Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka

Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka | Asalnya nak menaip entri trip ke Kedah dan Penang dulu tapi biarlah nak story pasal yang kecewa dan menyedihkan ini dulu. Cik en hanya meluahkan perasaan kecewa dan terkilan dengan staf dan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin kerana kami nampak biasa biasa dan sikap mak cik en suka bergurau senda buat pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini seakan akan marahkan kami. Mungkin juga mereka tak mahu lagi datang kesini lagi sebab itu dibuatnya begini.


Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka

Kisahnya bermula pada 16 Disember 2018, kami sebenarnya trip ke Kedah dan Penang untuk kenduri dan percutian keluarga. Dan Pantai Merdeka adalah perhentian terakhir kami sebelum kami pulang ke Perak. Cik en pernah sampai ke sini 2 tahun lepas bersama trip kawan kawan dan adik cik en. Untuk kali ini cik en dan adik bawa mak abah kami. Disebabkan mereka datang berpuluh puluh tahun dulu, cik en bercadang bawa mereka kesini untuk melihat kawasan Pantai Merdeka yang dulunya tak semeriah ini.

Selesai berjalan jalan, hari mula hujan dan cik en pun ajak la mak cik en ke kedai berhampiran nak pekena ABC Gunung Jerai yang terkenal disini. Cik en memilih kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang sebab tertarik dengan kemeriahan warna warni. Ini cik en pujilah sebab dia pandai gunakan warna yang menarik untuk menarik pelanggan termasuklah cik en.

Abah cik en lambat sikit sampai dan kami memesan makanan dan minuman terlebih dulu. Awalnya ada rasa pelik sikit, kedai makan tapi tiada air suam dan air kosong. Tapi boleh buat air panas dan sejuk yang lain. Tapi cik en hormatilah mungkin mereka ada masalah dengan sumber api mereka kot. Hahahhaa.. Kami memesan ABC Gunung Jerai, mee udang, mee sotong dan air mineral.

Hampir 10 minit, mee udang dan mee sotong sampai. Wow! cepat juga mereka serve. Cik en hirup kuah mee udang dan nampaknya sedap dan pekat. Masa itu dah lupa dah kes air suam itu. Tak sampai 10 minit lagi ABC Gunung Jerai pun sampai. Tapi dalam keadaan senget seperti dibawah ini


Tapi tak apa la, mungkin dah senget kan. Masa ini abah cik en sampai dan nak order. Belum lagi abah cik en order, pelayan terus pergi (kebetulan ABC sampai) Abah cik en biasalah nak tengok menu yang ada. Lepas itu abah cik en pun pergi la order di kaunter dan cakap la, "mungkin air kosong dan air suam tak berbayar, sebab itu tak disediakan" sebabnya dia pun order air suam juga masa itu. Dan masa itu juga order la mee goreng udang. Al kisahnya pula, ABC kami tumpah dan kami pun masukkalah dalam pinggan dibawah itu sebab diatas dah penuh. Disebabkan banyak, ada ABC yang kami tak masukkan balik dan mencair sehingga basahkan meja

Bila mee goreng udang dihantar, abah cik en minta kemaskan ABC yang tumpah itu dan staf itu boleh pula lap ABC yang tumpah dan masukkan dalam bekas ABC yang kami baru separuh makan. ABC masih tak habis lagi. Dan tiada maaf dan ganti rugi dari pihak kedai. Adik cik en pun katalah " Boleh la kot separuh harga, kami tak habis makan lagi ini" Staf itu kata " boleh" . Sebabnya kami rasa ABC Gunung Jerai Kak Cik ini sedap.


Sampai waktu membayar, cik en bagi duit dan suruh adik yang bayar sebab manatau boleh dapat diskaun sebab kecuaian staf Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka. Masa bayar dengan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, adik cik en pun bercerita tapi dengan nada marahnya pemilik itu berkata " Saya Bos, saya kata tak boleh, tak boleh la. Tak ada orang makan ais dalam pinggan itu" . Masa itu adik cik en kata, ada beberapa orang pandang dia dan dia berasa malu di katakan sebegitu didepan orang.

Adik cik en marah juga dan terus ke meja dan mengadu pada kami, cik en marah juga masa itu tapi itu tempat dia. Semestinya dia akan kata "SAYA BOS" so dari bertekak dengan orang yang rasa dia hebat, baik cik en biarkan.

Tapi kan cik/puan bos Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, ABC itu kami bayar, suka hatilah kami nak makan atas pinggan ke, atas sudu ke, pakai tangan ke. Itu rasanya cara kami makan. Tak kena mengena dan perlu ikut peraturan ditetapkan oleh sesiapa.

Harga untuk Mee Udang, Mee Sotong, Mee Goreng, ABC Gunung Jerai dalam RM47.00++ dan bab duit bukan satu masalah besar bagi cik en. Sesekali datang kan? Tak apa la mahal walaupun cik en ada tengok review di Google harga di kedai ini mahal.

Ingat lagi cik en masa cik en datang sini 2 tahun lepas, memang mereka tak suggestkan ke kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin sebab ini la kot. Kebetulan kawan adik pun ada disitu dan berasal di kawasan itu dan dia sendiri pun sebenarnya tak suggest untuk kami makan disini.

Apa apa pun, kalau layanan dia baik, kemungkinan cik en akan buat satu entri yang boleh bantu promosi perniagaan dia tapi disebabkan itu, cik en boleh kata yang cik en Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Cik en hanya boleh kata, pelanggan ini pembawa rezeki pada peniaga. Dengan sorang pelanggan boleh viralkan dan dengan sorang pelanggan boleh menjatuhkan.

Harap korang ke sana dan makan di kedai ini tak kena la macam cik en ini. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

20 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bencinya jenis marah marah depan orang ni

    ReplyDelete
  2. Tak suka kalau jenis peniaga macam ni...sabar ye cik ein..dugaan kan...

    ReplyDelete
  3. Boikot. Tak kemana kalau nak sombong. Customer punca rezeki. Takde customer bankrap. Panas lah tgk kalau owner kedai mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Xyah g dah la gitu..bad review org lain jugak..

    ReplyDelete
  5. oii mana ada orang pi makan kat situ.. cekik darah woi.. nak makan mee udang ka apa ka pi pulau Sayak..

    ReplyDelete
  6. Ok dah take note takkan pi kedai ni if dtg sini. huhu

    ReplyDelete
  7. sy org cni, dan sysy xkan mkn kt atas gerai² tu..mahal xberbaloi..nk mee udg sdp, udg fresh p pulau sayak..nk bihun sup, laksa sdp, mkn kt hjg pantai merdeka, tepi bukit penjara..dkt org naik bbot..murah dr atas gerai tu dan sdp..

    ReplyDelete
  8. sy org cni, dan sy xkan mkn kt gerai atas tu..mahal dan xsedap..nk mee udg sdp, udg fresh, p mkn kt pulau sayak..nak bihun sup dan laksa sdp, mkn kt hjg pantai merdeka tmpt org naik bot tu, ctu murah dan sdp..gerai atas tu kalau org cni mmg xkn p..xberbaloi..

    ReplyDelete
  9. Nk mkn mee udang fresh &sdp kt pulau syk....

    ReplyDelete
  10. Kalau nak rasa mee udang lagi kaw, boleh ke restoran mee udang pulau sayak. Lagi best makan sebab sebelah dgn pantai berpasir & nampak pulau sayak kat sebelah tu.

    Pantai merdeka tu tempat rekreasi ok la, main layang-layang, duduk-duduk bawah pokok rhu sambillayan angin petang. Nak makan, boleh ambik yang ringan-ringan macam rojak buah yang jual kat tepi pantai je.

    Nak best lagi, pergi ke seberang (Tanjung Dawai) naik bot ramai-ramai.Ada juga tempat makan harga patut & beli ole-ole.

    Kalau nak makan-makan kat astaka Pantai Merdeka tu memang agak mahal sikit kalau tak pandai pilih kedai. Nampak je macam menarik, tapi biasa-biasa je rasanya.

    ReplyDelete
  11. Omaigod.. Poyo gilosss...
    Xsepatutnya ckp mcm tu kot.. Kalau dia potong rm1 pun customer rasa heppy kot

    ReplyDelete
  12. Nasib baik terjumpa blog post ni,kalau tak naya saya jugak!

    ReplyDelete
  13. Prnh jg mkn ABC di Pantai Merdeka ni, tp x tau kedai mn 1. Lupa dahhh

    ReplyDelete
  14. Sombong sungguh peniaga tu. Kat situ mmg mahal pun.

    ReplyDelete
  15. OMGGGG knapa la sy xjumpa blog cik en ni awal² ..saya dah prgi dh hritu ..pelayan muka bengis je ..bos dy plk mcm berlagak ..tp sy ngn asben bt xtau ja sbb seronok kan ..masa tu ayah sy pun dtg lmbt jgk ..and sma mcm cik en kena taksempat amik order dah jalan biadap !! then sy bt la vid psal abc gunung jerai tuu ..bos dy dtg ..bos kata nk bt review ke ..asben jawab la takla nak buat vid suka² je ..bos dy jln msok kdai blik ..tp msa dy jln tu asben dgr mcm 'ingatkan dtg buat review stkt vid suka² baik xyah' ..

    asben ngn ayah sy mkn cpt² abc gunung jerai tu pun tinggal ..mcm marah ..rupanya sebab asben sy xpuas hati layanan kt situ ..tu diorg makan cpt² nk balik ..

    kalau ingat balik mcm nk maki jeee ...aihhhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post