Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh | Beberapa hari yang lepas cik en berkesempatan untuk mencuba Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel & Apartment di Ipoh Perak. Bertemakan Semarak Rasa Ramadhan ini, pihak cafe @6/Polo Side memilih tema makanan ala kampung di hotel. Hidangan menu istimewa ini akan mengungkap nostalgia resepi masakan melayu lama bagi menyemarakkan suasana berbuka bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja. | Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh


Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh


Masa awal awal puasa kebanyakan ramai berbuka di rumah kerana semangat untuk berbuka dan menyiapkan hidangan bersama keluarga. Selalunya apabila masuk minggu kedua ke atas semestinya tercari cari Ramadhan Buffet yang sedap selepas sibuk dan jemu untuk memasak. Hahaha. So sesiapa yang ada di Ipoh atau travel ke Ipoh boleh memilih Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh untuk tempat berbuka puasa. 

Antara menu kampung yang akan menjadi pilihan semestinya : 











Selain daripada hidangan diatas, ada ikan bakar, ayam bakar dan kambing golek di bahagian luar






Mungkin ada yang nak berbuka dengan makanan yang lebih ringan seperti sup atau goreng mungkin boleh mencuba menu di bawah ini






Nanti jangan lupa rasa Teh Tarik dia yang kaw dan sedap giler itu. Mesti terlagi lagi. Pekena masa buka puasa memang buat tekak rasa lega. Ada juga beberapa pilihan air yang lain dan ABC





Selesai semuanya semestinya kita mencari pencuci mulut. Bila konsep ala kampung ini, semestinya cik en terbayang limas, bengkang, kuih koci dan sebagainya. Pencuci mulut dia memang buat teringat duduk di kampung bersama opah dan atuk






Selain itu kalau teringin nak makan keropok lekor dan cucr udang pun ada tau!


Suasananya yang bersih, besar dan releks sangat sesuai untuk seluruh keluarga




Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati dengan harga RM 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak kanak. Manakala Jumaat dan Sabtu RM 58.00 dewasa dan RM 45.00 untuk kanak kanak. Pada masa itu akan ada tambahan hidangan istimewa kambing panggang dan sos sos yang lazat dan juga BBQ. Kalau beli pada masa promosi bermula 6 Mei 2019 sehingga 12 Mei 2019, harga promosi pembelian Awal Ramadan ialah RM 48.00 dewasa dan RM 38.00 Kanak kanak.

Pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luas dan berhawa dingin serta selesa di tingkat 10. Jika ada yang nak menginap di Tower Regency ini, harga bilik untuk bilik Deluxe King RM180 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk seorang. Bilik Deluxe berkembar berharga RM 250 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang.

Tarikh 
Bermula 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019

Waktu
7.00 Malam sehingga 10 Malam

Tempat 
Cafe @6 - Tingkat 6 Tower Regency & Apartment 
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh Perak

Untuk tempahan 
05 - 2086900
05 - 2086888 (ext 6122)

Credit separuh gambar diatas : www.shalimaryusof.com
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mudah-mudahan dapatlah berkunjung ke ipoh bulan puasa nanti.
    kalau dah berjalan tu mesti kena singgah berbuka hehehe

    ReplyDelete
  2. nanti kita repeat naa.. terbayang makanan kampung ni semua

    ReplyDelete
  3. Bila nk repeat ni.. tengok menu dia menarik sungguh.. kerabu tu dok ulang makan je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post