Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak | Pernah tak korang terfikir nak tinggal satu tempat dan dapat meneroka banyak aktiviti untuk korang dan anak anak dengan harga yang sangat berbaloi? Cik en nak mencadangkan satu tempat di Perak iaitu Bukit Merah Laketown Resort . Di Bukit Merah Laketown Resort terdapat tempat penginapan, restoran, tempat memancing, Taman Air, Ecopark, Taman Pengembaraan, Rekreasi dan Pulau Orang Utan. Jadi serba lengkap di sini dan cik en mencadangkan untuk menginap 2 hari 1 malam tetapi andai kata korang nak jelajah semua ini dengan santai korang boleh tinggal selama 3 hari 2 malam. Jom check out Vacation Vacation di Bukit Merah Laketown Resort Perak
Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak
Bukit Merah Laketown Resort terletak di Bukit Merah Perak. Kalau melalui lebuhraya Utara Selatan boleh hantarkan Tol Bukit Merah. Tak jauh dari situ korang dah boleh melihat papan tanda ke Bukit Merah Laketown Resort . Kawasan Bukit Merah Laketown Resort agak besar dan korang yang pertama kali masuk dan kebetulan malam jangan rasa takut la sebab laluan ke Bukit Merah Laketown Resort berbukit dan agak gelap. Di Bukit Merah Laketown Resort ini korang dapat Main, Menginap dan Makan. Meh cik en bantu korang susun jadual yang terbaik jika menginap di sini.
Hari Pertama di Bukit Merah Laketown Resort Perak
Tempat Penginapan Bukit Merah Laketown Resort Perak
Pastikan korang sampai selepas pukul 12 sebabnya korang perlu check in dulu dan simpan barangan barang korang. Ada 2 pilihan penginapan yang ditawarkan kepada pelanggan Bukit Merah Laketown Resort iaitu
- Laketown Hotels
Bukit Merah Laketown Hotel |
Yang ini macam hotel lain juga ada 4 jenis bilik yang boleh dipilih yaitu Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite dan Kelisa Emas Suite. Bahagian ini ada kolam renang dan sangat sesuai untuk keluarga dan kumpulan pelancongan
- Chalet Kampung Air Water
Chalet Kampung Air Water Bukit Merah |
Ini sesuai untuk si kaki pancing, sebab chalet ini dibina diatas Tasik Bukit Merah. Bilik di menghadap tasik dan dari balkoni korang dah boleh memancing sampai puas. Kampung Air Water Chalets agak ekslusif dan sangat mendamaikan. Rasa macam tempat yang boleh kembalikan energi dan menyahkan stress korang. Yang ini korang patut kena try semalam. Rasailah dan korang akan rasa lebih fresh nanti
Settle bab penginapan, korang dah boleh salin baju dan masa untuk mandi! So next aktiviti adalah mandi manda di Bukit Merah Waterpark atau Taman Tema Air Bukit Merah
Bukit Merah Waterpark
Bukit Merah Waterpark ada 14 tarikan yang boleh korang cuba tanpa had.
- Family Splash Adventure,
- Racer Slides,
- Crazee Cone.
- Boomerang,
- Giant Bubble Slide
- Sandy Beachfront Wave Pool,
- Water Speed Slides,
- Body Slides,
- Giant Tube Rides,
- Activity Pool,
- Lazy River,
- Kids Adventure River,
- Jumbo Shower,
- Water Pillar.
Kemudahan yang disediakan adalah
- Male & Female Shower Rooms & Toilets
- Male & Female Prayer Rooms
- First Aid Room
- Baby Room
- Huts
- Lockers for Rental
- Cabanas for Hire
- Tubes for Rental
Masa Operasi waterpark ini
- Isnin, Rabu dan Khamis : 11:00a.m – 6.00p.m
- Jumaat - Ahad : 10:00a.m – 7.00p.m
- Cuti Sekolah dan Cuti Umum : 10:00a.m – 7.00p.m
- Tutup setiap hari Selasa Untuk penyelenggaraan mingguan
Pastikan korang mandi sampai nak tutup, bagi puas tau sebab esok cik en tak akan suggest korang mandi lagi sebab banyak lagi aktiviti menarik korang boleh buat. So korang bersiap sedia untuk makan malam pula.
Tempat Makan di Bukit Merah Laketown Resort
Ada 3 tempat korang boleh makan iaitu
- Lelac Cafe
Mula mula cik en masuk Lelac Cafe ini masa buffet Ramadan beberapa tahun lepas. Makanan dia memang sedap dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Anyway Lelac Cafe adalah main cafe bagi Bukit Merah Laketown Resort. Jadi, kat sini kornag boleh breakfast, lunch dan juga dinner. Ada pilihan buffet dan ala carte. Masakan pula sangat popular local dam western.
- Ripples Hawker Center
Bahagian ini adalah laluan daripada marina ke waterpark. So sebelum korang masuk bilik korang boleh makan dulu disini jika tiada ambil pakej sekali makan di Lelac Cafe. Disini banyak pilihan makanan seperti nasi kandar, nasi lemak, ais kacang dan banyak lagi
- Bubbles Family Restaurant
Restaurant ini di kawasan waterpark. Kat sini dijual burger, fries, local delight dan banyak lagi.
Selesai makan malam, ada pertunjukan api dan kalau tak silap cik en hanya ada pada malam minggu sahaja
Hari Kedua di Bukit Merah Laketown Resort Perak
Untuk hari kedua pastikan korang breakfast pada pukul 8.00 pagi untuk memastikan korang terlepas bot ke Pulau Orang Utan pada jam 9.00 pagi.
Pulau Orang Utan
Pulau Orang Utan ini adalah pulau yang sangat istimewa bagi cik en. Cik en sangat bangga dengan Dr Sabapathy merupakan doktor veterinar yang pakar mengenai Orang Utan ini. Dan baru baru ini, Pulau Orang Utan ini bekerjasama dengan Seoul Zoo. Story itu korang boleh baca di entri Apabila Pihak Luar Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia. Apa yang ada di Pulau Orang Utan ini sangat menarik. Di pulau ini, kita manusia yang berjalan di dalam sangkar dan Orang Utan bebas di pulau ini. Ada laluan berbumbung dan tak sampai 1km pun untuk korang berjalan.
Bukit Merah Skycycle
Selepas melawat Orang Utan korang boleh pula ke Bukit Merah Ecopark pula. Tapi sebelum itu, jangan lupa mencuba Skycycle. Kat Skycycle ini korang kena gagah dan kuat dibahagian tangan. Hahahaha. Sebabnya korang kena mengayuh dengan tangan sendiri. Memang old school sangat dan ianya satu pengalaman yang sangat menarik. Masa nak buat pusingan bergantung dengan kesungguhan dan energy korang. Sambil naik Skycycle korang boleh menyaksikan separuh Bukit Merah Ecopark.
Bukit Merah Ecopark ini seperti mini zoo. Tempat dia tak besar mana tapi menempatkan beberapa bahagian iaitu :
- Nature Trail
Sepanjang laluan ini korang akan menyaksikan Ikan jenis Japanese carps dan huge arapaima. Selain itu korang boleh tengok betapa cantiknya pelepah burung merah dan beberapa spot unggas
- Taman Tropika
Selain daripada haiwan, sepanjang lauan ini ada tumbuhan herba.
- Taman Reptilia
Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis ular
- Taman Haiwan Peliharaan
Kat sini memang tempat yang korang spend masa yang lama, sebabnya taman ini ada banyak haiwan kesayangan seperti arnab, Guinea pig, hamsters dan banyak lagi. Kat sini juga ada ikan longkang. Nak tahu apa? kena mai sini la tengok.
- Tarikan Lain
Korang juga boleh tengok buaya, Sun Bear, Binturong, Rusa, Kuda Pony dan banyak lagi haiwan liar yang lain
Bukit Merah Adventure Park ini bersebelahan dengan Bukit Merah Waterpark. Yang ini cik en tak sempat nak mencuba sebabnya agak rushing time tapi cik en pasti korang yang sukakan aktiviti climbing atau flying fox wajib cuma zipmania. Selain itu ada
- Adult Practice Course
- Kids Practice Course
- Zipmania
- Jacob’s Ladder
- Canopy Walk
- Burma Bridge
- dan banyak lagi!
Bukit Merah Recreation Park
- Kayak
- Memanah
- Memancing
- Lake Cruise
- Water Confidence
Kemudahan Lain Lain
Selain daripada aktiviti diatas, di Bukit Merah Laketown Resort Perak ada menyediakan dewan untuk aktiviti keraian, perkahwinan dan juga korporat. Ada 5 dewan yang berbeza kapasiti boleh disewa untuk korang.
- Sebarau Ballroom - boleh menempatkan 1000 orang dalam satu satu masa
- Kalui Ballroom - seramai 450 orang boleh ada dalam satu satu masa
- Kelisa Room - Yang ini sesuai pula untuk ceramah, team building dan seminar. Boleh muatkan 60 orang
- Sepet Room - Yang ini pun boleh muat 60 orang tapi mejanya disusun seperti bilik kuliah.
- Tapah Boardroom - Yang ini sesuai untuk mesyuarat dengan jumlah 18 orang.
Macam cik en tulis sebelum ini, Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak ini memang sesuai untuk keluarga dan dalam masa yang sama jika ada urusan rasmi pun, cik en rasa, Bukit Merah Laketown Resort Perak ini sesuai dipilih
Korang kalau nak dapatkan harga promo korang kena selalu tengok Harga Promo Bukit Merah. So grab la pada harga yang diskaun.
Untuk maklumat lanjut boleh ke
Untuk maklumat lanjut boleh ke
Bukit Merah Resort Sdn. Bhd.
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Tel: +605 890 8888
Faks: +605 890 8108
Laman web: https://www.bukitmerahresort.com.my/
sukaaa Kampung Air !! tenang je and time sunset tu alahai cantiknya.
ReplyDeletemenarik dan cantik tempat ni :)
ReplyDeleteMcammane nk book hotel n sekali dgn tmpt2 yg kite nk pergi tu?park die..eco park..tmn air smue tu?boleh beli tiket hari yang sama atau kene beli awal?
ReplyDeletehotel boleh beli online. klunk walk in risau bilik habis je.. tiket2 semua bolehbeli hari tersebut atau boleh refer hotel. mungkin ada pakej.. cuba masuk laman web bukit merah laketown resort perak.
Delete