Umur Kucing Betina Boleh Mengawan | Rajin pula cik en tengok keyword untuk hari ini. Dalam banyak banyak cik en tertarik nak kongsi Umur Kucing Betina Boleh Mengawan. Kebetulan hari ini ramai yag bertanya Umur Kucing Betina Boleh Mengawan di klinik. Alang alang tengah ada mood menaip niche veterinar (rasanya dah lama tak kongsi niche ini) cik en nak beritahu Umur Kucing Betina Boleh Mengawan.
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan |
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan
Anyway cik en sendiri ada pengalaman dengan kucing pelanggan klinik. Boleh dikategorikan masih anak kucing. Anak kucing itu nama Suci. Tapi dah ternoda. Hahahha. Owner kurung sekali dengan kucing jantan lebih kurang 1 tahun. Owner sendiri tak sangka harapkan pegar, pegar makan padi. ahahhaha. Suci beranak sulung berumur 6 atau 7 bulan. Kucing bunting around 2 bulan atau 58 hingga 67 hari. Jadi kemungkinan Suci mula mengandung umur 4 atau 5 bulan.
So Umur Kucing Betina Boleh Mengawan bermula 4 bulan ke atas. Tapi.. cik en tak galakkan kucing ini jadi ibu muda. Sebab akan berlaku banyak masalah seperti
- Si ibu kemungkinan terbantut pertumbuhbesaran
- Si ibu susah untuk gemuk selepas itu
- Anak kemungkinan tak cukup gizi sebab si ibu pun belum cukup gizi dalam badan sebab masih muda
- Anak mungkin tidak sihat dan kerap sakit (kurang antibodi)
Tapi ada saja yang ok, cuma elakkan jadikan anak kucing sebagai ibu muda. Biarlah dia cukup besar around 10 bulan ke atas. Kalau pendapat cik en biarlah umur setahun ke atas. Bagi kucing betina ini selesai develope badan semaksima yang boleh sebelum berkongsi dengan anak anak. Ibu yang sihat dan baik serta penjantan yang berkualiti akan hasilkan anak anak kucing yang terbaik.
Tags:
kucing
comel je cara cik en cerita hahaha elakkan kucing jadi ibu muda >< sha selalu jugak tengok kucing kecik tapi mengandung
ReplyDeleteHihi. . Ingat manusia ja jadi ibu muda. .Kucing pon bole jadi ibu muda
ReplyDeleteRisau juga ni. Ada anak kucing betina umur area 3-4 bulan asyik kena kacau. Tak memasal jadi ibu muda anak kucing ni. Haha.
ReplyDeleteKucing saya around 4-5 bulan dan ada tanda2 nak kahwin. Mengeow dengan kerap dan angkat2 punggungnya.. apa saya nk buat ye. Saya tak nak kucing saya jadi ibu muda
ReplyDeleteSelalunya untuk peringkat awal asingkan dulu.. klu x seawal 6 bulan boleh mandulkan
DeleteKak en , kalau kurung anak kucing jantan dan betina sekali tapi umur sama sama 3 bulan ada kemungkinan mereka mengawan kah?
ReplyDelete