Umur Baru 39 Tahun Tapi Sudah Mempunyai 44 Orang Anak | Selalu kalau korang dengar, pasangan yang berkahwin tiada rezeki mendapat anak tapi berbeza dengan kisah Mariam Nabatanzi dari Uganda yang merupakan wanita Hiper-Ovulasi yang mengandung dan melahirkan anak secara kembar. Wow! bayangkan kalau korang menjadi wanita subur camni?
Umur Baru 39 Tahun Tapi Sudah Mempunyai 44 Orang Anak
Mariam Nabatanzi berkahwin berumur 12 tahun dan melahirkan anak pertama dengan sepasang anak kembar. 2 tahun selepas itu Mariam Nabatanzi lahirkan lagi sepasang kembar. Selepas itu belum sampai 2 tahun, Mariam Nabatanzi disahkan hamil lagi dengan dengan kembar 4 pula. Sampailah umur dia 37 tahun dia dah mempunyai 44 orang anak termasuk 6 orang anak yang telah meninggal dunia.
Anak sulungnya kini berumur 24 tahun dan paling muda 4 bulan. Dan kesemua anaknya tinggal bersama dan bersesak dalam satu rumah serta dibawah jagaan Mariam Nabatanzi sendiri
Bukan saja kembar 2, kembar 4 tapi kembar 3 dan kembar anak dan juga ada beberapa anaknya kelahiran tunggal. Dan yang paling malang, suaminya lari meninggalkkannya mungkin tak sanggup menyara anak mereka seramai itu.
Mesti korang tanya kan? Kenapa tak gunakan kaedah kawalan kelahiran seperti pil perancang, IUD dan lain lain kan? Anyway Mariam Nabatanzi dah gunakan kaedah IUD tapi kesihatan Mariam Nabatanzi menjadi teruk dan hampir membawa maut.
Sebenarnya Mariam Nabatanzi mewarisi gel kesuburan dari bapanya yang mana bapanya sendiri mempunyai 45 orang anak melalui kembar 2, kembar 3, kembar 4 dan kembar 5.
Entri menarik yang lain : Pantang Larang Masyarakat Cina Bagi Ibu Mengandung
Tags:
info
wowww!! dasyat.. rezeki dia..
ReplyDelete