AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur | Biasanya family day ini mestilah kita akan cari tempat di tepi laut, tepi sungai atau mana mana tempat yang jauh dari kesibukan hiruk pikuk kota tapi idea team AFB untuk buat AFB Fun Day di tengah Kuala Lumpur yang sibuk buat cik en rasa ganjil sikit. Tapi semuanya berubah bila cik en sampai di Taj Villa Kuala Lumpur. Cik en ingatkan Taj Mahal masa awalnya dan selalu tersasul menyebutnya. Hihihi. AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini kami buat pada 13 Jun hingga 15 Jun 2018. Dan ianya merupakan family day pertama cik en join semenjak masuk team AFB ini. Dan yang pasti seorang pun dari ahli join AFB Fun Day cik en tak pernah berjumpa tau! Dari malu malu biawak sampailah cik en jadi sekepoh kepoh kepah dalam masa yang sangkat singkat untuk 3 hari ini. | AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur
AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur |
AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur
Untuk aktiviti jauh sebegini cik en akan ajak adik cik en (ayang) untuk teman cik en. Cik en memilih naik ETS Gold dari Ipoh ke KL Sentral sebab sejenis yang dah malas nak drive sendiri. Kami bergerak lepas habis kerja Jumaat itu. ETS pukul 6.30 petang dan sampai 9.30 malam di KL Sentral. Untuk ke Taj Villa kami perlu menaiki LRT ke Wangsa Maju/ Sri Rampai tapi disebabkan grab cik en minta turun di Setiawangsa, cik en pun menurutlah perintah. Rupanya lepas pickup cik en mereka nak cari belacan di ST Rosyam Mart.
Belacan?? Aha... rupanya kes salah beli belacan sebelum itu untuk buat air asam untuk pencicah BBQ. Tau apa yag dibeli? Dibelinya papadom. Sebab rupanya yang seakan akan dan khabarnya ada bau belacan masa itu. Hahahha. Tapi merasa juga la cik en masuk kat ST Rosyam Mart ini. Orang kampung tak sampai lagi weiii. cik en sampai dulu.. ahhahahaha
Settle shopping belacan, kami terus la ke Taj Villa di Taman Zooview Kuala Lumpur.
Sebuah Banglo 2 tingkat dengan kolam mandi dilengkapi dengan 3 bilik, 1 bilik belajar, 1 bilik pembantu rumah, 4 bilik air, 2 ruang tamu, CCTV dengan infra red light dan motion sensor, 6 airconds, 1 TV dengan siaran Astro, Fagor Induction Cooker, BBQ Grill, Solar Hot & Cool Water, Mesin basuh 13kg sekali dengan pengering, Dapur Basah dan Kering. 15 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur dan Easy access to Mont Kiara, Bangsar, dan PJ melalui Lebuhraya DUKE. Sewa untuk semalam ialah RM1600 dan boleh muat lebih dari 25 orang satu satu masa.
Sampai saja, geng AFB dah siap buat BBQ dan cik en datang dengan malunya join makan tanpa kesempatan nak join sesi perap memerap. Sambil makan ada sesi Ice Breaking antara yang join. Yang join AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini adalah
- www.irrayan.com (mommy irra)
- www.myafarisha.com (mya)
- www.myarosli.com
- www.sayidahnapisah.com (KC)
- www.annursyuhadah.com
- www.mawarsuffi.com
- www.papaglamz.com
- www.shamieraosment.com
- www.izzatiisuhaide.com
- www.enyabdullah.com
- www.nurulshahira.com
- www.umifuzy.com
- www.lubukseni.com
- www.wayneharraz.com
- www.arzmoha.com (ini balik awal, cik en tak sempat nak jumpa)
Ada live dibuat sepanjang AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini. Korang boleh tengok di page afb.my . Macam macam aksi tau! Cik en ada meng"sumbang"kan lagu. Nasib tak hujan je malam itu. Hahaha.
Selesai itu, kami buat sesi pertukaran hadiah dan cik en dapat ini. Bila tanya tak siapa mengaku. Hahahhaha.
Sebabkan penat malam itu cik en memang slow sikit. Gambar pun cik en tak ambil banyak.
Hari Kedua AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur
Pagi pagi lagi kami masing masing terjun pool. Cik en dengan basuh muka dan gosok gigi je terus gedebus mandi. Bestnyaaaa,, yang penting dalam. Selalunya cik en mandi di mana mana kolam mesti sampai bahu je. Ini kira dah tahap kelemasan terkapar kapar la. Hahhaha.
Naik kejap untuk makan. Cik en makan 2 bungkus nasi lemak dengan scramblee telur dan sapu sambal ikan bilis kak eny bawa.
Lepas makan sambung balik mandi sampai la pukul 12 tengah hari. Barulah masuk dan bersiap untuk masak bersama blogger masakan terkenal dan aktiviti aktiviti yang sangat fun.
Selesai mandi, cik en dah make up lawa lawa dan turunlah ke dapur, membantu memasak makan tengah hari. Menu kami simple tapi licin terus. Nasi putih, Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur.
Tapi sebelum makan, kami buat photoshoot ala ala Majalah Mangga gitew di tepi kolam. Banyak sangat gambar cantik tapi cik en masukkan mana yang paling cun sekali yerk! Photoshoot ini by Mhotografi
Selesai photoshoot dan makan kami teruskan aktiviti game iaitu Pertandingan Baju Paling Unik dan Kreatif. Cik en bergandingan dengan KC dan Zatie dan memilih tema Gadis Melayu Terakhir. Berbaju kebaya labuh sopan dan santun. Pemenang dikira dari like terbanyak. Hahahha.
Selesai dan penat perahkan idea untuk pertandungan baju itu, kami berehat sebelum menunggu aktiviti malam pula. Nampaknya mommy ada buat surprise buat kamiiii.. Sebelum menunggu malam, kami memang penuhkan masa dengan cit cat dan bertukar tukar pendapat mengenai blog.
Dannnn.. tibalah waktu malam yang gelap dan sunyi dan mommy pun umumkan ada KENDURIAN malam ini!!! yey!! Pulut dah di masak, kuah santan dan ada 30 biji buah durian kampung dilambakkan. Hahahha
Selesai KENDURIAN kami teruskan dengan aktiviti Body Language. Game apa pulak ini? Kiranya kena gunakan badan untuk buat teka apa dia. Hahaha. Ini gelagat gelagat kami malam itu. Gelak sakan. Dengan photograper pun kena main juga.
Dan sambil itu kami buat ala ala bergambar malam berinai. Hahahha. ini semua hasil photografer Ahmad Chukee
Hari terakhir banyak aktiviti santai je. Bangun tidur pon dah lewat. Memang bangun dan bersiap untuk balik. Banyak kenangan cik en disini. rasa sedih pula tinggalkan kenangan dengan geng AFB ini. Sebelum keluar, cik en dapat goodies tau! Sponsar dari www.mawarssufi.com dan www.myagraphic.net . Thanks korang
Hope jumpa lagi next AFB Fun Day..
Mesti korang tertanya kan? Siapa Afb.my? AFB adalah Auto Feed Blog yang mana setiap blogger yang join akan dipasang feed dan akan rotate setiap hari secara automatik. Sebelum ini AFB dikenali EFG tapi dah telah dijenamakan baru seiring dengan permodenan. hahahahah.. Banyak sifu dalam group ini seperti sifu Adsense yang akan ajar korang dapatkan adsense dan boleh dijana, ilmu blogging yang boleh naikkan hasil Adsense korang itu. Ada juga sifu masakan, sifu beauty dan macam macam lagi. Kalau korang berminat nak join boleh la contact Mommy Irra
Tags:
blogger
meriahnya bercuti dekat taj villa ni. Backdrop Fun Day AFB pun cantik kemain siap posing dekat pool lagi uolls
ReplyDeleteSeronoklah dapat stay lama jumpa ramai lagi.
ReplyDeleteTapi Kita dah pernah jumpa kan
syioknya, best2, syok sbb kita byk sembng dlm media sosial jer, xpernah bersua muka..hoho..
ReplyDelete