Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 | Entah macamana cik en terlupa nak buat entri Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 selepas balik travel dari Lombok tahun lepas. Ini dalam kemas kemas gambar yang ada cik en terpandang gambar di sekitar Capsule Transit Hotel KLIA2 dan baru la teringat nak kongsi Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 pada korang yang tak pernah menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 ini. Bagi cik en yang solo travel ini, rasanya Capsule Transit Hotel KLIA2 sesuai la sementara tunggu flight yang lain. | Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2
Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 |
Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2
Sampai di KLIA2 dari Lombok International Airport malam dan flight cik en seterusnya adalah pagi esok nya. Mulanya hanya nak stay di mana mana bangku tapi kepala cik en dah sakit sebab tak tidur semalaman terus cik en jalan mencari Capsule Transit Hotel KLIA2. Rupanya Capsule Transit Hotel KLIA2 ini di tingkat bawah sekali Level 1 berhampiran dengan kaunter bas. Sampai saja terus cik en check in.Cik en tak ingat sangat harga dan masa sebab tahun lepas kan? Kalau tak silap RM 115 lebih kurang untuk 6 jam kalau tak silap cik en.
Capsule Transit Hotel KLIA2 ala ala hostel la tapi macam container. Anyway kat sini line phone memang tak ada tapi korang diberi password wifi untuk korang still berinternet. Lugage korang jangan pula bawa masuk bilik, korang diberi loker untuk simpan dan hanya bawa keluar barangan keperluan saja.
Korang juga akan menerima kad untuk access masuk ke kawasan bilik korang.
Dalam ini korang boleh charge phone, cermin dan boleh setup alarm untuk bangun pukul berapa. Dapat tidur dalam 4 jam dah buat cik en bertenaga balik dan sebelum keluar kena la mandi kan? Dorang sediakan juga tempat mandi.
Tempatnya agak selesa cuma biasalah bunyi bising sebab sebelah dengan orang lain. Ada bilik access untuk lelaki, perempuan dan kedua dua. Cuma dari segi harga agak mahal sikit kalau korang guna apps tempahan hotel kalau korang terus check in ianya lagi murah. Line telefon memang tak ada so kalau ada yang call memang tak akan dapat kecuali gunakan whatsapp call.
Kalau korang di KLIA2 dan menunggu flight agak lama rasanya boleh korang berehat di Capsule Transit Hotel ini. Sesekali merasa tidur dalam dorm kecil best juga. Hahahha.
p/s : abaikan muka cik en yang memang dah mengantuk gila ye pada masa itu.
Tags:
Review Hotel & Resort
sesuai lah untuk check in bebererapa jam kan
ReplyDeleteMenarik.. sekadar untuk merehatkan badan kira okaylah kan cik en..
ReplyDeleteDah lama dah usha ni. Kadang terfikir saja je nak check in walaupun takde nak fly ke mana mana
ReplyDeletebaru semlm member update hotel kapsul gini di klebang, melaka.
ReplyDeleteklia2 pun ada.
seram plak aida tgk kan nyer ha ha ha ha...
tak biasa jalan sorang la katakan.
tapi praktikal kan.
mak aihh, macam lemas je.. tpi kalau utk rehat sekejap boleh laa kan.?
ReplyDeletekalo ada transit atau flight awal pagi ke kan elokla rest2 kat sini dlu =D
ReplyDeletememang best stay hotel ni. lenne tidur nyenyak sangat sebab suasana selesa sangat bagi lenne. tak banyak bunyi bising and sejuk :D lenne first stay hotel ni june 2018 and overall cost tak sampai RM 100 pun masa tu. RM 80+ je for 9 hours stay seingat lenne hehe. sangat berbaloi! xx
ReplyDeletelenne | blog