12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping | Terfikir nak cuti cuti Malaysia ke Perak ? Kalau sebelum ini ada yang komen di entri 8 Aktiviti Menarik di Gopeng dan Ipoh Yang Boleh Korang Buat tak sesuai untuk bawa family terutama anak anak, kali ini cik en nak share cuti cuti yang sesuai untuk lapisan umur. 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping ini termasuklah penginapan dan port makan sedap di sekitar Taiping ini. Jadi korang yang baru nak merancang percutian ke sebelah utara negeri Perak ini boleh la jadikan entri ini rujukan untuk korang. | 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping
12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping
Cik en suggest kat korang untuk stay 2 hari 1 malam di Taiping ini. Kalau nak lebih pun boleh tapi korang kena rujuk point ke 11 untuk tengok tempat menarik yang lain yang ada di Taiping ini
1. Kilang Kopi Antong
Selama duduk kat Perak dan selalu pergi Taiping, inilah kali pertama cik en ke Kilang Kopi Antong. Tak tahu pula kewujudan kilang ini. Hahahahha. Tapi apa pun kami sampai dalam pukul 1 tengah hari so tak dapat nak tengok cara kopi dibuat secara tradisional menggunakan kayu api sejak tahun 1933. That why kopinya penuh dengan aroma dan harum. Tapi apa pun kalau korang ke sini pastikan datang around 11 pagi atau 2.30 petang kalau nak cuba membuat kopi disini. Kat sini juga, korang boleh beli Kopi Antong ini dalam pelbagai perasa. Korang juga boleh rasa setiap perasa kopi yang ada.. Cik en dah rasa semua dan tak boleh lawan kopi original mereka. Antara perasa yang ada seperti White Coffee Mint , Mocha dan lain lain lagi
Kilang Kopi Antong
Assam Kumbang
34000 Taiping Perak
012-5068671 / 05-8075189
www.antong.my
Ini wajib la korang pergi sebab trademark Taiping adalah Taman Tasik Taiping. Taman Tasik Taiping ini merupakan pusat rekreasi yang tertua di Malaysia. Asalnya adalah lombong biji timah dan sekarang menjadi tempat rekreasi popular di Malaysia. Kat sini juga banyak pokok yang berusia ratusan tahun dan suggest what. semua pokok ini ada insurans sendiri. Pokok pun ada insurans korang dah ada insuranas belum? Hahhaha. Anyway sekarang tengah viral pokok tumbang. Ramai datang sini semata mata nak tangkap gambar. Selain itu, ada disediakan track untuk korang jogging atau berbasikal.
Kredit Gambar : Rosli Mansor
Kredit Gambar : Rosli Mansor
3. Hotel Grand Baron Taiping
Sebelum meneruskan aktiviti lain, korang boleh check in hotel dulu. Hotel Grand Baron Taiping ini dalam kawasan Taman Tasik Taiping je, so mana yang travel melalui public transport atau perlukan rehat sebentar sebelum explore Taiping bolehlah pilih hotel ini. Harga dia sangat berpatutan. Ada 80 bilik dengan 6 jenis bilik. Yang itu nanti cik en akan buat entri khas.
Hotel Grand Baron
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping Perak
014-6032870 (Mrs Ika)
05-8079222
4. ATV Adventure Park Larut
Yang ini pun cik en tak tahu ada di Taiping. Anyway ATV Adventure Park Larut ini sebelah jdengan Hotel Grand Baron Taiping. Jalan kaki pun boleh. Masa cik en check in bilik, memang nampak separuh track untuk aktiviti ATV ini. Korang boleh tengok keindahan alam semula jadi hutan tropika di Taman Tasik Taiping sambil menunggang ATV yang agak mencabar dan menyeronokkan bagi cik en yang pertama kali bawa ATV. Korang akan ditemani dengan penunggang ATV berpengalaman yang mana mereka akan ajar teknik teknik menunggang sepanjang laluan yang mencabar. Harga dia bergantung kepada pakej. Pakej yang ada adalah Mini Funride, Funride, Ride with Guide, Offroad dan Offroad to River dengan harga serendah RM30. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
ATV Adventure Park Larut
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping Perak
012-2104761 / 05-8063761
Buka setiap hari kecuali Selasa
9 pagi sehingga 6 petang
5. Night Safari Zoo Taiping
Selalu kalau malam macam slow je tak ada aktiviti untuk anak anak kan? Tapi kat Taiping ini korang boleh ke Night Safari Zoo Taiping. Night Safari dibuka pada tahun 2003 dan mempamerkan haiwan haiwan liar yang aktif pada waktu malam. Tapi sebelum itu, korang boleh makan malam dulu di Mergastua Restaurant sebelum explore kehidupan malam warga Zoo Taiping. Korang tak perlu nak berjalan kaki sebab jauh juga la nak pusing zoo ini lagi lagi malam dan kebetulan memang ada tempat yang tak diletak lampu bagi mengekalkan suasana malam. Sebabnya akan ada train dengan tour guide yang akan breifing sepanjang journey. Jika korang bernasib baik, boleh juga bagi makanan kepada haiwan haiwan yang ada,
Night Safari Zoo Taiping
Taiping Lake Garden
34000 Taiping Perak
05-8086577
Zoo Taiping : Dibuka setiap hari (8.30 pagi hingga 6.00 petang)
Night Safari : Dibuka setiap Malam (8.00 malam hingga 11.00 malam)
Kredit Gambar : Majlis Perbandaran Taiping
6. Dolphin Hunting, Eagle Watching dan Fish Feeding
Siapa kata susah nak tengok secara dolpin yang bebas? Kalau korang ke Kuala Sepetang, korang boleh tengok banyak dolphin berenang keliling bot korang. Ini tak tak tipu punya sebab cik en sendiri tengok pink dolphin keliling bot kami. Cik en sempat rakan video dan kawan cik en Ayue sempat snap gambar. Tapi ada hari hari dia tau. Awal bulan dan hujung bulan. Dalam sebulan lebih kurang 4 ke 6 hari sahaja waktu sesuai tengok dolphin.
Selesai dolphin hunting, korang akan di bawa tengok helang dan semestinya ianya sanagt berbeza denagn helang yang ada di Langkawi. Disini, mereka tidka memberi makanan tidak sihat sebabnya ianya akan menganggu diet asal helang berkenaaan
And last, korang boleh bagi ikan makan di sangkar ikan berhampiran dengan Eagle Watching. Kat sini ada banyak ikan dan semestinya yang menarik perhatian adalah ikan buntal. Kalau korang berminat untuk ambil semua pakej ini boleh hubungi
Dolphins Kuala Sepetang
C13, Kampung Menteri, Kuala Sepetang
34650 Taiping, Perak
012-631 6132
7. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
Dah alang alang masuk kawasan Pusat Eko-Pelajaran ini, jangan lupa untuk round round dulu kawasan ini. Korang berpeluang mempelajari tentang ekosistem paya laut sambil bersiar siar melalui pelantar laluan pejalan kaki yang dibina. Kat sini ada chalet, dorm, tapak khemah, dewan, kemudahan meletak kereta dan tandas. Selain itu ada jeti yang mana korang naik untuk hunting dolphin.
Harga semalam untuk kemudahan yang ada disini adalah seperti berikut
- Chalet : RM 100
- Exclusive Chalet : RM150
- Dorm : RM10 Seorang (Local) & RM30 seorang (foreigner)
- Dewan Terbuka : RM 200
- Tapak Khemah : RM10 (dewasa) & RM 5.00 (pelajar) - Khemah tidak disediakan
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pejabat Hutan daerah Larut Matang
34000 Taiping Perak
05-8072762
Kredit Gambar : kualasepetang.com
8. Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili di Selera Azrorasa
Kalau mai Taiping ini, menu yang menjadi tumpuan adalah makanan laut yang segar dan manis. Lepas Kuala sepetang Tour, korang wajib ke Selera Azrorasa untuk merasai Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili dorang. Sedap sangat sampai tengah menaip entri terasa lagi kari itu kt tekak. Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah cara memasaknya. Ianya dibuat satu persatu dan bukan secara buffet. So sebab itu setiap bekas kualiti rasa dia tetap sama. Digalakkan untuk buat tempahan sebelum datang kesini untuk mengelakkan korang tunggu lama. Nak tempah boleh la hubungi
Selera Azrorasa
Gr 131 B Kg Matang Gelugor
34750 Taiping, Perak
013-533 2253
9. Kilang Arang Kuala Sepetang
Arang sangat popular di Kuala Sepetang ini. Disebabkan disini tempat paya bakau. Arang yang diperbuat dari kayu paya bakau. Dan baru cik en tahu nak buat arang ini bukan senang. Perlu ambil masa berminggu minggu. Dapur besar dibuat sendiri dan ianya buak dibakar macam yang kita fikirkan. Ianya menggunakan haba panas untuk keringkan kayu dan seterusnya perlu disejukkan. Banyak sebeanrnya proses nak jadi arang yang kita buat untuk bakar ikan tu. Hahahah
Mee Udang Kuala Sepetang antara menu wajib untuk orang luar yang datang berkunjung ke sini. Antara mee udang yang popular adalah Mee Udang Mak Jah. Selain dari itu ada menu menu lain seperti nasi goreng udang, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya mesti ada udang yang sederhana besar.
11. Galeri Perbandaran Taiping
Masih tak puas untuk explore Taiping? Korang boleh datang ke Galeri Perbandaran Taiping ini dan korang boleh tengok banyak lagi tempat menarik yang ada. Galeri Perbandaran Taiping berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan di Taiping. Pelancong dari dalam atau luar Malaysia memang digalakkan untuk datang ke sini bagi mendapatkan maklumat produk produk perlancongan disini.
Galeri Perbandaran Taiping |
Galeri Perbandaran Taiping
PWD 105, Jalan Stesen
34000 Taiping Perak
05-8010832 (Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan)
Kredit gambar : Facebook
12. Nasi Kerabu Locs & Thyme
Sebelum balik, korang kena isi perut dulu. Tempat makanan yang cik en suka sangat adalah Locs & Thyme. Menu cik en suggest korang cuba adalah Nasi Kerabu dia. Nasi dia biru bukan gunakan pewarna tapi menggunakan bunga. Rasa dia sedap, lauk seperti ayam dan udang dia memang dimasak dengan cukup sempurna. Sedap dan akan buat korang repeat datang sini balik.. Diabhagian atas restoran ini dikhaskan untuk sesiapa nak buat candle light dinnet atau sambutan anniversary secara privacy. untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Locs & Thyme
No 12, Jalan Lim Teong Chye
34000 Taiping, Perak
017-507 1958
Facebook : https://www.facebook.com/LocsThyme/
Instagram : https://www.instagram.com/locsandthymecafe/
Entri ini cik en dapat kongsikan dengan korang kerana mengikuti Famtrip Northern Perak Eco VM2020 Expedition anjuran Tourism Malaysia Cawangan Utara pada 4 sehingga 6 Disember 2019 bersama rakan rakan media dan travel agensi di seluruh Malaysia.
menarik
ReplyDeletesyoknyaaaa...boleh mark ni nanti kalau nak dtg taiping senang :)
ReplyDeletetahniah terpilih masuk bloglist bunga utk bulan ni :)
Thanks ciken, boleh buat rujukan balik kampung nanti ada yang miza tak pernah tau pun sebelum ne
ReplyDeleteMemang teringin nak pi ke taiping sekarang. Last pi dulu pun masa sekolah rendah kat zoo taiping. Haha
ReplyDeletebanyak tempat yang menarik juga ye kat taiping..thanks sudi share
ReplyDeleteYang ke 13, tempat proses air mineral spritzer, boleh main mini golf Kat situ.
ReplyDeletemenarik ni. banyak tempat yang belum explore.
ReplyDeletewahhhhhh sekali pergi dapat terjah 12 lokasi terus ye kak? bestnyaaaaaaaaaaa!
ReplyDeleteMurah la yg atv tu.. Night sfari on mnarik jugak tu
ReplyDeletepaling menarik pink dolphin tu !! awat comey naww kaler pink.
ReplyDeleteyang ATV tu baru festime tahu. dalama tngin nak buat.. dok aim yang kat Kemensah laa hai kat tepeng pun adaoo..