Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung | Alhamdulillah, ride kali ini cik en selamat pergi dan selamat balik. Jika sebelum ini cik en up entri Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil, cik en tetap risau kalau jadi apa apa sepanjang perjalanan kami. So tak nak jadi macam tahun lepas, cik en tak simpan memori ini dalam blog, cik en siap siap remind untuk tak lupa up disini. So korang bacalah pengalaman cik en ini. Anyway ini more personal atau lifestyle entri. | Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung
Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung |
Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung
Untuk Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil kali ini, penganjur memilih tarikh 3 Ogos 2019 dan seperti tahun lepas, kami dah start kumpul dari pukul 3.00 pagi lagi. Walaupun tak jauh mana Manjung dan Bukit Jalil tapi adat la berkonvoi, kena patuh arahan, tak boleh "fly" ahhahaha. Ada limit km/perjam dan akan ada persinggahan untuk solat, isi minyak dan rehat. So macam tahun lepas juga, cik en memang tidur awal seawal 9 malam tapi bukan mudah. Nasib la pengiraan bebiri berjaya buat cik en tertidur. So ini tentitif ride
So ada beberapa tempat singgah. Pertama di Caltex Lekir untuk join team dari Lekir. Lepas tu kami berhenti untuk isi minyak di stesen minyak Teluk Intan. Disebabkan dah masuk azan Subuh, kami berhenti solat subuh di Masjid As Saadah kalau tak silap cik en. Settle semua kami terus menuju ke highway dan singgah di Petronas Sungkai untuk isi minyak dan sarapan pagi. Jangan dok tanya kenapa kerap isi minyak. Ada beberapa faktor. ada yang masih banyak minyak, ada yang masalah cepat habis minyak (selalunya jenis laju sangat atau modified) ahahahah. Anyway ride konvoi ini bukannya siapa yang laju tapi lebih kepada kerjasama untuk bersama sama ride dalam kumpulan.
Selasai sarapan, kami dapat geng dengan satu kedai berdepan dengan Petronas Sungkai so bergamabr la dulu. Kami masuk highway pun hari dah cerah dan sampai di Hentian Sebelah Sungai Buluh, kami berhenti untuk isi minyak lagi dan ada yang sejukkan enjin jentera masing masing
Kami sampai ke tapak event kalau tak silap around 9 atau 10 pagi. Tahun ini penganjur susun jentera ikut kroni. Oh, jentera means motosikal la.. Dalam bahasa ride ini jentera. Ikut kroni bermaksud, mengikut warna motosikal. So susah sikit la nk letak banner RS Manjung sebab semua motosikal budak budak berterabur sana sini. So ini je la kot yang cik en sempat rakam sebab cik en sibuk untuk update di bawah IG RS Manjung. Dah dilantik sebagai AJK Multimedia katakan. Hahahhaa
Cik en juga salah seorang ahli Ladies Crew Kapcai Malaysia. So dan la jumpa Idola dan admin bagi Ladies RS150R, Fiqa RS. Hahahhaha
So ini la team RS Manjung. Dah alang alang itu, cik en promote sikit la kelab. Support Club Gais. hahahaha. Siapa yang nak join atau nak dapatkan sticker RS Manjung boleh DM sosial media kami di bawah ini.
Facebook Page : RS Manjung
Facebook Group : RS Manjung
Instagram : RS Manjung
Tags:
Bunga RS Manjung
Besar jugak event erk...macam menarik jer..
ReplyDeleteTengs sharing sisfuzie, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com
ReplyDeleteWahhh hebat lah cik ien. .. Saya skrg ni nk bawa motor jauh² xsanggup dh.. Zaman dulu2 ja
ReplyDelete