BlueBlue Playland Ipoh Perak Playground Indoor Untuk Kanak Kanak

BlueBluePlayland Ipoh Perak | Minggu lepas cik en berkesempatan ke BlueBluePlayland Ipoh Perak bawa anak buah cik en sempena cuti sekolah yang baru bermula. Cik en pun baru tau wujudnya BlueBluePlayland Ipoh Perak ini dan tak sangka ianya sangat fun pada kanak kanak dan cik en sendiri. Hahahha. Di BlueBluePlayland Ipoh Perak ini taman permainan yang cik en rasa sangat sesuai untuk kanak kanak seawal boleh merangkak sehingga dewasa. Kawasan permainan ini besar dan selamat untuk semua peringkat umur. | BlueBluePlayland Ipoh Perak 

BlueBluePlayland Ipoh Perak 

BlueBluePlayland Ipoh Perak sebenarnya anjurkan Blogger Gathering sempena cuti sekolah ini. Cik en mewakili www.nurfuzie.com bawa 3 orang anak buah cik en iaitu Aina Kamilia (Akak), Nabil dan Najwa untuk bersama cik en. Happy dorang bila mak long depa ini ajak dorang. Masing masing excited nak main permainan yang ada. Nak cari BlueBluePlayland Ipoh Perak senang je, korang boleh cari Magicboo Gunung Rapat atau Old Town Gunung Rapat. Masuk di bahagian belakang bangunan dan parking di bawah bangunan. 


Selesai parking kereta korang terus cari lift dan akan nampak signboard ini dari jauh


BlueBlue Playland Ipoh Perak di tingkat 2 bangunan ini dan jangan risau dalam lift akan ada tulis BlueBlue Playland di button level. 


Sampai saja, cik en disambut dengan mesra oleh petugas dan cik en harus daftarkan mereka secara manual disebabkan cik en lupa nak bawa mykid mereka sekali. Kalau ada mykid, cik en boleh terus daftarkan di kiosk saja


Selesai pendafataran, 3 beradik itu perlu diperiksa suhu untuk memastikan mereka cukup sihat untuk join permainan di sini dan seterusnya pasang tag. Ada 2 tag, satu access BlueBlue Playland dan satu lagi untuk Master Jump. Selain itu setiap seorang akan dapat stokin. Kalau di BlueBlue Playland saja akan dapat stoking biasa dan kalau untuk Master Jump akan dapat stoking grip di tapak stoking.




Level ini ada 2 tempat bahagian yang berbeza iaitu BlueBluePlayland dan Master Jump. 

Ini kawasan  BlueBluePlayland yang dikhaskan kepada bayi sehingga kanak kanak 15 tahun. Kalau anak anak jenis merangkak dan jenis tak suka dipegang. Kawasan ini memang paling terbaik untuk ibu bapa lepaskan mereka explore semua kawasan. Kawasan dia selamat dan ibu bapa atau penjaga  perlu perhatikan saja mereka. Tiada benda tajam dan setiap bahagian termasuk lantai sangat lembut dan selamat. 



Untuk aktiviti Bloggers Gathering, ada berapa aktiviti tambahan iaitu Zumba disini. Ini antara cara untuk menarik minat anak anak yang malu. Tapi 3 beradik itu tetap juga malu walaupun cik en sendiri dah join aktiviti mereka. Hhahaha. Cik en pula terkinja kinja berzumba. 



Selesai aktiviti di bahagian BlueBlue Playland kami terus ke bahagian kedua iaitu Master Jump. 

Master Jump atau Trampoline pula open untuk kanak kanak 7 tahun keatas saja. Cik en sendiri pun berkesempatan untuk bermain. Cuma stoking cik en tak sesuai untuk aktiviti ini. 


Disini, Najwa tak dapat nak main sebabnya masih umur 6 tahun. Menangis dia tengok kakak dan abang dia dapat bermain bersama. Dah dipujuk barulah dia stay dengan cik en di bahagian tepi. Cik en ajak juga untuk main Master Jump ini tapi dia tak nak. Tapi bila time nak keluar dia main tapi bila cik en tengok dia malu malu dan stop bermain. 



Oh ya, jangan risau mengenai kebersihan sebabnya kanak kanak yang masuk wajib bersihkan tangan menggunakan Sanitizer yang disediakan sebelum masuk bahagian permainan ini.


Selesai semua, pihak BlueBlue Playland buat Birthday Party untuk kanak kanak yang lahir bulan Julai dan August. 








Sambil mereka seronok makan dan cit cat dengan kawan kawan baru sempat la cik en selfie dengan rakan blogger yang join sekali hari ini. 


Selepas Birthday Party, semua kanak diberi aktiviti bebas dan 3 beradik terus masuk balik ke BlueBlue Playland. Tadi pergerakan mereka tersekat dengan aktviti dan masa mereka tunggu iaitu aktiviti bebas ini la. Mak long dia pun dah lama geram nak golek kat bola banyak itu. Hahahha




Sambil itu nak sharing dengan korang apa lagi menarik di sini. Actually, di bangunan yang sama ada Gelanggang Badminton Olympic Standard. Jadi pada bapa atau ibu yang suka bermain badminton boleh la bermain disini. Untuk pengetahuan korang, kalau korang nak belajar skil main badminton, di sini ada Lee Chong Wei Badminton Academy yang mana modul akademi ini diilhamkan oleh Datuk Wira Lee sendiri. Selain itu ada Indoor Futsal ( Master Kick)




Selain itu, locker juga di sediakan dan kornag perlu bayar RM10 sebagai cagaran. Selepas pulang kunci loker, RM10 akan dipulangkan semula. So tak perlu la risau kalau barangan personal hilang.


Jika rasa dahaga atau lapar, BlueBlue Playland juga ada sediakan F&B Area dan boleh stay dibahagian atas nya sambil tengok anak anak bermain. 


Untuk ibu menyusu, disini juga disediakan Nursing Room yang selesa dan cantik. Disediakan juga air panas dan tempat tukarkan lampin bayi. 


Tandasnya bersih dan mereka sediakan bowl toilet untuk kanak kanak. Kalau dewasa kan besar tapi bowl kanak kanak lebih kecil. 


Kalau ada yang teringin nak buat Birthday Party, BlueBlue Playland Ipoh Perak juga sediakan Event Hall yang luas untuk mereka adakan apa apa aktiviti disni. 



Mesti ada yang tertanya tanya, berapa bayaran masuk? Mahal ke? Sehingga entri ini ditulis 23 Ogos 2018, bayaran dikenakan seperti dibawah :

Kalau korang nak bawa anak anak, anak buah atau cucu (ahhahaha) korang boleh baca detail selebihnya di 

Facebook : 
Instagram : 
Alamat : 
Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat
Ipoh, Perak 31350
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kanak2 sukalaaaa tempat2 gini. parents pun pening2 lalat tatau nk bawak kemana blh bawak kesini =D

    ReplyDelete
  2. Yeaaayy..finally dpt kita berjumpa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post