Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan

Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan  | Rutin 3 atau 4 tahun, cik en akan tukar tayar baru untuk Mr Barney cik en tu. Walaupun kali ini bunga tayar masih banyak tapi tayar dah keras. Dengan bantuan orang berpengalaman, cik en yang sebenarnya malas ambil tahu bab itu (hihii) mengikut sahaja untuk menukar tayar. Kebetulan memang dah terasa lain pun. Cik en selalunya tak pernah ikut pun si dia tukar tayar kereta cik en, tapi kali ini cik en ikut pula Disebabkan diperkenalkan la, dari tayar ke rim. ahhahaha. Kedai yang cik en maksudkan adalah Huat Tyres & Services Centre SitiawanTukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 



Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 



Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini tak jauh dari rumah sewa cik en. berhadapan sahaja tapi menghadap tepi jalan besar. Selama ini duk lalu lalang tak pernah terdetik nak masuk tapi nak tukar tayar dah jadi menyesal. hahahaha. Bangunan Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini ada 2 tingkat. Setiap tingkat ada gudangnya sendiri.



Tingkat 2 adalah gudang tayar. Cik en terkebil kebil tengok tayar penuh dan disusun cantik dan tinggi. Sebiji macam gudang. Nasib la bumbung tak tinggi macam IKEA. Mula mula risau gak, andai kata tayar ini tergolek hempap pelanggan (pengaruh final destination lebih) teruk la. Tapi korang jangan risau, owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini ada insurans sendiri untuk pelanggan yang kemalangan dalam premis Huat Tyres & Services Centre Sitiawan . Tayar cik en harga RM140 sebiji. Sebab tukar 4 biji jumlahnya RM 560. 


Cik en ada tanya owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 

"Macamana pekerja you bawa tayar berat berat naik itngkat 2 ini?" 
"I yang bawak diri pun dah letih". 
" Kalau pekerja I angkat satu satu semua pekerja berhenti oooo". 


Rupanya ada lift disebelah belakang dalam bangunan Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini. Haiyaaaaaa... 

Kami pun turun la melalui lift dan sampai tingkat 1, cik en terpukau dengan gudang rim pula. Hahhahaha. "Tokey, singgah sini pula, saya mau cuci mata tengok rim". Satu tingkat tersebut penuh dengan rim. Dan tanpa sengaja terbekenan rim dan si dia pun bagi green light. Rim yang cik en pilih namanya Transformer. Saiz standard iaitu 15. 4 biji rim dan trade in original rim alza. Harga RM500



Masa untuk sarung stoking dan kasut Mr Barney. Tapi tyre nut tak ngam jadi kenalah beli baru kalau tak silap RM50. Si dia cadangkan untuk masukkan gas dalam tayar. Sebabnya akan jaga tayar. Info pasal itu korang boleh baca di kelebihan Gas Nitrogen Untuk Tayar. Gas Nitrogen ini kalau tak silap kena bayar RM70 rasanya. 



Jumlah kerugian adalah RM 1180. Hahahahah.. Semasa nak bayar, punyalah baik owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini, bagikan percuma payung dan tekanan angin yang ada lampu suluh dan beberapa alatan yang lain dalam satu.

Jadi Mr Barney yang berangan dari 9 tahun lepas nak stoking baru tercapai dah. Harap Mr Barney akan sentiasa sihat untuk berkhidmat dengan cik en. Hihihiih Itu pun selepas selesaikan pinjaman Mr Barney
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post