Dugaan Pesakit OCD | Cik en kerap mengalami masalah di klinik tempat cik en bekerja. Cik en tak marah client tapi nampak macam marah. Cik en sebenarnya risau sangat kalau client terasa dengan tingkahlaku dan lenggok bahasa cik en. Semenjak OCD, memang cik en tak boleh control diri dan sembunyikan perasaan marah cik en. Bak kata orang tak profesional. Tapi tak lama pun, dalam 10 minit cik en dah kembali tenang, cik en akan ok. Tapi adakah client cik en tu akan ok balik dengan cik en? | Dugaan Pesakit OCD
Dugaan Pesakit OCD
Orang tak tahu dan mungkin boleh judge cik en itu dan ini. Hakikatnya cik en tak ada niat nak jadi kurang ajar apabila ada benda yang tak memuaskan hati cik en cuma condition cik en sahaja. Cik en nak owner faham keadaan kucing dan kesakitan yang dialami dan dalam masa yang sama, kekangan masa cik en dengan ramai orang dan kes yang berat yang memerlukan masa yang lama untuk satu satu satu kes. Cik en sekarang tak boleh terima keadaan tertekan. Mesti lost. Itu punca kawan kawan cik en menjauh. Sesiapa yang faham, mereka akan faham yang keadaan cik en tak normal masa itu dan tegurlah semula selepas beberapa jam. Mesti cik en ok. Ada juga kes cik en lupa apa cik en marah. Itu lagi haru kan? hahahaha. Apa apa pun, cik en kena cepat sembuh sebabnya cik en tak nak orang pandang serong dengan perangai abnormal cik en. Tak mahu kerana sakit cik en ini, meow yang datang tak dapat buat rawatan. Kesian mereka kan.
Moga cepat sembuh
ReplyDelete