyak biji lobak) dan berfungsi nourishes dry dan menghalang bibir kering dan pecah
Cara menggunakan Nourishing Skin Cream
Hanya oleskan pada bibir apabila diperlukan
Bukan setakat rawatan luar sahaja korang kena buat tapi kena juga amalkan supplement yang dapat memberi kesan lebih baik. Cik en sendiri kalau ada masalah kulit tak kisahlah kegatalan, jerawat, panau, cik en memang akan ambil supplement yang bersesuaian. Begitu juga yang ini, langkah terakhir korang kena cari supplement yang sesuai untuk masalah kulit korang
Menggunakan neem sebagai bahan aktif, Skin Wellness berfungsi anti bakterial anti fungas, dan juga berfungsi mencuci darah untuk kesihatan dan kulit yang cantik. Skin Wellness ini sangat bagus untuk masalah jerawat, ring worms, nanah, dandruff, ekzea dan psoriasis(seakan kayap). Ianya tidak akan menyebabkan masalah buah pinggang kalau korang amalkan dose yang betul.
Cara mengggunakan Skin Wellness
Untuk jerawat teruk ambil 2 kapsul 2 kali sehari untuk 3 hingga 5 hari. Selepas itu 1 biji 1 hari. Pastikan minum air masak banyak dan konsisten. Limitkan untuk makan makanan bergoreng, pedas dan berminyak. Dan terakhir, pastikan amalkan rutin pembersihan muka yang cik en kongsi dari langkah 1 hingga 5 tadi.
Untuk dapatkan produk produk Himalaya ini, korang boleh beli di Himalaya Boutiques, Watsons, Guardian dan farmasi. Kalau korang nak beli online boleh terus ke webstore www.shophimalaya.my. Cik en tak jual tau, korang boleh cari sendiri di tempat cik en kongsi tu.
good products from a trusted brand. hinalaya memang produk yang dipercayai dari dulu. thanks sharing tips
ReplyDeletePaling suka acne n pimple cream. Berkesan untuk kulit kite.
ReplyDelete