MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan | Uiks, cepatnya cawangan baru MBH Medispa ini dibuka? Kalau sebelum ini, kira kira 3 minggu lepas, cik en hadiri grand opening MBH Medispa Manjung yang cik en story di MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, kini MBH Medispa buka cawangan ke 21 di Taiping. Memilih Taiping sebagai lokasi terbaik, MBH Medispa Taping memberi peluang kepada penduduk Taiping yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat, berparut, kulit kusam dan jeragat untuk kembali cantik dan berseri. Tak perlu nak pergi jauh semata mata untuk dapatkan rawatan ini. | MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan


MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping ini merupakan cawangan ke 3 di Perak dan kerana permintaan yang tinggi sebelum ini dan rungutan pelanggan perlu travel jauh untuk rawatan kulit, Puan Yaya pengasas MBH Medispa telah memudahkan penduduk di Taiping dengan pembukaan cawangannya di sini. MBH Medispa Taiping dirasmikan oleh penyanyi Kanda Khairul yang pupular dengan lagu "Atikah Songket" yang merupakan salah seorang pelanggan setia MBH Medispa. Seperti yang cik en sharing sebelum ini, MBH Medispa telah melakarkan nama dalam bidang estetik selama 11 tahun sejak tahun 2008 dan setakat ini telah memenangi dua anugerah iaitu Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018. Sebabkan award ini menjadikan MBH Medispa sebagai spa estetik paling dipercayai dalam kalangan pelanggan yang mempunyai masalah kulit muka. 

Rawatan yang paling mendapat sambutan adalah Skin Growth Factor (SGF) dan mempunyai beribu ribu testimoni. "Kalau nak cantik datang ke MBH" kata Puan Yaya memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan kurang dan malu kerana kesan daripada kulit wajah bermasalah. Beliau juga berkata " Taiping bukanlah cawangan terakhir MBH Medispa tetapi akan menyusul cawangan terbaru MBH di Kinrara, Punchong, Nilai dan juga Melaka menjelang Ogos dan September ini. Wow! Lagi kukuhlah MBH Medispa di Malaysia ini. 

Sedikit info untuk korang, MBH ini bukan sahaja untuk muka, tapi ada MBH Body Theory untuk rawatan perlangsingan badan yang baru mempunyai 2 cawangan di Johor Bharu dan Melaka. Cik en harap Puan Yaya akan buka satu MBH Body Therapy di sebelah Utara sebab cik en nak buat rawatan kuruskan badan yang semakin lama semakin membesar. Hahahhaha. 

Kalau korang ada masalah rambut, MBH juga ada cawangan MBH Haircare. MBH Haircare ini hanya tertumpu pada rawatan rambut dan estetik yang mempunyai rawatan berunsur moden dan tradisional. Produk digunakan adalah produk daripada kilang sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan. Yang ini pun hanya ada di cawanagn Johor Bharu dan Kajang saja. Hope ada jugalah cawangan di sebelah Utara ini. Mesti ramai yang menunggu cawangan di sini. 

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping


Selain daripada spa, rawatan badan dan rambut, MBH sebenarnya mempunyai produk penjagaan kulit sendiri yang berasaskan bahan bahan semulajadi yang dipanggil Dermaklair. Dermaklair adalah produk yang menjadi produk utama untuk rawatan kulit di semua MBH Medispa di Malaysia. Produk ini juga digunakan oleh spa spa bukan dibawah MBH kerana kesan produk ini sangat bagus untuk kulit. So far masa grand opening MBH Medispa Taiping tempoh hari, cik en tertarik dengan sunscreen mereka. So cik en terus grab sebabnya masa itu dapat diskaun. Yang itu nanti cik en story di entry yang lain okey? 

Kalau korang nak dapatkan rawatan MBH Medispa Taiping ini , korang boleh baca detail di bawah 

MBH MEDISPA TAIPING 
31, Jalan Ciku, 34000 Taiping, Negeri Perak
Instagram : MBH Medispa Taiping
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post