Bagaimana " Liquid Paper " Tercipta | Dulu masa zaman sekolah rendah, cik en teringin nak pakai pen sebab ada banyak warna. Masa sekolah rendah kita kan masih menggunakan pensil dan kalau menulis bila pensel tumpul mesti tak best kan? Bila masuk sekolah menengah, sekolah dah membenarkan pelajar guna pen. Masa itu baru nampak susahnya guna pen bila kita salah tulis. Masa ini kita perlukan Liquid Paper (pemadam pen). Macam macam jenis liquid paper yang ada. Jenis air dan jenis roll. Tapi tahu tak korang Bagaimana " Liquid Paper " Tercipta ?
Bagaimana " Liquid Paper " Tercipta
Kalau korang nak tahu, kisahnya mulanya begini
Pada tahun 1951, apabila mesin taip elektrik pertama kali diperkenalkan ke pasaran, Seorang majikan yang baik hati membeli mesin tersebut untuk setiausahanya iaitu Bette Nesmith Graham.
Teknologi canggih juga boleh menyusahkan kita kan macam juga menulis menggunakan pen macam cik en masa sekolah menengah
Namun begitu, timbul pula bebanan kerja apabila mesin tersebut menambahkan masalah kepada beliau.
Masalah berlaku apabila setiausaha tersebut membuat kesalahan dalam menaip sehingga bakul sampah penuh dengan surat yang salah ditaip.
Hanya satu huruf yang di salah taip, bakul sampahlah tempatnya.
Adakah ada jalan penyelesaiannya?
Bette memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah tetapi asyik tak berjaya je..
Macam macam dia fikirkan reaksi bosnya nanti kalau tahu
Bosnya sudah melaburkan banyak pada mesin taip yang baru dan akan rasa sangat kecewa jika dia tidak dapat bekerja lebih efisien.
Sekaligus boleh kehilangan pekerjaannya.
Ketika beliau sedang bersedih, tiba-tiba Bette dapat idea yang bernas
Dia teringat dalam latihan seni, ketika dia belajar melukis setiap kesalahan akan ditutup dengan cat khusus yang disebut Gesso.
Bette bergegas pulang dan mendapatkan satu tin cat putih dan menggunakan berus lukisan yang kecil dan menutup kesalahan tersebut.
Bila ianya berjaya, Bette hasilkan pemadam pen lebih banyak tambahan yang lain dengan menggunakan blander dan menjual produk itu dengan nama Mistake Out pada tahun 1956 dan menjadi kaya selepas menjual kepada syarikat Gillette pada tahun 1979
Tags:
info
macam nie
ReplyDelete