Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi | Mungkin ramai yang tahu cik en adalah peminat produk Safi dan jika yang mengikuti perkembangan cik en dari dulu, cik en pengguna tegar Safi Balqis OxyWhite dan pernah di jemput oleh pihak Safi di satu wawancara khas di Alor Setar tahun lepas. Eh? korang tak tau yang cik en pernah talk pasal Safi? Korang boleh baca di Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah . So kali ini cik en mencuba lagi satu lagi produk Safi yang terbaru iaitu Beautea by Safi. | Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi
Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 


Beautea by Safi ini ada 4 jenis iaitu 
  1. White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
  2. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
  3. Apricot Tea Revitalising Face Scrub
  4. Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Cik en baru mencuba 1 dari 4 jenis ini iaitu Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser . Tapi sebelum nak kongsi review penggunaan ini, cik en nak story juga la, apa kelebihan produk safi kali ini berbanding yang sebelum ini. Beautea by Safi ini adalah dari ekstrak teh premium yang terpilih dan menyegarkan serta gabungan bahan semulajadi untuk nyagkan kesan negatif pada muka kerana pencemaran, tekanan dan produk kosmetik yang mampu breakdown kulit wajah korang. Dalam Beuatea ini juga ada anti PM 2.5. 

Apa Itu PM 2.5? 


Pencemaran adalah salah satu punca utama kerosakan pada kulit. asap, kotoran dan debu di udara boleh menyumbat liang roma, menyebabkan jerawat dan mengakibatkan kusam pada wajah. Pencemaran udara biasa dipanggil Particulate Matter, atau PM 2.5. Ia adalah istilah bagi zarah yang terdapat di udara, termasuk habuk, kotoran, asap, dan titisan cecair. Anyway, sekarang ramai yang memilih termasuk cik en untuk mengelak daripada kena dengan sinar matahari dan pakai sunblock atau sunscreen untuk melindungi muka direct kena pada matahari. Tetapi duduk dibandar yang korang tahu penuh pencemaran, even dah pakai semua itu still tak boleh dielakkan daripada masalah ini. Masa ini sunscreen dan sunblock sahaja tidak cukup. Sebab itu ramai yang ada masalah ketidakseimbangan PH dan boleh mengakibatkan garis halus dan kulit kering

Pendedahan jangka panjang kepada pencemaran boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan termasuk keupayaan kulit untuk melindungi dan menyahtoksik sendiri yang membawa kepada keadaan kulit yang serius. 80% penduduk dunia terdedah kepada pencemaran udara yang berbahaya. Terdapat sedikit yang boleh kita lakukan untuk menghadkan pendedahan kepada pencemaran udara, terutamanya di kawasan bandar. 

Disebab itulah Safi mengeluarkan Beautea by Safi ini untuk membantu mengurangkan masalah masalah cik en terangkan tadi. Beautea by Safi mempunyai Dermatologically tested yang mana ianya

  • Alcohol Free
  • Paraben Free
  • SLS/SLES Free
  • Silicone Free

Review Beautea by Safi  Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser


Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

Masa cik en menaip entri ini, cik en dah start pakai 3 hari lepas. Anyway untuk Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser baunya biasa je, tak la wangi (bagi cik en la). Selepas cik en pakai, kulit muka rasa bersih dan tidak terlalu kering. Kulit rasa fresh tapi tak terlalu ketara mungkin baru lagi. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser ini ada asid amino untuk membersihkan dan menghapuskan kekotoran pada kulit wajah. Campuran teh Hitam & Black Orchid membantu menghasilkan kulit baru, sambil mengekalkan kulit sentiasa sihat dan dilindungi daripada penuaan. 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

So far cik en pun ada stok Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser tapi belum digunakan sebab cik en akan pakai masa tumbuh jerawat nanti. Insyallah yang itu cik en akan review lain okey? Korang boleh beli Beautea By Safi ini di Watsons atau secara online di Beautea By Safi 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post