10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi | Singapore atau Singapura adalah salah satu negara impian cik en untuk dilawati. Disebabkan pertukaran matawang dari Malaysia Ringgit ke USD Singapore buat cik en perlukan masa untuk membuat simpanan. Tapi sebenarnya ada 10 tempat menarik dan percuma di Singapore yang boleh kita kunjungi dengan perbelanjaan 100 SGD Singapore sahaja. Ini pengalaman cik en sendiri dan ianya berbaloi untuk cik en yang buat trip travel ke Singapore last minit ini. | 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi


10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

Sebenarnya lebih daripada 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi tapi disebabkan ianya trip sehari. Rasanya ianya cukup untuk kita kenali Negara Singa ini. Jom kita tengok 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi ini, manatau boleh masuk dalam checklist korang apabila datang ke sini.

1. Sentosa Walk



Sampai di Singapore Cruise terus kami berjalan kaki menuju Pulau Sentosa. Ada pilihan untuk naik cable car atau Sentosa Express (ala ala monorail kalau di Malaysia). Tapi dengan berjalan kaki kami dapat explore tempat dengan lebih dekat. Walaupun berjalan kaki sebenarnya sepanjang laluan Sentosa Walk ada disediakan escalator. 

2. Universal Singapore Studio



Sepanjang perjalanan kami ke Universal Singapore Studio kami melalui Trick Eye Museum. Kemudian ke laluan cafe dan seterusnya menuju ke Universal Singapore Studio ini. Disebabkan kami pergi hari sabtu memang ramai sangat orang. Jadi ikut turn la untuk bergambar. 


3. Merlion Sentosa



Checkpoint kami seterusnya adalah Merlion Sentosa. Mulanya cik en ingat inilah tempat yang orang ambil gambar tapi pelik tak ada pula air keluar ikut mulut. Rupanya yang itu di Merlion Park. Hahahha. Dari Universal Studio kami ambil Sentosa Express ke sini dan ianya adalah percuma. 

4. Madame Tussauds Singapore



Melalui Merlion Sentosa kami menaiki escalator ke atas. Kami menuju Madame Tussauds Singapore yang mepamerkan patung lilin aktor, pemimpin negara luar dan orang orang berpengaruh. Untuk masuk sini perlu bayar tiket tapi diluar dan kedai cenderahati mereka ada juga dipamerkan patung lilin. Ada Brad Pit, Lady Gaga dan ramai lagi. Selain itu boleh beli ole ole di kedai ini juga. Tapi cik en masih berjaya tidak mengeluarkan apa apa wang ringgit lagi. 

5. Makan Tengah Hari di Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam



Dah masuk tengah hari mula la lapar dan terus cari port makan. paling famous di Singapore adalah Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam. Cik en pilih Mutton Briyani dengan harga 7 SGD, Murtabak Sardin 5 SGD dan Tea O Limau Ais 2 SGD. Total 14 SGD. So ada baki 86 SGD lagi. Menu ini sedap dan banyak juga. Murtabak dia itu ok la. Tak la nak kata sedap sangat cuma murtabak sardin itu penuh dengan inti


6. Masjid Sultan



Selesai makan kami singgah di Masjid Sultan yang berhadapan dengan kedai makan tengah hari. Terletak di Kampung Glam. Didalam Masjid ini ada ruang untuk non muslim mendapat info masjid dan agama Islam. Non muslim yang berpakaian agak terbuka akan diberi jubah sebelum masuk ke dalam ruangan tersebut. Masuk percuma. 

7. Merlion Park 



Ha, ini la tempat wajib untuk selfie bila datang Singapore. Merlion Park. Sememangnya ramai sangat orang jadi berebut la menunggu turn untuk bergambar. Ini pun masih percuma untuk korang lawati

8. Beli Ole Ole di Singapore Souvenir Centre



Ini tempat kami shopping ole ole. Cik en habiskan hampir 80 USD untuk beli keychain, fridge magnet dan baju. Di kawasan ini banyak lagi kedai kedai yang lain disebabkan kami kejar masa kami hanya terus shopping semuanya disini. Dan kedai ini juga menerima matawang selain USD Singapore. 

9. Gardens By The Bay



Sebenarnya kami tak bernasib baik. Sebab kami sampai, hujan dan ada kilat. Jadi kami tak dapat nak naik di jambatan diatas itu. Kalau nak naik rasanya kena bayar tapi cik en tak pasti berapa. Apa apa pun tempat lain disekitarnya menarik juga. 

10. Marina Bay Sands Light and Water Show



Awseome!!! Itu perkataan yang keluar dari mulut cik en selepas 15 minit light and water show ini. Best! terpegun cuma biasalah ramai orang kan. Jadi video pun tak berapa cantik masa itu. Pertunjukkan bermula 8.00 malam sehingga 8.15 malam. Sesi kedua 9.00 malam hingga 9.15 malam dan kalau hari jumaat dan sabtu ada pukul 10.00 malam hingga 10.15 malam. Disini percuma. Korang boleh tonton kesemuanya kalau tak puas dengan sekali. Hahahha


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post