Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating | Lamanya cik en tak story pasal kucing ini kan? So disebabkan ada yang tanya pasal tajuk entri ini banyak kali so cik en nak kongsikannya dalam blog supaya kalau korang google tajuk itu akan keluar entri dari blog cik en ini. Hahhaha. Ok la, malas nak taip panjang panjang sebab korang bukannya suka nak baca habis and then private messenger and tanya walaupun cik en dah karang panjang lebar dalam entri itu. So korang nak tau tak bila Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating ?
Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating |
Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating
Sebenarnya Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating adalah 1 tahun keatas. Tapi kucing betina dah boleh bunting masa umur 4 bulan lagi mengikut pengalaman cik en di klinik. Kes tersebut owner kurungkan kucing atau boleh lagi dpanggil kitten berumur 4 bulan dengan kucing jantan yang tengah on heat. So masa kitten itu umur 6 bulan, dia dah beranak 4 ekor dan banyak kesan yang berlaku pada ibu muda tersebut seperti tubuh badan terbantut dan kurus sehingga dia dewasa. Anak anak juga kurang daya ketahanan kerana si ibu masih belum cukup bina antibodi sendiri dan terpaksa kongsi dengan anak anak sebelum masanya.
great sharing
ReplyDelete