Menerjah ke Restoran Halal di Singapura | Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti korang sedar yang Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah cuti umum yang banyak. Setiap tahun, pasti ramai yang dah start check calendar bila cuti-cuti umum tu bakal berlaku. Sebab dah tak sabar nak bawak diri dan anak-anak pergi bercuti. Tak kisah lah cuti dalam negara atau luar negara, janji bercuti. Tapi kalau nak ke luar negara pun tak ada masalah. Banyak negara-negara jiran yang menawarkan destinasi percutian yang best dan menghiburkan. Salah satunya Singapura. | Menerjah ke Restoran Halal di Singapura
Menerjah ke Restoran Halal di Singapura |
Untuk korang yang stay kat JB tu berbaloi la nak ke Singapura. Naik kereta, dekat je. Kalau korang yang menetap kat pantai timur, kat utara tu, tak berbaloi jugak rasanya. Jauh dah satu hal. Jem dan sesak kat imigresen lagi. So cadangan Cik en, apa kata korang dapatkan Singapore Airlines online promo kat web Traveloka ni. Sebab kalau nak beli flight ticket ni kena la bijak. Harga tak fixed. Survey dulu, dapat yang betul-betul okay, baru beli. Tapi kalau korang jenis tak kisah, mana-mana pun okay. Kalau nak bercuti dalam negara, korang boleh cuba untuk dapatkan cheap Kuala Lumpur to Penang flights. Untung-untung tak sampai Singapore, sampai la Penang. Boleh tapau jeruk madu Pak Ali. Hahahahha
Menerjah ke Restoran Halal di Singapura
Okay gais. Bercuti tu, bercuti jugak. Dah ke Singapore, confirm-confirm korang nak cari port makanan halal dan sedap kan? Lagi-lagi kalau korang ke sana dalam kumpulan. Pastu bila tanya nak makan mana, semua tak kisah, taktau, ikut je mana-mana, mana-mana pun okay. Haa. Pesen macam ni, kalau dah sampai kedai banyak bunyi, tinggalkan aje tepi jalan. So taknak bagi korang pening, Cik en senaraikan restoran atau kedai makanan halal yang korang boleh terjah masa cuti-cuti kat Singapore nanti.
Chef Wan’s Kitchen
Resoran yang dimiliki oleh chef selebriti tanah air yang terknal iaitu Chef Wan, satu restoran yang mempunyai suasana aman damai dan korang pastinya dapat menikmati hidangan dengan keadaan yang sangat selesa. Terletaknya berhadapan dengan Esplanade Restaurant dan menu yang terkenal dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini ialah rendang daging dan sup ekor. Pastinya membuat korang menjilat jari dan kekenyangan.
Zam Zam Restaurant
Merupakan salah satu restoran yang menyajikan hidangan ala-ala timur tengah kepada korang. Nak rasa nasi biryani terbaik dengan portion yang agak banyak, korang datang la sini. Sesuai sangat untuk korang yang extra lapar tu. Korang dapat memilih pelbagai pilihan nasi biryani seperti nasi biryani ayam ataupun daging. Bagi Cik en, dua-dua pun sedap. Kalau korang taknak nasi biryani, korang boleh jugak dapatkan murtabak kambing yang special kat sini. Saiz dia pun boleh tahan banyak jugak. Boleh la korang share-share kalau takut tak habis. Rasa dia? Memang sedap terangkat ibu jari.
Restoran Hajah Maimunah
Korang taktau nak ke mana untuk mendapatkan makanan tengah hari? Jom la ramai-ramai serbu restoran hajah maimunah ni. Dia punya pilihan nasi campur dengan lauk-pauk yang pasti buatkan perut korang bertambah lapar semuanya menarik perhatian. Sama macam yang korang boleh jumpa kat Malaysia. Banyak gila weh lauk dia. Korang boleh pilih lauk ayam, daging, ikan, pelbagai jenis sayur-sayura, ulam-ulaman. Eh. Banyak la. Tapi nak ke sini kena la awal sikit. Lambat tak dpat seat, takkan nak makan berdiri kan? Haa. Cik en sampai hari ni terkenang juga gulai nangka diaa.
The Halia @ Singapore Botanic Garden
Merasa la nak makan kat restoran yang bertapak di dalam kawasan tapak warisan dunia ni. Korang boleh datang ke sini kalau dah alang-alang melawat Singapore Botanic Garden. Menu kat sini macam-macam ada tapi yang paling penting korang kena cuba Chilli Crab Spagetti dia. Ini menu yang menjadi pujaan ramai. Dah setel makan, sila lah ke luar kawasan restoran dan bergambar banyak-banyak. Rugi tak bergambar kat sekitar restoran ni. View lawa-lawa oi.
So acano? Dah standby tak nak terjah Singapore? By the way, restoran-restoran yang Cik en senaraikan ni, adalah baiknya korang check harga dia dulu. Menepati bajet ataupun tak. Sebab Cik en campur-campur. Mungkin ada yang memang dah ngam dengan bajet korang, mungkin ada yang dah terlebih sikit. Hehehe. Tapi terlebih pun berbaloi. Gambar semua lawa-lawa tau. Apa pun, banyak je lagi kedai halal yang ada. Tapi tu terpulang pada korang nak pilih yang mana. Okay lah. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti.
p/s : Rasanya nak repeat balik ke Singapura ini, ada siapa siapa nak jadi team travel cik en ke Singapura?
singapura, kena masuk dalam list jugak ni,hoho..
ReplyDeleteYa budak utaqa ni setiap tahun ke Thailand ja haha.. Mungkin summer holiday ni atau tahun depan plan nak ke Singapura.. kazen dah pi kerja kat situ. Tunggu wabak corona ni lepas sikit tak bahaya sangat
ReplyDelete