Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung | Alhamdulillah, bukan sahaja kejiranan cik en di BBSAP dibantu oleh pemaju tapi barisan hadapan (Frontliner) di Manjung ini dibantu oleh DBE Gurney Resources Bhd dalam mengurangkan bebanan Frontliner ini. DBE Gurney Resources Bhd merupakan Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak. DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang 7 Tan Sayuran kepada barisan hadapan Covid -19’ – DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands sebagai rakam penghargaan keprihatinan sepanjang PKP. Majlis Perbandaran Manjung rakam penghargaan keprihatinan syarikat pemaju sepanjang PKP | Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


YDP Manjung, Shamsul Hazeman Md Salleh (tengah) dan Perancang Projek dari DBE Gurney Resources Sdn. Bhd., Mohd Shukri Bongsu menyampaikan sumbangan sayuran segar kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukan di luar pejabat Majlis Perbandaran Manjung pagi tadi.

Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


MANJUNG, PERAK, 29 Mac 2020 - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di berkuat kuasakan. Sebuah syarikat perumahan dari Manjung, Perak, DBE Gurney Resources Bhd. turut mahu menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada para petugas ini namun melalui cara yang sedikit berlainan. 

Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak itu bertindak menyumbang 7 tan sayur-sayuran segar untuk diedarkan kepada semua petugas-petugas barisan hadapan di daerah Manjung. Sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands diedarkan kepada para petugas barisan hadapan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM). 

DBE Gurney Resources menyerahkan sayur-sayuran itu kepada MPM yang seterusnya akan membantu mengkoordinasi cara penyampaian sumbangan sayur-sayuran berkenaan kepada para petugas barisan hadapan yang akan diagihkan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang perhimpunan orang ramai. 

Yang Dipertua MPM, Shamsul Hazeman Md Salleh merakamkan penghargaan kepada DBE Gurney Resources Bhd. Bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk tujuan menyumbang dana kepada barisan hadapan yang telah bertungkus – lumus untuk menangani jangkitan ini. 

“Majlis Perbandaran Manjung menerusi Jabatan Komuniti dan Pembangunan Sosial akan menjadualkan pengagihan barang – barang segar timun, sawi, kailan, salad, kubis and bak choy kepada para barisan hadapan secara berperingkat mengikut kumpulan kecil bagi mengelakkan perjumpaan besar – besaran semasa tempoh kuarantin ini,” katanya. 

Penguatkuasa undang – undang dan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kakitangan kesihatan (hospital dan Jabatan Kesihatan) terus bersiap siaga melaksanakan tugas mereka untuk memastikan bahawa penduduk di Manjung tidak berisiko dijangkiti Covid – 19. 

“Kami juga akan menyumbang dana ini kepada rumah anak – anak yatim, rumah orang tua, sekolah tahfiz, penerima e – Kasih dan penduduk yang kurang berkemampuan dalam daerah kami kerana mereka adalah golongan yang lebih berisiko terhadap virus ini jika terdedah. Kami berharap agar jasa baik daripada perbadanan akan memotivasikan para barisan hadapan kita untuk meneruskan usaha mereka dalam memastikan keselamatan daerah ini sehingga 14 April atau sehingga maklumat selanjutnya,” tambahannya. 

DBE Gurney Resources Bhd telah diwakili oleh Perancang Projek, Mohd Shukri bin Bongsu. “Kami merancang untuk menyampaikan sumbangan yang serupa di daerah lain dalam negeri Perak yang terjejas oleh PKP minggu hadapan. Fokus kami adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan sebanyak yang mungkin dalam tempoh getir ini,” kata beliau.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga mereka yang memberi dimurahkan rezeki lagi supaya nanti dapat bagi lagi dan lagi. dan semoga frontliners kita semua tabah dan sentiasa kuat semangat. jasa tak terbalas..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post