Salam Aidilfitri Dari Nurfuzie.com | Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini cik en ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 H / 2018 kepada semua pembaca blog nurfuzie.com dan di kesempatan ini, cik en mohon 10 jari maaf zahir dan batin.
Alhamdulillah, tahun ini cik en dapat beraya dalam hati yang sangat gembira. Ingat lagi tahun sebelum ini, mesti ada masalah masalah yang timbul termasuk masalah depression cik en. Tahun ini cik en rasa Allah permudahkan semua dan menceriakan hati semua termasuk hati cik en.
Itulah kata orang yang sayangkan cik en, "Maaf dan redho apa yang berlaku. Insyallah kita akan rasa ketenangan hati"
Oleh kerana itu juga, depression cik en dah lebih baik. Pendek kata dah semakin sembuh.
Jadi tahun ini cik en rasakan raya yang sangat bermakna dan gembira.
Oh ya, tahun ini cik en buat rumah terbuka ye, nanti kalau ada yang free atau yang datang ke Perak terutama Kuala Kangsar korang boleh la datang. Detail di Rumah Terbuka Eintan Nurfuzie 2018
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir batin