Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17? | 17 Julai 2004, 6 tahun yang lepas, dunia terutama Malaysia sendiri seakan percaya dan tidak percaya, sebuah pesawat Boeing Malaysia Airline MH17 ditembak jatuh dalam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia di Torez di Donetsk Oblast, Ukraine. Cik en antara percaya tak percaya kejadian tersebut. Sama seperti kejadian kehilangan MH370, kejadian MH17 ini cik en ikuti dari awal sehingga beberapa tahun sebelum cik en dah sibuk dengan tugasan harian dan cik en jarang mengikuti perkembangan kes tersebut. Kenapa cik en tiba tiba teringat kembali dengan kisah MH17 ini? Sebabnya 17 Julai ini adalah genap 6 tahun kejadian tersebut berlaku dan cik en masih tertanya Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

mh17


Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?


Apa yang cik en ingat, cik en mempersoalkan (sembang bersama sama si dia), kenapa bangkai pesawat dibiarkan lama di tapak kejadian tanpa siasatan terhadap pesawat itu sendiri. Sedangkan, cik en yang sendiri bukan arif mengenai siasatan tahu, jika berlaku kejadian jenayah atau kemalangan, tapak kejadian atau bangkai kenderaan (pesawat) adalah tempat dan benda yang paling utama untuk disiasat. Tapi siapalah cik en nak pertikainya pada masa itu. Cik en juga dapat rasa, ada propaganda yang berlaku seeperti kehilangan MH370 dan bukan kes ter"tembak" seperti yang ditularkan pada masa tersebut. Kalau tak silap cik en, cik en mula tak mengikuti perkembangan kejadian ini selepas Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh siapa bertanggungjawab menembak jatuh MH17 tersebut. 

Senang cerita la sebenarnya, cik en rasa nak mengetahui balik kejadian MH17 ini selepas menonton satu video youtube. Kebetulan cik en baru selesai menonton video scene movie bertajuk Flight lakonan Denzel Washington. Movie itu memang best betul dan selepas itulah cik en tertengok video yang cik en boleh letakkan dalam kategori Dokumentari yang ambil masa dalam duration 40 minit. 

mh17

Video tersebut bertajuk MH-17: In Search of Truth mengingatkan kembali cik en pada persoalan cik en dulu. Dan tak sedar yang cik en pun follow keseluruhan video tersebut yang memberi persoalan lebih banyak mengenai Kejadian MH17. Antaranya persoalan yang sama dengan cik en, "Kenapa selepas beberapa bulan, baru bangkai tersebut disiasat?"  Selain itu

1. Kenapa mayat anak kapal tidak dibedah siasat ?
2. Kenapa ruang udara tidak ditutup diatas zon konflik?
3. Kenapa tiada laporan dikeluarkan kepada umum daripada satelit (merakam setiap aktivit setiap hari) pada hari tersebut
4. Ada beberapa video tular mengenai tembakan sebelum kejadian MH17 berlaku. Seperti dirancang kan?

Dan banyak lagi persoalan yang lain dalam video dokumentari Youtube | MH-17: In Search of Truth atau korang boleh tengok di Ukr-leaks | MH-17: In Search of Truth ini yang akan buat korang berfikir Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?  Jangan risau, video ini ada sarikata atau subtitle Bahasa English, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyo, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Jerman. 

Untuk pengetahuan korang, siasatan ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dan memfokuskan pada maklumat yang tidak dinyatakan didalam laporan rasmi. Vasily Prozorov telah menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019 dan bersama sama beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai siasatan/ projek tersebut. Vasily Prozorov merupakan bekas pegawai di Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun jadi tidak dinafikan pengalaman dia sangat luas dan berkredibiliti tinggi  . Beliau telah berkhidmat di SBU sehingga Januari 2018. Beliau juga telah bekerjasama dengan pihak Perkhidmatan Khas Rusia atas sebab motif ideologi sejak April 2014 dengan mendedahkan aktiviti jenayah badan politik dan ketenteraan Ukraine terhadap rakyatnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai video tersebut, korang boleh hubungi dan bertanya sendiri :



Vasily Prozorov
Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

Emel: ukr-leaks@inbox.lv
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. TAKZIAH SEMUA MANGSA DAN KELUARGA

    ReplyDelete
  2. Salam takziah pada semua waris mangsa

    ReplyDelete
  3. Sedihkan, mcm senyap mcm tu ja. Tak adil betul apa yg jadi ni!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post