Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah | Siapa suka Char Kuey Teow? Kalau korang obses dengan Char Kuey Teow korang geng dengan cik en. Walaupun asalnya char kuey teow masakan masyarakat orang cina tak berkuah tapi dimelayukan dengan ada kuah, kedua duanya adalah kegemaran cik en dulu, kini dan selamanya. Entri kali ini cik en nak kongsi port char kuey teow utagha yang ada di Sungai Petani. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah
Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah
Percutian keluarga ke Sungai Petani adalah percutian tak dirancang. So bila tak dirancang cik en memang tak ada google atau survey tempat makan menarik di kawasan ini. Macam biasalah, disebabkan kawan facebook cik en tinggal di merata rata tempat cik en pun ada tanya dan kawan cik en Syazwani ada suggestkan makan di Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah. Settle check in hotel terus kami waze ke Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini.
Sampai Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, terus cik en ambil menu dan order yang menjadi pilihan pelanggan mereka iaitu Char Kuey Teow Lobster Menengah. Keluarga cik en termasuk tunang adik cik en pun order yang sama. Selain itu ada Char Kuey Teow Lobster Tadika dan Char Kuey Teow Lobster Rendah. Padan la nama dia Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah sebab menu dia pun ada tadika, rendah dan menengah. Perbezaannya adalah seperti berikut :
- CKT Lobster Tadika : CKT + lobster
- CKT Lobster Rendah : CKT + Lobster + Udang
- CKT Lobster Menengah : CKT + Lobster + Udang + Telur Goreng
Ini review jujur dari kami, rasanya macam CKT yang lain tapi Lobster dia terbaik la. Goreng rangup cuma cik en bukan peminat Lobster jadi tak tahu macamana nak makan secara betul.Hahhahaha. Udangnya pun banyak dalam 5 ekor dan tambahan telur goreng itu cik en suka. Adik adik yang layan kami sabar dengan kerenah kami dok tanya itu ini. Siap terang apa maksud tadika, rendah dan menengah. Bagus sangat service mereka. Recommended sangat!
Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan? Kami order CKT Menengah 5, air suam, teh ais, teh panas, air kosong dan teo o limau ais dan cik en bayar around RM 78. Murah.. Sangat murah bagi cik en. Cuma kalau korang tengah lapar better minta lebih kuey teow.. Hhahahah. Tempat dia nampak kecil dan masa kami datang memang tak ramai so tak ada la masalah tempat duduk. Selain dari CKT ada nasi lemak lobster cuma dah kehabisan masa itu.
Insyallah next ke Sungai Petani cik en nak repeat nasi lemak lobster hampa pula ye Budak Sekolah. hahahah. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah di
Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah
Sungai Jagong
08000 Sungai Petani
waze : Budak Sekolah Char Kuey Tuaw
p/s : ada yang kata cik en menutup periuk nasi orang dengan entri INI tapi kalau sedap, layanan bagus cik en akan review seperti Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, Tak adanya cik en nak mendengki sebabnya cik en tak jual la apa kak cik tu jual.
Okey..bleh masuk wishlist..
ReplyDeletebookmark dlu..kot mana tau nak ke sana nanti...boleh la cari
ReplyDeletesedapnya! Rasa macam nak balik kedah sekarang
ReplyDeleteHuwaaa 😭😭😭 ngidam char kuey teow. Rindu SP 👉👈
ReplyDelete