Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal | Lambat pula cik en update sambungan entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal dan Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal ini. Kesibukan bekerja dan hal hal yang lain buat cik en sendiri tak sempat nak menaip entri ini. Hope entri ini dapat bagi panduan kepada mereka yang baru nak ambil Lesen Motosikal atau dalam proses mendapatkan Lesen P Motosikal.
Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal
Selepas cik en dapat Lesen L, cik en perlu belajar selama 9 Jam Setengah dan Lesen L perlu berusia sebulan sebelum layak untuk mengambil ujian JPJ. Macam cik en, Lesen L dapat 27 Jun 2018 dan layak mengikuti Ujian JPJ Motosikal selepas 27 Julai 2018. Dalam masa sebulan ini cik en perlu belajar Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3.
Sebelum mula belajar, pastikan korang thumb print untuk mengesahkan kehadiran masuk dan jangan sesekali lupa untuk thumb print keluar untuk kehadiran balik. Dari situ korang akan tahu berapa jam korang dah belajar. Sekali sesi perlu belajar 2 jam atau lebih. Tak boleh kurang kata uncle Institut Memandu itu.
Bahagian 1 Ujian JPJ Motosikal - Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
Ujian ini lebih kepada pemeriksaan motosikal seperti
- Pemeriksaan Tayar depan dan Belakang- memastikan angin bunga tayar dan keadaan yang baik
- Minyak Enjin - Buka penutup dan
- Minyak Petrol - Buka Penutup dan periksa minyak petrol
- Cermin Sisi - Pastikan
- Lampu Depan, Isyarat dan Belakang dalam keadaan baik
- Dokumen - roadtax
- No Plat depan dan belakang
- Buka sius
- Panel Instrument berfungsi dengan baik
- Lampu sisi menyala dengan baik
- Lampu Gear Bebas
- Meter Minyak Petrol
- Meter Kelajuan
- Brek kaki dan tangan
- Lampu hadapan, sisi dan belakang menyala dengan baik
- Hon
- Tongkat 2 motosikal
Bahagian 2 Ujian JPJ Motosikal
Ada beberapa ujian yang perlu korang buat dan tanpa gagal mengikut urutan
- Laluan bertiti - Tidak kurang dari 7 saat. Tips cik en kat sini, ambil lajak dalam 2 langkah sebelum garis permulaan. Pakai Gear 2 tau! Guna brek kaki kalau rasa terlalu laju dan untuk dapatkan lebih 7 saat buat kiraan satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga sampai satu ribu tujuh. Confirm 7 saat
- Laluan kon - Ada 5 kon kalau tak silap. Pastikan start dari kanan baru ke kiri
- Brek Mengejut - Gear dua ke gear tida dan brek kaki dan tangan serentak bila masuk petak dan tunggu sampai JPJ kata jalan baru jalan
- Laluan berliku - Yang ini guna gear 1 dan pastikan kaki letak di bawah gear untuk mengelak kita terfree gear
- Laluan 8 - Buat pusingan 8 setengah
- Selekoh tajam
Bahagian 3 Ujian JPJ Motosikal
Yang ini depends pada institut sebab laluan berbeza tapi ada beberapa yang sama seperti
- Motosikal dalam keadaan free gear
- Check nyalaan lampu depan, belakang sisi depan dan belakang
- Adjust cermin sisi
- Betulkan topi keledar
- Bagi lampu kanan
- Angkat tangan kanan (wajib buat kedua dua ini untuk Perak)
- Masuk gear
- Tengok kanan dan kebelakang
- Jalan
- Jangan lupa papapn tanda dan isyarat seperti lambai 3 kali untuk perlahan. Angakat tangan macam angkat sumpah untuk berhenti, Angkat tangan kanan untuk membelok
Dan alhamdulillah semua ini cik en dah selesai 9 jam setengah dan menunggu tarikh untuk ujian JPJ. Yang ini cik en akn story untuk next entry okey?
Cik nor dlu ambik lesen motor xckup pun jam sbb cikgu kata dah pandai..haha
ReplyDeleteKETAT SYARAT SEKARANG YA...
ReplyDeleteJM LEPAS DAPAT LESEN L BERLAJAR 2 JAM SAJA TERUS TANYA PENGAJAR BILA BOLEH AMBIL P...
DUK ESOK MEREKA CALL KATA BOLEH TEST JPJ...