Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman| Tiap kali terfikir nak bercuti ke Cameron Highlands mesti cik en akan tercari cari pilihan hotel yang terbaik dan sesuai dengan siapa cik en bawa. Minggu lepas cik en bawa anak angkat cik en, Firman dan ibunya Ekin untuk bercuti di Cameron Highlands. Selalunya bercuti dengan kawan kawan jadi mana mana hotel macam boleh saja untuk menginap tapi bila bawa Firman yang berusia 1 tahun 9 bulan ini, semestinya cik en kena memilih tempat penginapan yang selesa dan mesra kanak kanak. Disebabkan itulah cik en memilih Avillion Cameron Highlands untuk percutian kali ini. | Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman
Avillion Cameron Highlands |
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman
Lebih kurang 8 malam kami sampai di Avillion Cameron Highlands dari Ipoh. Mulanya keliru juga tempat parking tapi dah keliling 2 kali baru nampak parking dibahagian bawah hotel. Ada ruang khas untuk pelanggan hotel yang berhampiran dengan lift. Settle ambil barang kami menuju ke lift dan lobi di tingkat 3. Selesai pendaftaran semua kami dibawa menuju ke bilik kami.
Avillion Cameron Highlands ini terletak di Tanah Rata dan mempunyai 4 jenis bilik iaitu Superior Studio, Deluxe Studio, 2 Bedroom Suite dan 2 Bedroom Premium Suite. Disebabkan kami bertiga saja, jadi kami memilih Superior Studio. Ingatkan kecil tapi besar juga siap dengan kitchenette.
Firman sangat teruja dan bila masuk bilik terus dia kata woww! Dalam bilik ini ada katil 1 king size atau 2 single size dan dilengkapi perabut large workdesk serta kitchenette. Iron dan board juga disediakan.
Apabila ada kitchenette memudahkan ibu ekin untuk bancuh susu firman. Tak perlu nak masuk ke bilik air. Terjamin juga kebersihannya bila ada kitchenette ini.
Bila Firman masuk bilik air, dia pun cakap wow! wow! Mungkin nampak besar dan nampak sangat excited dia itu. Hahahhha
Dia punya excited itu sampai malam dia tak tidur dan berlari lari sana sini dan tengok muka sendiri di cermin besar. Kami pula yang terkebil kebil melayan dia. Hahahah.
Esoknya kami breakfast agak lewat disebabkan Firman yang extra energy semalam tak tidur awal. Hahahha. Dining dia pula berhampiran dengan lobi hotel dan memudahkan pengunjung. Kebetulan bilik cik en sebaris dengan lobi dan dining jadi lepas breakfast kami masuk berehat dulu di bilik sebelum bersiap untuk keluar.
Selesai breakfast kami terus bawa Firman bermain di playground. Playground ini dikawal sepenuhnya dengan pengawal keselamatan.
Sebelah petang cik en bawa mereka berjalan jalan sekitar hotel dan cik en baru tahu, dibawah hotel ini ada mall. Ada Guardian, OldTown, kedai serbanika dan kedai kedai yang lain. So mudah la kalau korang nak beli apa apa. Just turun kebawah boleh guna eskalator di lobi.
Untuk pengetahuan korang, korang tak leh naik ke tingkat atas jika tiada card access jadi jangan sesekali tertinggalkan card access korang. Kalau tak kena la ke lobi untuk dapatkan card access.
permandangan dari tingkat paling atas |
Selain itu ada bilik meeting untuk event atau perjumpaaan |
Sepanjang kami menginap di sini, kami sempat berjalan jalan tempat menarik di Cameron Highlands. Walaupun tak dapat explore semua disebabkan hujan dan Firman yang letih tapi berjaya juga cik en bagi dia explore sendiri tempat tempat itu. Tempat menarik itu cik en akan story di next entri.
AVILLION CAMERON HIGHLANDS
C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata
Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia
T +605 5000 333
Tags:
media
best ni. nak try suggest kat suami lah. kami nanti 29-30hb pun cadang nak ke cameron jugak. hehe
ReplyDeleteWahhhhhh mmg best la hotel dia
ReplyDeleteberapa RM satu mlm ni..beso!! JM mampun stay rumah RPP jek hihih
ReplyDeletewah bestnya avillion cameron ni selesa sgt. tapi kalau mandi pool tu sejuk sgt tak
ReplyDelete