Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion Pilihan Cik En

Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion Pilihan Cik En | Kulit cik en memang sejenis yang kering. Lagi lagi di siku dan lutut sampai tahap lutut cik en luka merekah sebab terlalu kering. Mungkin cik en kurang minum air lately ini buat kulit cik en bertambah tambah kering. Kebetulan cik en diberi peluang mencuba Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion dalam seminggu ini. So ingat nak share la dengan korang Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion yang menggunakan Oats sebagai bahan utama. | Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion 

Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion 

Apa yang cik en suka dengan Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion ini adalah dia tak wangi langsung. Fragrance free dan boleh bertahan sehingga 24 jam.


Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25) 

Melegakan kekeringan kulit dalam 1 hari. Losyen yang menyegarkan ini terbukti secara klinikal mampu memulihkan keadaan kulit kering anda dalam masa 24 jam dengan peningkatan yang ketara dalam masa 2 minggu. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya, losyen ini membantu mencegah dan melindungi kulit kering sepanjang 24 jam. Losyen ini menjadikan kulit anda terasa lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi dan ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Losyen ini juga bebas daripada pewangi, tidak berminyak dan bukan komedogenik.


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini di Malaysia! 

Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup. 
Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi. 
Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®. 
Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya. 
Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif. 


Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi. 
ACTIVE NATURALS – ramuan daripada sumber semula jadi yang memberikan kebaikan sebenar! 
Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar. 
Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit. 

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda 

Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering, rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida**:


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. first time dengar produk ni, sha pun tengah cari losyen jugak sebab jari selalu kering, boleh la try yang ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post