St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub | Cik en memang pengguna setia produk ST. Ives Scrub. Cik en dah cuba macam macam jenis scrub tapi cik en sangat suka gunakan produk ST. Ives kerana kandungan scrub dalam satu satu pencuci itu banyak berbanding jenama yang lain. Kalau yang lain selepas pakai scrub kulit akan kering tapi ST. Ives masih mengekalkan kelembapan kulit kita walaupun kita terlupa nak pakai pelembab selepas pakai. Sebelum ini cik en pernah Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub setahun yang lepas dan baru habis dan sekarang try ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub pula.
ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini scrub dia lebih halus dari ST. Ives Fresh Skin Apricot Scrub. Kalau sebelum ini guna apricot scrub, yang SST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub guna green tea untuk buang blackhead dan tutup liang pori.
Kebaikan Green Tea ini adalah antioksida dan anti radangan. Bila ditambah dengan scrub, ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub dapat buang kulit kulit mati, kekotoran dan minyak yang berlebihan.
Untuk jangka masa panjang penggunaan ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini akan dapatkan kulit yang glow, lembut dan bersih.
Harga ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub di Watsons dalam RM 21.00++ . Selain itu boleh beli secara online di Watsons Online, Guardian Online dan Lazada.
Maklumat lanjut boleh baca di ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
Tags:
Beauty
Mesti rasa puas gile lepas skrub segala blackheads yang ada
ReplyDeleteST Ives memang scrub pilihan. dari zaman uni guna. skrng packaging baru lawa. da habis yang apricot skrng ni rasa nak cuba yang coconut pula =D
ReplyDeletemesti wangi teh kan guna scrub ni!
ReplyDeletePeminat produk ni jugak. Best guna.
ReplyDeletebestnya sekali sekala scrub muka
ReplyDelete