10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018 | Tahun 2018 meninggalkan kita dengan penuh memori dan kita menempuh tahun 2019 dengan pelbagai azam, harapan dan impian. Bukanlah untuk mengimbau kisah tahun lepas yang ada suka dan duka hanya cik en nak abadikan segala memori pada tahun 2018 di salah satu entri di blog kesayangan cik en ini. | 10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018
10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018
1. Dunia Blog Semakin Berkembang dengan Job dan invites sebagai Media
Alhamdulillah, ramai yang nampak nurfuzie.com dan ramai yang percayakan hasil penulisan dan marketing blog cik en. Bermula awal tahun 2018 cik en dah masukkan niche beauty di blog ini dan banyak juga produk produk beauty yang cik en ulas secara berbayar dan ulas secara jujur (tidak berbayar). Terima kasih semua yang mempercayakan Eintan Nurfuzie.
2. Travel ke 2 tempat iaitu Lombok dan Singapura
Perancangan ke Lombok adalah perancangan yang penuh dugaan. Dari pengumpulan rakan travel sehingga la kena delay percancangan sebab gempa bumi disana. Alhamdulillah pada 6 Oktober kami berjaya menjejaki bumi Lombok selama 4 hari 3 malam. Korang boleh baca di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia. Lebih kurang 2 minggu selepas itu dapat sponsared trip ke Singapura. Yang itu korang boleh baca di entri Tempat Menarik dan Percuma di Singapore.
3. Buku hasil penulisan cik en
Anyway yang ini memang cik en tak war war kan lagi. Sampai la penghujung tahun 2018 bila da final semua baru cik en kongsi dengan semua. Buku bertajuk Kitab Para Ku-Cheng mempunyai 8 orang penulis dan salah seorang adalah cik en. Happy sebab impian cik en nak menjadi penulis buku termakbul tapi cik en masih obses dengan penulisan blog yang santai ini. Kalau korang nak order boleh order melalui media sosial cik en.
4. Berjaya sembuh 70% dari mild depression
Dah lama rasanya cik en tak dapat rasa happy yang betul betul lahir dalam hati. Depression buat kehidupan korang jadi nothing even banyak benda happy berlaku. So dengan kawalan stress, supplemen, sokongan yang tersayang Alhamdullilah, cik en dah boleh jadi diri cik en semula walaupun hanya 70%. So diharap tahun baru ini cik en akan dapat jadi Eintan Nurfuzie yang gila gila, kelakar dan happy macam sebelum ini.
5. Tahun yang sibuk sebab awal tahun buat 3 kerja serentak
6. Terpilih Pekerja Cemerlang Jabatan
So far ini pencapaian 2017 tapi pemberian APC ini dilakukan pada tahun 2018. Terima kasih kepada yang mengundi.. eh yang memberi markah. Tak mengharapkan sangat tapi cik en akan sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi walaupun kadang kadang tergelincir juga. hahahha
7. Pembelian Motosikal Idaman
Cik en beli motosikal jenis Yamaha Ego masa praktikal pada tahun 2009 kalau tak silap. Itu pun guna loan belajar dan tahun ini hasil kerja extra 2 bulan cik en dapat keluarkan motosikal idaman iaitu Honda RS150r. Jangan tanya kenapa suka moto clutch ini. Sebab cik en sendiri pun tak tahu kenapa cik en suka. Hahahahha
8. Terpilih jadi blogger jemputan untuk SAFI
Rasanya ini pencapaian terbesar cik en dalam dunia blog. Menjadi blogger jemputan untuk Event promotion SAFI OxyWhite di Kedah. Lamanya cik en tinggal dunia pengacaraan ini. Kali itu dijemput untuk berkongsi rahsia kecantikan. Best sangat dan ianya mewarnakan dunia blog cik en tahun 2018
9. Beli jam idaman - Ice Watch
Selepas obses dengan G shock cik en mula sukakan Ice Watch. Walaupun tak mahal mana cik en anggap ianya reward dari hasil berblogging selama setahun. Cik en beli masa 11.11 di Shoppe. Harga asal hampir RM300 tapi cik en berjaya dapat dengan harga RM150 saja
10. Beli Kamera Idaman
Anyway cik en tak share pun pembelian ini di mana mana media sosial secara rasmi. Kamera yang cik en pilih adalah Olympus Pen E-PL9 dengan harga teeeeettttt.. hahahah tak nak beritahu.. Rahsia. Cik en pilih yang Limited Edition warna biru. Dan guees what, caps lens cik en dah hilang walaupun masih baru pakai. Tak tahu la letak mana. Nak beli baru pun tak tahu kat mana. HUrmmm...
Tags:
lifestyle
Wahhh.... Tahniah Cik EN... Semoga impian di tahun 2019 ini juga akan tercapai.
ReplyDeletePaling best sebab header blog dah cantik! berterbangan kauuu haha
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteWah.. Tahniah Cik En..
ReplyDeleteSha doakan semoga Cik En akan kembali gembira dan sembuh dari depression.. Kuatkan semangat ye..