Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap | Lamanya tak kongsi resepi dalam blog ini. Dah alang alang free ini, cik en nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap. Sesuai la untuk korang tengah demam atau diet. Kaki ayam ini mempunyai kolagen yang tinggi, kurangkan risiko tulang rapuh, sembuhkan kecederaan, pencernaan yang sihat, baik untuk kuku dan gusi. Walaupun banyak khasiat ada juga yang geli nak makan sebab kaki ayam ini mencakar tanah dan sebagainya. Hahahha. Tapi bagi cik en, masa kecilm inilah menu paling cik en suka. Terpulang masing masing untuk makan ke tidak sebabnya tiada paksaan pun. huhuhu. | Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap |
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap
Resepi ini tersangatlah mudah, hanya campak campak je dan siap. Cik en beli kaki ayam di AEON sebab nampak fresh. So ini bahan bahannya
Bahan Bahan
- Kaki Ayam
- Bawang Putih
- Halia
- Lada Sulah
- Garam
- Daun Bawang
Cara Memasak Sup Kaki Ayam Sedap
- Rebus kaki ayam. Air untuk dijadikan sup terpulang kepada korang nak banyak mana
- Ketuk bawang putih dan halia seterusnya campak dalam air rebusan kaki ayam itu
- Masukkan garam, lada sulah dan biarkan sehingga kaki ayam betul betul lembut
- Siap dan taburkan dengan daun bawang
Mudah kan? Kalau korang nak tambahkan kentang, lobak dan daun sederi pun boleh. Campak campak aje. Hahhahah. Kalau korang nak makanan diet yang lain tapi sedap boleh cuba buat Resepi Bubur Oat Homemade
kredit : Khasiat kaki ayam
Tags:
resepi
Simple dan mudah nak buat.
ReplyDeleteRuby pun suka ;)
Buat ratah
Fevret saya sup kaki ayam.... Terliurrrr hehe
ReplyDeleteBW here. Jemput BW my blog. TQ :)♡
Pebret kaki ayam
ReplyDelete