Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp

Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp | Sekarang ini makin ramai yang menjalinkan hubungan jarak jauh tak kira hubungan kekasih, suami isteri atau keluarga. Selalunya tuntutan kerja dan belajar ini kita tak boleh nak bersama dengan yang tersayang. Apabila tiba hari lahir, hari ulang tahun, hari ibu, hari bapa, hari kekasih mesti akan mula tercari cari surprise deliver bunga. Agak susah sebabnya untuk Surprise Deliver Bunga ini mestilah bunga dalam keadaan segar untuk surprise kan yang tersayang. Disebabkan itu, cik en nak kongsi dengan korang Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia. Jadi tak perlu nak mencari Surprise Deliver Bunga di media sosial dan tak tahu ianya boleh dipercayai atau tidak kan? | Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp


Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp

Flower Chimp boleh hantarkan Surprise Deliver Bunga dengan keadaan yang segar, secara percuma dan boleh dipercayai ke 

  1. Surprise Deliver Bunga sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - KL Kepong Sentul Kota Damansara Wangsa Maju Old Klang Road Kuchai Lama Klcc Damanasra Setapak Midvalley Sri Petaling Bangsar Brickfields 
  2. Surprise Deliver Bunga sekitar Selangor - Shah Alam (Bh) Banting Seri Kembangan Gombak Sunway Pandan Indah Selayang Taipan Sungai Buloh Setia Alam Kelana Jaya Kota Kemuning SS2 Bangi Cyberjaya Puchong Klang Rawang Kajang Subang Batu Caves Alam Budiman
  3. Surprise Deliver Bunga sekitar Johor - Segamat Muar Kulai Kota Tinggi Skudai Batu Pahat Senai Johor Bahru Kluang
  4. Surprise Deliver Bunga sekitar Kedah - Kulim Langkawi Alor Setar Sungai Petani
  5. Surprise Deliver Bunga sekitar Kelantan - Kota Bharu
  6. Surprise Deliver Bunga sekitar Melaka - Melaka
  7. Surprise Deliver Bunga sekitar Negeri Sembilan - Nilai Port Dickson Seremban
  8. Surprise Deliver Bunga sekitar Pahang - Kuantan
  9. Surprise Deliver Bunga sekitar Penang - Bukit Mertajam Butterworth Penang Georgetown Bayan Lepas
  10. Surprise Deliver Bunga sekitar Perak - Taiping Ipoh
  11. Surprise Deliver Bunga sekitar Perlis - Kangar
  12. Surprise Deliver Bunga sekitar Sabah - Sandakan Lahad Datu Tawau Kota Kinabalu
  13. Surprise Deliver Bunga sekitar Sarawak - Bintulu Sibu Sri Aman Miri Kuching
  14. Surprise Deliver Bunga sekitar Terrenganu - Kuala Terengganu
  15. Surprise Deliver Bunga sekitar Putrajaya - Putrajaya


Siapa Flower Chimp Dan Kenapa Ianya Menjadi Pilihan Surprise Deliver Yang DiPercayai?



Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara 



“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. 

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info lain di


Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cntiknya bunga bunga tu tapi sayang kat tempat saya ta cover...hmmmmmmmmm. oh ya, nak bagitahu ni yang saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidear widget saya. suka blog ni. keep blogging

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa kalo ada yang hantar munge2 cantik ni kat kiteee =D

    ReplyDelete
  3. wow, boleh delivery kat diri sendiri ni

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha Nurfuzie..
    Next time boleh cuba order Flower Chimp ni sebab ada delivery di Seremban..
    Sekarang mudah semua di hujung jari.. By the way thank you for sharing..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post