Top 5 Must-try Nasi Lemak in KL | Sebut pasal nasi lemak, mesti korang dok membayangkan kelemakan nasi, kepedasan sambal, tambahan dengan kacang, ikan bilis, timun dan boleh memilih telur rebus atau telur goreng. Kalau jenis berlauk itu, ada piliahn ayam goreng, paru, dan banyak lagi mengikut tekak masing masing. Menjadi makanan kegemaran dan trademark rakyat Malaysia, banyak port nasi lemak yang boleh hunting oleh peminat nasi lemak ini di area KL. Sampaikan ada port yang beroperasi berpuluh puluh tahun dengan harga yang sangat murah. Dan katanya ada 5 Nasi Lemak di KL yang korang mesti cuba disebabkan keenakannya dan keistimewaannya. Jom kita tengok 5 pilihan nasi lemak itu | Top 5 Must-try Nasi Lemak in KL
Top 5 Must-try Nasi Lemak in KL
Top 5 Must-try Nasi Lemak in KL yang korang boleh cuba ini adalah mengikut rating di google. Dan kelima lima ini adalah pilihan warga KL untuk yang inginkan nasi lemak
Nasi Lemak Wanjo Kmapung Baru
Dikatakan tempat ini sangat terkenal di Kampung Baru KL. Sebabnya harganya yang murah dan semestinya sedap. Nasi dia katanya sangat berlemak, ditambah dengan sambalnya yang sederhana, tidak terlalu pedas dan manis. So sangats esuai untuk cik en yang tak makan pedas sangat. Anyway ada lauk lauk lain seperti daging masak kicap, paru goreng dan bergedil yang boleh korang pilih untuk makan sekali dengan nasi lemak ini
RA Nasi Lemak
RA Nasi Lemak ini sangat berbeza dengan nasi lemak yang lain. Kalau biasanya ada lauk telur atau goreng yang lain tapi kat sini koran boleh makan bersama kuah lemak. Double lemak la orang kata. Konsep RA Nasi Lemak ini kampung style. So lauk yang ada memang sedap dan sangat sesuai untuk yang gemarkan masakan kampung. So RA Nasi Lemak ini dibuka pagi sahaja dan menjadi tumpuan untuk breakfast atau minum pagi. Tapi kalau lambat datang, ianya masih buka tapi makan nasi berlauk je la.
Nasi Lemak Royale Kedah
Selalunya nasi lemak berwarna putih kan? Kali ini korang boleh tengok nasi lemak warna kuning. Kuning adalah lambang di raja. So that why la ianya dipanggil Nasi Lemak Royale. Sekali pandang macam nasi biriyani tapi ianya nasi lemak dan sangat awesome kalau dimakan bersama lauk paling top disini iaitu Daging Masak Kicap dia. Marvelous kata orang yang pernah mencuba. Selain daging masak kicap, ada puyuh goreng, udnag goreng dan pelbagai kuah dan lauk pauk yang lain.
Nasi Lemak Panas Warung Rindu
Siapa suka makan nasi lemak original? Nasi Lemak dibungkus daun pisang. Cik en memang suak style camni. Bau daun pisang itu menambah rasa pada nasi lemak. Even yang jenis berbungkus daun pisang ini sikit tapi jangan risau, selalunya jenis camni dia punya sedap mencapai tahap maksima. That why Nasi Lemak ini boleh bertahan selama 17 tahun an sampais ekarang masih menjadi tumpuan orang ramai. Pilihan lauk pauk yang ada adalah ayam goreng dan burung puyuh goreng
Restoran Warisan Sambal Opah
Yang ini pula nasi lemak daun pisang dan mempunyai pilihan lauk pauk yang banyak. Bermula pada tahun 1960, ianya menjadi pilihan kerana sambal dia yang sedap. Dan pilihan orang KL nak makan nasi lemak di malam hari. Ianya dibuka bermula 5 petang dan tutup 4 pagi. Nasi lemak ini dibungkus live depan mata so ianya masih panas panas lagi. Pilihan lauk pauk yang ada seperti paru goreng berlada, ayam goreng, tempe dan sayur sayuran. Katanya kena beratur panjang nak dapatkan nasi lemak sambal opah ini.
Kelima lima ini akan mejadi bucket list untuk cik en hunting makanan di KL nanti dan cik en akan story lanjut di blog cik en nanti. Tapi untuk korang yang ada di KL, korang tak perlu susah susah nak pergi beratur, parking kereta semua sebabnya korangg boleh gunakan perkhidmatan FoodPanda Delivery Malaysia ini. Memudahkan sangat. Jimat masa dan duit minyak korang kan?
hanya nasi lemak kg,baru je dah cuba...lain-lain belum lagi..
ReplyDeletenyummm kenyang terus tengok anek nasi lemak pepagi ni. hehe ^_^
ReplyDeletesaya hantu nasi lemak.. kena cuba semua ni
ReplyDeletewanjo kampung baru nampak menarik lg. husna suka mcm tu, masih mngekalkan keaslian nasi lemak, cuma tambah sesikit je lauknya.
ReplyDeleteSemua nasi lemak ni tak pernah try lagi cik en. Nampak sedap je semua tu huhu
ReplyDeleteSha terliur nasi lemak Wanjo Kl tuhhh... bila nak merasa nih... nampak lain daripada yang lain.
ReplyDeleteNasi lemak sambal opahlah.
ReplyDeletesedapnyeeee semua jenis nasi lemak tu... aduhh
ReplyDeleteTerliur baca entry ni. Saya yang duduk kl ni tau yg wanjo tu je
ReplyDeleteNasi lemak royale tu memang buat saya dgn family konfius.
ReplyDeletealaahai Cik En.. memalam kite scroll lapaq plak tetiba.
ReplyDeletesemua x penah try lagi. da jarang da lepak KL huurm..