Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar | Cik en keluarkan entri ini secara spontan selepas membaca komen pending untuk entri Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) . Ada yang bertanya macamana nak hilangkan air liur berlendir. Kalau Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana virus ini cik en nak kongsi sikit realiti sekarang.  Sebenarnya virus ini semakin lama semakin bijak. Jika dulu bermusim sekarang anytime boleh kena. So cik en nasihatkan untuk mana yang ada anak kucing baru putus susu atau anak kucing ketiadaan ibu, bawalah ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin. Better bawalah ke klinik veterinar daripada kedai haiwan kerana disitu ada doktor veterinar bertauliah yang akan buat pemeriksaan sebelum suntikan vaksin dibuat. Berbalik kepada tajuk cik en tadi Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar cik en akan terangkan dibawah

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar


Air Liur Kucing Meleleh Keluar ada beberapa faktor tak semestinya virus. Kadang kadang kerana 

  1. Ada benda asing dalam mulut seperti Kemuncup atau Tulang
  2. Masalah gigi
  3. Masalah pernafasan
  4. Virus
  5. Ketakutan
  6. Kucing rasa terlalu "bahagia" (Selalunya kalau cik en suka garu peah bahagian belakang dia akan feel sampai meleleh air liur. ahhahaha)
  7. Keracunan 
  8. Kanser

Selain itu kalau nampak Air Liur Kucing Meleleh Keluar korang kena tengok dalam mulut kucing.  Buka mulut kucing dan perhatikan lidah, gusi dan lelangit. Pendek kata kesemua bahagian dalam mulut kucing. Ini rupa mulut kucing yang normal dan sihat


Dan ini pula gambar mulut yang tidak normal atau sakit



Tak banyak yang boleh cik en tolong untuk rawatan di rumah tapi kalau ada kes Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana 
  • Kemuncup atau tulang, korang kena keluarkan. Kalau nampak luka, kena bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan antibiotik dan anti radangan.
  • Kalau sebab ketakutan dan terlalu feeling (ahahahahha) yang itu tak ada masalah biasa la. Cuma kena bagi mereka calm down saja. 
  • Kalau keracunan boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
  • Masalah gigi perlu buat scalling gigi di klinik veterinar
  • Kalau kerana virus korang kena bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk dapatkan rawatan seperti ubat ulser, antibiotik, radangan dan sebagainya. 

Nasihat cik en, kalau kes melibatkan kesihatan kucing, please refer klinik veterinar atau kedai haiwan yanga da DOKTOR VETERINAR. Banyak kes pemberian ubat tanpa doktor ini bawa kesan yang lebih teruk pada kucing. 

Sumber gambar : 
  1. https://www.healthypawspetinsurance.com/blog/wp-content/uploads/catmouth.jpg
  2. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120433young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  3. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120440young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  4. https://i.ytimg.com/vi/-n29oZLffU0/maxresdefault.jpg
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

23 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Terima kasih.
    maklumat yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Kucing saya menyorok x mau mkn.bila jumpa tengok ada keluar air liur dan lidah terjelir. Sy akan bawanya ke klinik hari ni. Thnks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan. Sama kucing sy. Tapi tgok lidah dia ada ulcer

      Delete
  3. Kucing sy baru meninggal disebabkan keracunan..symptomnya Hari 1 - Kerap minum air yang banyak dan selalu kencing dan kurang selera makan. Hari ke 2 - Muntah semua makanan sehingga keletihan dan lesu. Hari ke 3 - Mulut berdarah dr vat bagitahu gusi berdarah dan terdapat kerosakan pada gigi lalu doktor beri suntikan air ke tangan sebagai rawatan dan dia kembali cergas selepas tu darah xberhenti keluar dari mulut dan buntut..dr beri vitamin K..selepas tu nadi menjadi lemah lalu diberi CPR namun tidak berjaya dan akhirnya pergi menemui penciptanya. Sedih sgt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kcg sy tgh skt dgn tba2 bgi mkn xnk biasa aktif sgt2.sdh ase jga dri kck cmni plk..msim pykt kcg ke ps seko2 skit.bgi mkn ubt dah..ibu kcg sht da ank plk..😥

      Delete
  4. kucing saya baru mati tadi .. ya allah .. sedihnyaaaa ..

    ReplyDelete
  5. Kucing saya kalau time tidur selalu keluar air liur. Risau la tak tahu kenape. Nk Kate ade ulser takk sbb die makan okay. Cume die kuat tidur n air liur die akan meleleh :)

    ReplyDelete
  6. Kucing saya dh seminggu tk mkn air liur asyik keluar.Saya Tak tau apa jadi selepas ni;(

    ReplyDelete
  7. Kucing sy pun meleleh air liur..dri smlm dia hilang entah kemana cri tk jumpa..kalau dakit dia suka lari menyorok...sedih laa

    ReplyDelete
  8. Kucing saya berjangkit dgn kucing lain trus air liur meleleh je"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sama kucing sy pun mybe terjangkit jugak sebap 2ekor sama je melilih air liurnya...

      Delete
  9. Kucing saya kurang selera makan dan cirit birit...air liur dia pom keluar keliling mulut..kenapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada faktor masalah dalam mulut.. klu masih belum vaksin kemungkinan tanda2 virus parvo

      Delete
  10. Kucing sy...da vaksin..makan dan minum selera...still keluar air liur gak... insyaallah esok cuba bawa ke klinik

    ReplyDelete
  11. Salam kucing saya air liur meleleh sbb kt bibir bawah mcm ada luka kena gigi taring dia..sblum ni xda pon jd mcm ni...

    ReplyDelete
  12. Salam...kucing saya air liur meleleh jugak...dah seminggu dah...pergi vet doc ckp sebab cuaca panas..jadi kalau kita nak mandikan dia boleh X??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mandikan tapi jangan jurus terus.. mulakan dengan lap2 bulu dia dgn air.. tengok reaksi dia..

      Delete
  13. saya pun sama...air liur keluar pastu die cirit..

    ReplyDelete
  14. Assalmaualaikum doktor.. Dah 2 hari kucing saya tak mau makan..memencilkan diri je tk mau di pegang.. hari ni air liur die asyik kluar je serta mcm susah sikit nafas..pastu die akan batuk kuat cam nk muntahkan sesuatu.. Dia 7 bulan dan belum vaksin.. Kenapa hea dictor? Ouh yea dia out door cat

    ReplyDelete
  15. salam, kucing saya mula2 telinga dia sakit asyik garu2 sampai bernanah, dh bawa ke vet dr just cuci dan bagi ubat. buat test parvo dia negatif. tapi symptom2 tu similiar sangat dgn parvo. saya keliru. dr di vet dah buat test and result negatif. ini dah 4 hari kucing saya lemah dan tak nak makan langsung

    ReplyDelete
Previous Post Next Post