Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut | "Cik balik dan fikirkanlah semasak masaknya. Jika rasa bersedia, datanglah. Jika rasa terlalu sakit, terlalu lemah, datanglah ke wad kecemasan" Ayat yang cik en harap takkan keluar dari seorang doktor. Sebabnya dari awal lagi, cik en sudah diterangkan. Tapi cik en berharap temujanji selepas 4 bulan ini memberi sedikit sinar harapan seperti mana perjumpaan cik en dengan psikitrik 2 minggu lepas. Nampaknya tidak....| Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut
Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut
Seperti mana cik en pernak cerita di entri Perjumpaan Dengan Psikitrik Kali Ke 3, cik en masih belum bersedia untuk kongsi sakit cik en yang kedua ini. Tapi cik en tetap nak menaip untuk meluahkan apa yang ada di hati. Cik en cuma rasa sedih, kecewa, down dan memberontak apabila disahkan pada perjumpaan kali pertama lagi. Masa itu cik en down dalam seminggu. Tapi mesti korang di socmed tak perasan kan?
Perjumpaan ke 2 ini buat cik en lagi down dan doktor sendiri bertanya "under medicine dalam psy?" "Ya" ringkas cik en menjawab. Selepas scan dibuat dan nampaknya kondisi semakin teruk. Dan lagi sekali doktor bertanya "under medicine dalam psy?" . Sebab dia tahu seorang OCD, ianya sangat sukar untuk diterima. Cik en masih bertahan emosi dan air mata dan menjawab " ya doktor "
"Cik balik dan fikirkanlah semasak masaknya. Jika rasa bersedia, datanglah. Jika rasa terlalu sakit, terlalu lemah, datanglah ke wad kecemasan" kata doktor dan cik en mengangukkan kepala tanda faham dan terus keluar dari bilik. Sementara tunggu ubat, air mata cik en mengalir tak berhenti nasib ada mask. Tapi tetap orang ramai perasan.
Selesai semuanya, cik en masuk kereta dan menjerit sepuas puasnya bersama air mata. Cik en tak leh terima. Memang tak boleh terima.......
Tags:
Eintan Nurfuzie
Moga dipermudahkan urusan cik en.
ReplyDelete