Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak | Cik en baru selesai buat Pembayaran Zakat Atas Talian atau senang dipanggil E-Zakat atau bayaran zakat online. Ini pertama kali cik en gunakan dan selama ini abah cik en yang bayar. Hikmah PKP ini, cik en dapat membayar zakat untuk tahun ini. Even abah kata nak bayar balik la. Hihi. Anyway dah alang alang buat pembayaran itu, cik en sempat la terfikir nak buat entri Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak ini. Maaf la, kalau ada negeri lain terasa, sebab cik en hanya buat Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak sahaja. Hihihi. Hope rakyat Negeri Perak atau yang tinggal di Perak dapat tengok step pembayaran secara online ini. | Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak
Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak
Mula mula korang perlu masuk ke laman web Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak. Dan korang follow sahaja gambar di bawah ini okey!
Step 1 : Klik Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak.
Step 2 : Korang akan jumpa ini
Step 3 : Isi maklumat
Step 4 : Pilih Zakat Fitrah
Step 5 : Bulan/ Tahun itu korang kena letak cth : Mei 2020 so tulis 05/2020. Untuk jumlah, seorang RM 7.00 jadi macam cik en ada 3 orang jadi RM 21.00
Step 6 : Nanti akan keluar pengesahan. Korang kena akad atau niat zakat. Kemudian klik teruskan bayaran
Step 7 : Pilih bank dan pastikan email korang betul.
Step 8 : Buat pembayaran online
Step 9 : Nanti akan ada pengesahan pembayaran
Step 10 : Korang boleh cetak atau korang boleh cetak kemudian
Untuk cetakan kemudian, korang cuba masukkan nombor kad pengenalan dan akan ada button cetak resit. Habis semua ini, selesai lah Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak. Hope korang boleh kongsi cara ini dengan yang lain.
Thankyou for this sharing!
ReplyDeletealaaa perak je ke..kena cari tempat tinggal kita pula
ReplyDelete